Cara Mendidik Diri Khusyuk Dalam Solat


Khusyuk dalam solat adalah sesuatu yang sangat dituntut tetapi dalam masa yang sama tidak semua orang mampu untuk melakukannya. Dalam buku Panduan Lengkap Formula Solat Sempurna ada menyatakan bahawa khusyuk dalam solat itu terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Khusyuk Hati

Khusyuk hati semasa solat adalah dapat dirasakan apabila diri merasakan pengawasan Allah serta kehebatanNya. Salah satu cara untuk mendapat kekhusyukan hati adalah dengan mendalami maksud bacaan-bacaan di dalam solat itu sendiri. Orang yang faham apa yang dibacakan akan lebih fokus dalam ibadah solatnya dan akan mendapat nikmat ketenangan dan juga kekhusyukan.

Khusyuk Anggota

Khusyuk anggota adalah khusyuk dari segi pergerakan dalam solat itu sendiri. Ini bermaksud anggota-anggota solat tidak berpaling dan bergerak-gerak yang banyak selain daripada perbuatan solat itu sendiri. Pergerakan anggota tubuh yang banyak boleh menghilangkan rasa khusyuk dalam solat dan juga boleh membatalkan solat.


Jadi bagaimana cara mendidik diri untuk khusyuk di dalam solat?

1. Fahami

Memahami bacaan dalam solat adalah perkara yang penting dalam membina kekhusyukan di dalam solat. Jika kita renung, sebenarnya bacaan - bacaan yang wajib dalam solat adalah ringkas - ringkas sahaja dan dengan sedikit usaha, pasti kita akan dapat memahami makna bacaan - bacaan tersebut. Apabila kita memahami apa yang kita baca, pastinya kita akan lebih menghayati makna bacaan yang terkandung dalam solat.

2. Jaga Hati

Hati adalah anggota yang penting dalam tubuh badan manusia. Tiada siapa yang mengetahui apa yang terlintas di dalam hati seseorang kecuali diri kita sendiri dan juga Allah. Oleh itu kita hendaklah sentiasa menjaga hati semasa solat untuk mengelakkan dari terpesong niat dan juga berangan sesuatu perkara di luar solat. Hati adalah raja, baik hati seseorang itu, baiklah seluruh tubuhnya dan baiklah solatnya. 

3. Jaga Fikiran

Sebagaimana kita perlu menjaga hati, fikiran kita juga hendaklah sentiasa dikawal semasa di dalam solat. Sekiranya fikiran kita melayang, cepat-cepat ingat kembali bahawa kita sedang solat dan fokus semula dalam solat. 

4. Solat Berjemaah

Tidak kira sama ada kita solat di rumah atau di surau, solat secara berjemaah dapat membantu diri kita agar lebih mudah untuk khusyuk di dalam solat. Selain daripada itu, solat berjemaa akan mendapat ganjaran 27 kali ganda daripada solat secara bersendirian.

5. Ilmu

Jangan mudah rasa cukup dengan ilmu yang kita ada tentang ibadah solat. Banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk upgrade tahap solat kita. Dan untuk itu kita perlu menambah ilmu yang berkaitan dengan solat. Ilmu boleh diperolehi dengan mengikuti majlis-majlis ilmu ataupun dengan pembacaan. Antara buku yang saya cadangkan untuk anda baca adalah buku Formula Solat Sempurna. Anda boleh dapatkannya di sini - Formula Solat Sempurna.

6. Doa

Tidak sah jika kita lakukan sesuatu perkara tanpa digantungkan dengan bantuan daripada Allah. Maka, sentiasalah berdoa supaya diberikan ketenangan dan kekhusyukan di dalam solat. 

Ok?

Solat adalah tiang agama yang perlu dilakukan dengan penuh ketenangan dan kekhusyukan. Pada peringkat awal, khusyuk dalam solat bukanlah satu perkara yang mudah untuk diperolehi, tetapi dengan ilmu dan amalan yang berterusan, InsyaAllah kita akan lebih khusyuk dalam solat.

Ini juga adalah untuk ingatan diri saya sendiri. Terima kasih kerana membaca cara mendidik diri khusyuk dalam solat. Semoga kita sama-sama akan menjadi insan yang terbaik dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Back To Top