Cara Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Cara kerja dari rumah dengan iLancee. Menjadi trend zaman sekarang, kebanyakan orang lebih suka bekerja dari rumah. Bekerja dari rumah membolehkan kita bekerja mengikut waktu bekerja kita sendiri dan tidak terikat dengan masa yang tertentu. Sebelum ini saya pernah menceritakan cara bekerja tanpa modal di iLancee. Tetapi malangnya iLancee terpaksa di tutup lebih kurang 4 bulan (sejak Ogos 2016) sehinggalah pada 4 Januari 2017 ianya kembali beraksi sebagai salah satu platform bagi yang nak kerja dari rumah.

Bagi yang baru mengenali iLancee, ianya sebenarnya adalah satu laman web yang bertindak sebagai platform untuk kita menawarkan perkhidmatan atau membeli apa-apa perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang popular adalah perkhidmatan penulisan artikel, perkhidmatan menyediakan blog dan lain-lain lagi. iLancee dari segi luarannya mempunyai konsep yang sama seperti Fiverr. 

ILancee v1 mula dilancarkan pada Mei 2014. Kemudiannya terpaksa ditutup pada September 2015 atas sebab-sebab tertentu. Setelah itu, pada Oktober 2015, iLancee v2 pula dilancarkan. Tetapi umurnya juga tidak panjang hanya sehingga Ogos 2016, iLancee sekali lagi berkubur. Kini, iLancee v3 dilancarkan sejak Januari 2017.

Lihat video ini untuk lihat lebih dekat tentang cara kerja dari rumah dengan iLancee 👇


Pengalaman Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Saya mula kerja dari rumah dengan iLancee lebih kurang pada awal tahun 2016 iaitu iLancee v2. Melihat iLancee kembali beraksi dengan v3 adalah satu keterujaan bagi saya. Ini adalah kerana iLancee adalah platform pertama yang memberikan saya perasaan sebagai seorang freelancer. Walaupun pendapatan yang berjaya dijana dengan iLancee hanya 3 angka, tetapi ianya merupakan satu kepuasan kepada saya. Ini memberikan petanda bahawa terdapat potensi yang besar untuk kita kerja dari rumah dengan iLancee

Apa Perbezaan iLancee v2 dan iLancee v3?

Oleh kerana saya pengguna iLncee v2, saya perhatikan terdapat 3 perbezaan utama fungsi yang terdapat dalam iLancee 2 dan iLancee v3. Berikut adalah perbezaan yang saya perhatikan:

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


1. Bayaran Permulaan

Sebelum ini di iLancee v2, kita tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar dan menjual perkhidmatan kita. Kini di iLancee v3, penjual akan dikenakan bayaran permulaan RM25 untuk 5 perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Pada saya langkah ini adalah bijak untuk mengetepikan semua scammer-scammer yang hanya suka-suka daftar. Bayaran yang dikenakan hanyalah sekali sahaja dan masih boleh dianggap berpatutan.  

2. Referral

Setakat yang saya perasan, tiada fungsi referral pada iLancee v3. Sebelum ini di iLancee v2, kita boleh refer orang untuk daftar di iLancee dan kita akan mendapat RM0.50 untuk setiap orang yang daftar dan duit terkumpul boleh digunakan untuk membeli gig yang terdapat dalam iLancee v2. Saya tidak pasti sama ada fungsi referral akan diwujudkan atau tidak pada masa hadapan dalam iLancee v3, tetapi setakat ni, referlah kawan-kawan untuk kerja di iLancee dengan ikhlas. 

3. Harga Perkhidmatan

Nampaknya harga permulaan bagi perkhidmatan yang ditawarkan telah ditetapkan dengan minimum RM25 bagi satu perkhidmatan. Jika sebelum ini gig boleh dijual dengan harga serendah RM5, kini harga yang lebih kompetatif diperkenalkan. 


Walaupun saya gembira dengan kembalinya iLancee, terdapat beberapa kekecewaan berkaitan iLancee v3:


1. Perlu daftar sebagai ahli baru

Semua orang perlu mendaftar semula sebagai penjual baru di iLancee. Semuanya bermula dari kosong. Walau bagaimanapun, pendaftaran adalah mudah. Tetapi yang letihnya nak tulis semula biodata hehe

2. Semua Gig Hilang 

Jika sebelum ini anda ada 10 gig (perkhidmatan) yang anda tawarkan, ketahuilah, ianya semua tinggal kenangan. Mengenangkan semua admin iLancee yang telah berkerja keras, tak apalah, saya create semula perkhidmatan di iLancee.

3. Rating seller dan rekod jualan tidak dikekalkan

Rating dari pembeli adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi. Jika anda mempunyai rating yang tinggi dalam iLancee v2, nampaknya anda akan bermula seperti orang baru dalam iLancee v3. 

4. Referral

Semasa menggunakan iLancee v2, agak ramai juga orang yang saya refer untuk gunakan platform iLancee. Jumlah yang terkumpul untuk komisen referral pun mungkin sudah beberapa puluh ringgit. Nampaknya komisen tersebut akan terkubur bersama-sama iLancee v2.

5. Dua Kali Bayaran

Untuk maklumat anda juga, setiap perkhidmatan yang kita tawarkan di ilancee, pihak ilancee akan ambil 20% sebagai cas jualan. Ini bermakna, sekiranya anda menjual perkhidmatan dengan harga RM25, duit yang anda dapat sebenarnya hanyalah RM20, RM5 akan dibayar kepada pihak ilancee. Dari satu sudut, ia kelihatan seperti, jika kita nak menawarkan perkhidmatan kerja di ilancee perlu bayar 2 kali. Bayaran pertama semasa nak buat perkhidmatan, bayaran kedua semasa berlaku jualan.

Kelebihan Kerja Dari Rumah dengan iLancee v3.

Jika sebelum ini anda tidak pernah menggunakan platform iLancee, ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda mulakan kerja dari rumah dengan iLancee. Ini adalah kerana platform iLancee kini kelihatan lebih matang dan lebih professional. Selain itu, masalah-masalah seperti perkhidmatan yang scam pasti dapat dielakkan dengan adanya pembayaran permulaan untuk mereka yang nak menawarkan perkhidmatan.

Dari segi pembayaran kepada pemberi perkhidmatan, saya percaya sistem yang digunakan kini lebih tersusun dan efektif.

Selain itu, pendapatan yang anda boleh perolehi dengan bekerja di iLancee juga tiada hadnya. Lebih banyak anda promosikan perkhidmatan anda. lebih banyak pendapatan anda dengan iLancee 👍

Secara keseluruhannya, saya sangat menghargai usaha yang dijalankan oleh semua orang yang terlibat dalam memberikan kita semua peluang untuk kerja dari rumah dengan iLancee. Saya berharap platform ini akan kekal dan terus berkembang seiring dengan peredaran masa.

Saya juga ada menawarkan perkhidmatan membuat blog dan penulisan artikel di ilancee. Sekiranya anda berminat boleh terus daftar di ilancee dan tempah perkhidmatan yang saya sediakan 😊

Anda juga boleh mula bekerja dari rumah dengan iLancee dengan mendaftar di sini - Daftar iLancee



11 ulasan:

  1. Ohh dah takde ehh referel kat ilancee ... saya ingatkan ada lagi, lama betul tak jenguk ilancee ni .. yelah, kerja dari rumah ni ada banyak cabang sumber .. mana yang selesa nak buat, itulah yang dijadikan keutamaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni admin ilancee masih belum masukkan sistem referral..tak tau la akan ade atau tak..suke jugak try ni sebab nak cube kerja dari rumah..setakat ni dah ade satu order la jugak..hehe..

      sape lagi nak sokong buatan anak tempatan kalau bukan kite kan :-)

      Padam
    2. Uhh dah mula dah buat servis di ilancee ehh .. bagus bagus. Saya tak ada kemahiran sangat .. noob .. hehehe...

      Padam
  2. Wahhh kiranya orang lama yang dah guna iLancee yer. Hebat tu..Anyway good luck.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. xdela lama sangat tuan..saje suke suke cube benda baru ni..gud luck untuk tuan jugak :-)

      Padam
  3. huhu..tgk dah video cara kerja dari rumah ni..terbaik..

    jie pinjam video iLancee masukkan dlm blog..hrap bagi kebenaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tuan jie susanos sebab sudi kongsi video cara kerja dari rumah dengan ilancee tu :-) siap promote subscribe lagi tu hehe..jangan lupe subscribe juga ye :-) apa pun gudluck ye :-)

      Padam
  4. ilancee mmg best bro. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/kerja-dari-rumah-dengan-ilancee.html

    BalasPadam

Back To Top