Cara Menurunkan Bounce Rates Blog


Apa itu bounce rates? Secara mudahnya, bounce rates adalah peratusan pengunjung yang datang ke blog atau laman web yang kemudian meninggalkan blog tersebut tanpa melakukan sebarang tindakan lain seperti membaca artikel yang lain dalam blog tersebut atau tidak melakukan perkara yang dikehendaki laman tersebut seperti mengisi borang daftar keahlian dan sebagainya.

Bounce rates dikira dalam peratusan iaitu peratus pengunjung yang 'bounce' dibandingkan dengan pengunjung keseluruhan blog. Jika dalam kebanyakan masa nilai 100% itu adalah sesuatu yang baik, tetapi untuk bounce rates, lebih rendah peratusannya adalah lebih baik. Satu perkara yang perlu diketahui adalah, bounce rates tidak ada kaitan secara langsung dengan jangka masa yang dihabiskan oleh pengunjung di blog kita.

Secara umumnya, terdapat 2 situasi yang akan menyebabkan bounce rates blog kita meningkat.

Butang 'Back' atau Tutup 'Tab Browser'

Ini adalah yang paling kerap berlaku. Pengunjung datang ke blog kita, setelah selesai membaca terus tekan butang 'Back' dan meninggalkan blog kita. Situasi ini boleh berlaku dengan beberapa sebab. Berkemungkinan maklumat yang diperolehi daripada artikel yang kita tulis sudah mencukupi dan mereka tidak berminat untuk mengetahui maklumat lanjut.

Ada kemungkinan juga maklumat yang diperolehi tidak mencukupi dan mereka perlu cari di blog lain. Atau yang paling teruk, mereka tidak berjaya untuk membaca blog kita mungkin kerana masa loading yang terlalu lama atau design web yang kurang baik (terutamanya jika dikunjungi melalui peranti mudah alih). Dalam mana-mana situasi pun, bounce rates tetap akan dikira.

External Link

Saya pasti kebanyakan blog kita mempunyai link ke laman web lain. Contoh paling mudah adalah link affiliate kita. Jika pengunjung datang ke dalam satu artikel dan kemudiannya terus menekan link affiliate dan link tersebut di buka pada Tab yang sama, bounce rates akan diambil kira. Oleh itu, pastikan kita menetapkan link affiliate kita di buka pada Tab / Window yang berlainan dengan blog kita.

Bagaimana nak semak Bounce Rates?

Bounce rates boleh disemak dengan menggunakan mana-mana program analytic yang dipasang pada blog kita. Antara program analitik yang biasa digunakan adalah Google Analytic. Selain itu, kita juga boleh menggunakan laman web Alexa untuk melihat bounce rates sesebuah blog atau laman web. Cara untuk menyemak bounce rates menggunakan laman web Alexa adalah sama sepertimana kita menyemak ranking Alexa kita. Salah satu maklumat yang diberikan selain daripada ranking Alexa adalah maklumat berkaitan bounce rates.

Jika anda menggunakan kedua-dua cara untuk membuat semakan, mungkin terdapat sedikit perbezaan peratusan bounce rates antara kedua-dua program analytic ini. Ini mungkin disebabkan oleh bagaimana program tersebut menganalisa blog kita.

Setelah kita tahu bagaimana untuk membuat semakan, kita juga perlu tahu mengapa kita perlu buat pemantauan ke atas bounce rates blog kita? Bolehkah kita mengambil ringan tentang bouce rates?

Apa kepentingan Bounce Rates?

Salah satu penanda aras bagi sesebuah blog adalah bounce rates. Bounce rates menunjukkan sejauh mana blog kita berinteraksi dengan pengunjung yang datang. Selain itu, bounce rate juga adalah salah satu perkara yang diambil kira oleh Google semasa memberikan ranking kepada blog kita. Pada pandangan Google, jika pengunjung kurang berinteraksi dengan sesebuah blog, mungkin blog tersebut tidak 'cukup baik' dan ranking blog mungkin akan diturunkan.

Bounce rates juga penting untuk kita buat duit dengan blog melalui pengiklanan seperti Google Adsense dan lain-lain. Lebih banyak page pengunjung tengok dalam blog kita (bonce rates rendah) lebih baik untuk pengiklanan.

Secara umumnya, bounce rates yang paling baik hendaklah kurang daripada 40 peratus. Walau bagaimanapun, ia bergantung juga kepada jenis blog kita. Bagi saya, untuk mendapat bounce rates 40 peratus dan ke bawah bagi niche blog adalah lebih mudah berbanding dengan personal blog atau blog rojak.

Saya akan kongsikan 7 cara yang boleh dipraktikkan untuk menurunkan bounce rates blog kita. Sekiranya bounce rates blog anda adalah antara 40-60 peratus, anda boleh cuba cara yang saya akan kongsikan ini bagi menurunkan bounce rates blog anda. Saya sendiri masih berusaha menurunkan bounce rates blog saya ke kadar yang optimum.

7 cara untuk menurunkan bounce rates blog:


Artikel Berkualiti

Nak atau tidak, sebagai seorang blogger, kita perlu menulis artikel yang menarik dan unik untuk para pembaca. Saya sendiri masih dalam proses belajar untuk menulis artikel yang mampu menarik pembaca kekal dan terus membaca artikel-artikel lain yang berkaitan dalam blog ini.

Internal Link

Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan pembaca di blog kita adalah dengan memberikan link ke artikel lain dalam blog kita yang berkaitan dengan artikel yang sedang dibaca oleh pembaca. Jadikan satu kebiasaan untuk kita menyediakan internal link dalam setiap artikel terbaru kita. Selain dari dapat mengurangkan bounce rates, cara ini juga akan meningkatkan pageview untuk blog kita

Video

Jika ada video yang berkaitan dengan artikel yang anda tulis (tidak kira sama ada video anda sendiri atau video orang lain), letakkan dalam artikel anda sebagai rujukan tambahan kepada pembaca. Sekiranya pembaca menonton video yang anda sediakan, pengunjung tersebut tidak dikira sebagai bounce kerana pembaca tersebut dikira 'berinteraksi' dengan artikel yang anda sediakan. Walau bagaimanapun, kita perlu pastikan video yang diletakkan pada artikel tersebut adalah responsive (sesuai ditonton di pelbagai peranti) untuk memudahkan pengunjung menonton video tersebut.

Design Blog

Penampilan blog juga memainkan peranan untuk menurunkan bounce rates sesebuah blog. Sebagai contoh, jika saya tiba di satu blog yang tidak kemas dan tidak tersusun saya sering kali dengan cepatnya menekan butang BACK. Mungkin artikel yang anda tulis sangat bermanfaat, tetapi jika penampilan tidak memudahkan pengunjung, tetap boleh menyebabkan pengujung 'bounce'. Pastikan juga blog kita mempunyai tema atau template yang responsive bagi memudahkan pengunjung membaca artikel yang kita tulis dari pelbagai peranti.


Loading Time

Anda mungkin mempunyai design blog yang cantik, tetapi anda mungkin akan menyebabkan masa untuk load blog anda meningkat. Kajian dari Google menyatakan bahawa pembaca tidak dapat tunggu lebih dari 3 saat untuk melawati sesebuah blog atau laman web. Tetapi pada saya sendiri saya tidak mampu untuk menunggu jika sebuah blog loading melebihi 10 saat. Setiap orang mempunyai nilai kesabaran yang berbeza, tetapi jika blog anda load lebih cepat adalah lebih baik. Anda boleh cuba untuk mencepatkan loading time dengan cara yang saya kongsikan di artikel cara mempercepatkan loading time blog.

Call To Action

Call to action adalah apa yang anda mahu pengunjung anda lakukan. Jika anda mahukan pembaca untuk terus membaca blog anda, berikan link artikel yang berkaitan minta pembaca baca. Jika anda mahu pembaca menonton video, berikan video dan minta pengunjung menonton video tersebut. Call to action hendaklah jelas dan mudah difahami.

Niche blog

Pada saya, niche blog akan mempunyai kelebihan dari segi bounce rates. Sebagai contoh sebuah blog yang hanya menceritakan tentang tips blogging, pastinya artikel yang tertulis di dalam blog tersebut hanya berkaitan tips blogging dan pengunjung yang datang pun untuk mencari tips blogging, jadi pengunjung akan lebih mudah untuk explore blog tersebut untuk tahu lebih banyak tips blogging. Sekiranya anda baru sahaja memulakan blog adalah lebih baik untuk fokus kepada satu topik tertentu sekiranya anda nakkan bounce rates yang rendah.

Ok?

Perkongsian ini bukanlah bermakna blog ini mempunyai bounce rates yang baik. Sebagai bukti saya kongsikan bounce rate untuk blog ini daripada laman web Alexa seperti di bawah.



Agak tinggi bounce rates bagi blog ini, daripada pengamatan saya, masalah utama bounce rates yang tinggi untuk blog ini adalah kerana loading time yang agak lambat, call to action yang kurang berkesan dan juga blog ini yang tidak mempunyai niche yang tetap.

Semua cara yang saya kongsikan adalah apa yang saya sendiri lakukan untuk blog ini, sekiranya anda ada cara lain untuk menurunkan bounce rates blog, anda boleh kongsikan di ruangan komen ye. 👦

6 ulasan:

  1. Terima kasih untuk info dan tips. Blog saya bounce rate macam yoyo. Dulu dalam 80+, beberapa minggu lepas 34 dan semalam 50.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la tu..nak dapat bounce rates yang rendah yang stabil memang susah..sebab ianya bergantung kepada trend pembaca jugak..tapi at least kite setupkan blog kita yang terbaik untuk setiap pengunjung :-)

      Padam
  2. kene bijak masa tulis.

    kalau tak, memang tinggi la jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara penulisan cikgu titan memang tiada tolok bandingannya..sekali baca kompem nak bace yang lain hehe

      Padam
  3. Wahh.. terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat ni. Banyak sangat ilmu baru.

    BalasPadam
  4. Selama ni tak check pun sbb tak tau apa itu bounce rate.

    Mudah faham bila ada blogger explain benda ni.

    Setakat ni, masih 50-60% bounce rate utk blog sy..kan cuba dikurangkan bounce rate ni..

    Thanks sharing.

    BalasPadam

Back To Top