Cara Menguruskan Bisnes Instagram Secara Auto


Salah satu medium pemasaran terkini yang paling berkesan adalah dengan penggunaan Instagram. Instagram asalnya dicipta untuk perkongsian gambar kepada kawan-kawan tetapi kini dengan kekreatifan para usahawan, Instagram kini menjadi lubuk membuat duit bagi kebanyakan usahawan muda. Terutamanya mereka yang membuat bisnes dengan niche kecantikan dan pakaian.

Mengikut kajian, manusia lebih suka melihat gambar berbanding membaca. Oleh sebab itu jugalah banyak jenama terkemuka kini beralih kepada pemasaran menggunakan Instagram. Dalam dunia bisnes menggunakan Instagram, terdapat dua jenis perniagaan di Instagram iaitu Instagram dijadikan sebagai medium menarik trafik ke laman jualan ataupun akaun Instagram itu secara terus membuat jualan kepada pembeli.

Salah satu lagi sebab mengapa orang mula menggunakan Instagram adalah kerana kos mengiklan di Facebook yang kini telah bertambah mahal kerana ramai orang telah menggunakannnya.

Walau bagaimanapun, untuk membina sebuah akaun Instagram yang ramai pengikut (follower) dan juga aktif bukanlah suatu kerja yang mudah. Banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk memastikan pengikut sentiasa update dengan produk kita yang terkini, dan memastikan gambar-gambar yang diberikan sentiasa dapat menarik pengikut untuk membuat pembelian.

Secara global, kini orang lebih suka untuk berinteraksi dalam Instagram berbanding dengan media sosial yang lain.


Saya percaya realiti ini tidak jauh berbeza dengan situasi pengguna Instagram di Malaysia. Jika anda sebagai usahawan, anda perlu menggunakan Instagram sebagai salah satu medium pemasaran utama. 

Tetapi..

Anda mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk menguruskan akaun Instagram anda dan memerlukan bantuan seseorang untuk menguruskannya. Kini anda tidak perlu risau kerana terdapat satu sistem pengurusan akaun Instagram secara Automatik yang dikenali sebagai Instaevo.

Memperkenalkan Instaevo


Instaevo adalah pembantu peribadi anda dalam pemasaran Instagram. Anda hanya perlu berikan satu arahan, sistem ini akan patuh tanpa pernah mempersoalkan anda. Ia ibarat pembantu anda yang setia. Semua akan dilakukan secara automatik mengikut arahan yang telah diberikan. AUTOMATIK bukan bermakna anda tidak perlu lakukan apa-apa tetapi ia akan memudahkan kerja anda sehingga 50 peratus dan memberikan anda lebih masa untuk anda melakukan perkara yang lebih penting.

Apa yang boleh dilakukan oleh Instaevo?

InstaEvo membolehkan anda melakukan 9 kerja dalam satu masa iaitu:

1. Auto Post

Anda boleh post gambar dan tetapkan bila ia patut diterbitkan dalam Instagram anda. Jika secara tradisional, anda perlu habiskan masa 15 minit setiap kali nak post gambar ke akaun Instagram anda. Jika anda nak post 5 kali sehari, anda perlu tetapkan 5 kali masa untuk diperuntukkan hanya untuk post gambar di Instagram. Tetapi dengan menggunakan Instaevo, anda boleh post 5 kali sehari (atau lebih!) dalam satu masa.

2. Auto Comment

Auto comment membolehkan 'anda' komen gambar yang berkaitan secara automatik. Jika anda jenis yang sukar untuk memberi atau membalas komen, ianya memang sesuai untuk anda. Tapi pastikan anda tidak melakukan SPAM. 

3. Auto Like

Fungsi auto like ini akan 'like' gambar-gambar yang di postkan oleh prospek atau sasaran pelanggan anda. Jadi jenama anda akan lebih mudah ditonjolkan dengan adanya fungsi auto like ini.

4. Auto Follow

Hampir sama seperti auto like, fungsi auto follow akan membolehkan 'anda' follow akaun Instagram prosepek anda dan menjadikan jenama anda lebih dikenali. 

5. Auto Followback

Jika ada seseorang yang follow Instagram anda, Instaevo akan secara automatik follow semula. Ini akan menjadikan akaun Instagram anda kelihata hidup dan prospek anda pastinya akan lebih menyukainya.

6. Auto Unfollow

Anda juga boleh tetapkan untuk unfollow orang yang tidak followback selepas anda follow mereka. Ini akan menapis segala akaun Instagram yang kurang aktif dan hanya yang aktif dan berkualiti di ambil.

7. Auto Direct Message

Dekati prospek anda menerusi fungsi ini. Anda boleh automatik direct message prospek dengan sistem yang ada dalam InstaEvo, tak perlu susah-susah nak semak, dan buat follow up menerusi auto direct message

8. Search

Instaevo juga membolehkan anda mencari apa sahaja yang ada di dalam Instagram.

9. Image Editor

Gambar yang cantik pastinya lebih mudah untuk mendapat like dan follower. Instaevo memberikan anda kemudahan ini dalam sistemnya untuk membolehkan anda mengedit dan mengepost gambar anda dalam satu sistem yang lebih mudah.

Semua fungsi ini ada di dalam sistem Instaevo yang boleh anda gunakan dengan harga yang sangat berpatutan. Anda juga boleh mencuba selama 7 hari dan jika sistem Instaevo ini tidak membantu anda, anda boleh dapatkan pulangan wang tanpa soalan!

Jika anda nak mencuba boleh daftar di sini - Sistem Instaevo

Terdapat 3 pakej ditawarkan kepada pengguna Instaevo. Pakej yang ditawarkan adalah bergantung kepada berapa banyak akaun Instagram yang anda perlu uruskan. 



Ini pula saya kongsikan Sceenshot Dashboard bagi sistem InstaEvo.


Apakah manfaat menggunakan Instaevo?

  1. Menjimatkan masa dalam pemasaran menggunakan Instagram
  2. Membantu kita meningkatkan jualan dan keuntungan
  3. Memberikan kita masa untuk melakukan kerja lain yang lebih penting
  4. Memudahkan kita menguruskan lebih daripada satu akaun Instagram
  5. Menjadikan akaun Instagram kita lebih aktif 
  6. Membantu meningkatkan kesedaran terhadap jenama kita
Ini adalah antara kebaikan jika kita menggunakan sistem InstaEvo. Pengguna TERAWAL yang mendaftar di Instaevo akan mendapat harga promosi ini berserta dengan 2 BONUS yang menarik!. Harga promosi ini akan berubah dalam masa terdekat.

Jika anda nak mencuba boleh daftar di sini - Sistem Instaevo

Terima kasih kerana membaca Cara Menguruskan Bisnes Instagram Secara Auto. 

1 ulasan:

  1. raja889 agen SBO indonesia terbaik, aman dan terpercaya.
    berbagai macam pilihan game populer dan terfavorit. ada banyak event dan promo untuk semua game. beberapa game paling ramai diantaranya :
    - Sportsbook
    - Casino
    - Bola Tangkas
    - TGL
    Bisa anda mainkan cukup dengan minimal deposit 50,000
    Kunjungi situs kami dapatkan bonusnya.

    BalasPadam

Back To Top