Cara Semak dan Meningkatkan Ranking Alexa


Terdapat pelbagai cara untuk menentukan pencapaian dan status sesebuah laman web atau blog. Salah satunya adalah melalui Ranking Alexa laman web atau blog tersebut. Sebelum saya meneruskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan cara menyemak dan juga cara untuk meningkatkan ranking alexa, elok rasanya saya terangkan serba sedikit berkenaan apa itu Alexa.


Sumber: Alexa.com

Alexa Ranking secara umumnya adalah ranking sesebuah laman web dibandingkan dengan laman-laman lain yang terdapat dalam dunia ni. Kayu pengukur Alexa Ranking iaitu laman web yang berada di tangga pertama ialah Google.com. Oleh itu dengan erti kata lain, Alexa Ranking adalah perbandingan populariti laman web kita berbanding laman Google.com.

Alexa ditubuhkan pada tahun 1996 dan merupakan suku sakat Amazon.com. Semasa Alexa mula di keluarkan, ianya hanyalah sebagai sebuah toolbar dan sehingga kini banyak perubahan yang telah berlaku dalam Alexa tetapi objektif utama penggunaannya masih sama.

Ada yang berpendapat bahawa Alexa Ranking tidak memberikan sebarang manfaat kepada sesebuah laman web, tetapi pada saya, Alexa Ranking adalah penting sebagai kayu pengukur keberkesanan sesebuah blog atau laman web dan daripada ranking tersebut jugalah penambahbaikan dapat dilakukan ke atas laman web kita.


Cara Semak Alexa Ranking

Alexa Ranking boleh disemak secara terus di laman Alexa.com. Kita bukan sahaja boleh menyemak status ranking laman web milik kita, tetapi kita juga boleh menyemak Alexa Ranking pesaing kita ataupun lebih tepat lagi mana-mana laman web yang ada di dunia ni.

Penggunaan asas untuk membuat semakan Alexa Ranking boleh dilakukan secara percuma (tanpa perlu daftar). Tetapi untuk yang nak mengetahui lebih lanjut (advance user) serta mengetahui status penuh sesebuah laman web, anda perlu melanggan Alexa. Untuk permulaan, saya cadangkan anda guna perkhidmatan percuma mereka sahaja.


Ini adalah contoh carian Alexa Ranking bagi blog ini. Dapat diperhatikan bahawa tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi selain daripada maklumat Alexa Ranking itu sendiri. 




Faktor utama yang menyebabkan keputusan sedemikian adalah kerana pihak Alexa kurang mendapat maklumat tentang blog ini. Mungkin kerana usia blog ini yang baru masuk setahun ketika ini. 

Apa yang menarik adalah Alexa memberikan 2 jenis ranking iaitu Global Ranking dan juga Local Ranking. Global ranking menunjukkan populariti blog ini di dunia manakala local ranking menunjukkan populariti blog ini di mata pengguna internet di Malaysia. 

Secara umumnya, jika local ranking meningkat, maka global ranking pun akan meningkat.


Ok?

Sekarang saya kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan ranking Alexa laman web kita. Ini adalah perkara-perkara yang saya belajar dan saya sendiri lakukan untuk meningkatkan ranking Alexa blog ini. 

Daripada apa yang saya belajar, terdapat 6 perkara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan ranking Alexa blog kita. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa meningkatkan ranking Alexa tidak berlaku dalam sekelip mata, malah tidak berlaku dalam masa satu hari. Meningkatkan ranking Alexa memakan masa dan berkadar terus dengan kemajuan sesebuah blog atau laman web.


Cara Meningkatkan Ranking Alexa

Cara Meningkatkan Ranking Alexa

1. Pasang Alexa Toolbar

Secara teknikalnya, saya tidak pasti bagaimana dengan memasang Alexa Toolbar dapat meningkatkan ranking Alexa, tetapi daripada maklumat yang saya perolehi, ianya memang berkesan. Oleh itu saya sendiri kini telah memasang Alexa Toolbar dalam web browser saya. 


2. Pasang Alexa Widget


Memasang Alexa Widget dapat memastikan maklumat tentang blog anda diperolehi dengan lebih tepat untuk Alexa membuat analisa dan memberikan keputusan ranking Alexa blog anda.


3. Kerap Update Blog


Sepertimana Google, Alexa juga sukakan blog atau laman web yang aktif dan sentiasa dikemaskini. Pada peringkat permulaan ada yang mencadangkan untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 artikel sehari untuk meningkatkan rangkin Alexa dengan lebih pantas. Tetapi pada saya, jika konsisten satu artikel setiap hari pun sudah memadai. Lebih banyak artikel dalam blog anda, bermakna lebih banyak pintu masuk ke blog anda.


4. Tingkatkan Trafik Blog


Sepertimana yang saya perkatakan pada permulaan pengenalan kepada Alexa, ranking Alexa menunjukkan populariti sesebuah laman web. Lebih banyak trafik bermakna lebih popular sesebuah blog. Lebih popular blog kita, lebih tinggi ranking Alexa. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan trafik ke dalam blog kita.


5. Backlink dan Internal Link


Cara ini saya ambil daripada blog Alexa sendiri. Ia menerangkan bahawa backlink dan internal link adalah penting untuk menentukan bahawa sesebuah blog itu bermanfaat kepada orang lain. Secara jujurnya, organik backlink sangat sukar untuk diperolehi, tetapi internal link adalah sesuatu yang mesti kita buat untuk setiap artikel yang kita tulis.


6. Keyword Research

Cara paling mudah untuk membuat kajian kata kunci adalah dengan menggunakan Google Keyword Planner. Selain percuma, ia juga banyak membantu dalam mencari kata kunci yang sesuai untuk artikel yang kita tulis. 

Secara peribadi, saya kurang menggunakan Google Keyword Planner untuk membuat kajian kata kunci. Saya lebih suka menulis secara semula jadi tanpa sekatan perkataan yang perlu digunakan. Tetapi bagi yang ingin meningkatkan ranking Alexa dengan lebih cepat, ini adalah salah satu caranya. Kajian kata kunci juga dapat meningkat trafik ke blog kita.

Itulah 6 cara yang saya amalkan untuk meningkatkan ranking Alexa blog saya. Saya alu-alukan untuk anda kongsikan ranking Alexa anda di ruangan komen dan nyatakan juga cara anda tingkatkan rangking Alexa untuk blog anda.


8 ulasan:

  1. Laman yg blh masuk dlm 100K di Alexa Ranking sudah dipertimbangkan blog yg berkualiti. Buka satu maklamat yg senang utk capai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul tu puan. Tapi bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai :-) Dengan usaha yang berterusan insyaAllah boleh dicapai tetapi memerlukan usaha yang berterusan :-)

      Padam
  2. Terima kasih pointnya. Mengekalkan potensi ranking blog ada naik turunnya. Kadang naik steady, kemudia turun berdesup. point-point yang diberikan sememangnya sangat mambantu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat setuju. Tapi kadang masa menurun berdesup tu lebih pantas dari menaiknye huhu..

      Padam
  3. Dalam post ni, ranking anda di alexa.com adalah 14K. Sekarang saya check, dah 8K. Cepat betul naik, tahniah tuan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan :-) target untuk tahun depan dapat global less 1m pun dah ok :-)

      Padam
  4. Terima kasih untuk perkongsian cara tingkatkan ranking alexa ni.. Saya ada satu soalan nak tanya, ada tak cara nak tengok ranking alexa di negara tertentu? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara umumnya, jika tuan cari ranking di alexa.com, ia akan berikan ranking global dan ranking 30 negara website tuan paling popular. Sebagai contoh carian dafabetsports.com akan dapat ranking untuk global, thailand (paling popular), indonesia dan vietnam.

      Jika nak lihat ranking di negara lain contohnya nak lihat ranking dafabetsports.com di Malaysia boleh juga. Tapi hanya owner website sahaja yang boleh tengok. Caranya adalah kita perlu buat akaun dengan Alexa.com dan kemudian verify kita sebagai pemilik website tersebut. Setelah itu kita boleh lihat ranking kat mana-mana negara yang kita nak..harap membantu :-)

      Padam

Back To Top