Cara Backup Blogpost ke Google Drive Secara Automatik


Jika kita perhatikan, dalam blogger sendiri ada pautan untuk kita membuat backup untuk blog kita iaitu di bahagian Setting. Disitu kita boleh Import dan Export backup fail ke dalam komputer kita. Jika anda nak tahu berkenaan cara import blog, saya ada kongsikan pada artikel ini: Cara Buat Backup Blog di Blogger. Walaubagaimanapun, backup tersebut perlu dilakukan secara berkala dan dilakukan secara manual oleh para blogger. Pada kali ini saya nak kongsikan cara tambahan dalam membuat backup untuk blog anda.

Saya tidak pasti untuk anda, tetapi bagi saya membuat backup untuk semua blogpost yang saya telah terbitkan adalah sesuatu yang amat penting. Ianya mungkin amat berguna untuk masa hadapan. Oleh itu saya menggunakan perkhidmatan percuma daripada IFTTT dan Google Drive untuk bantu saya backup setiap blogpost yang saya buat secara automatik ke Google Drive.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang IFTTT dalam cara berkongsikan blogpost ke Facebook secara automatik. Selain dari itu, dengan menggunakan IFTTT untuk berkongsi blogpost di Facebooks, saya juga 'mengarahkan' IFTTT untuk setiap kali blogpost saya di terbitkan, satu salinan akan dihantar ke Google Drive dan fail tersebut disimpan dalam bentuk google doc.

Sebelum saya menjelaskan dengan lebih terperinci, sedikit pengenalan kepada IFTTT kepada yang belum pernah tahu berkenaan laman web ini. IFTTT adalah singkatan bagi If This Then That. IFTTT merupakan platform untuk kita mengarahkan sesuatu dari 2 platform yang berbeza secara automatik. Sebagai contoh untuk post blogpost ke Facebook, untuk post blogpost ke Twitter, untuk buat backup Blogger ke Google Drive, dan banyak lagi. Kita boleh lihat ratusan platform yang boleh di gabungkan untuk kemudahan kita sendiri.

Tetapi pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk buat backup blogpost ke Google Drive secara automatik menggunakan platform IFTTT. Ikuti langkah demi langkah di bawah dengan menonton video ini.




Backup adalah sebagai nyawa untuk Blog anda sekiranya berlaku apa-apa kepada blog anda. Saya harap anda boleh mencuba IFTTT kerana saya sendiri gembira menggunakannya.

Terima kasih kerana membaca Cara Backup Blogpost ke Google Drive Secara Automatik. Jika anda rasa bermanfaat, kongsikan artikel atau video ini dengan rakan-rakan blogger yang lain :-)
Back To Top