Cara Post Artikel Blogger ke Facebook Secara Automatik


Blogger.com pada dasarnya tiada gadget atau widget untuk post artikel artikel yang telah diterbitkan terus ke Facebook secara automatik. Tetapi ada cara yang boleh digunakan dengan bantuan laman tertentu untuk membolehkan artikel yang kita terbitkan dapat dikongsikan terus ke wall Facebook kita ataupun ke wall Facebook Page kita. Ini semua dapat dilakukan melalui laman If This Then That di www.ifttt.com.

Laman ini membantu kita untuk menghubungkan 2 platform berbeza seperti dari Blogger ke Facebook dan banyak lagi laman social boleh dihubungkan. Semuanya dapat dilakukan secara percuma di sini. Setiap hubungan yang dilakukan di antara social media akan di panggil 'Recipes'.

Bagi yang mahu menghubungkan Blogger dan Facebook ini adalah caranya.

Langkah 1 : Buat akaun percuma di IFTTT. Tekan 'Sign Up'



Masukkan emel anda dan masukkan password pilihan anda. Kemudian tekan 'Create account'

Langkah 2 : Tekan 'My Recipes'


Log masuk ke dalam akaun anda dan paparan di atas akan kelihatan. Anda boleh terus cari Recipes pada ruangan recipes tetapi kami cadangkan untuk anda buat sendiri resepi anda di IFTTT. Untuk membuat resepi baru, tekan pada My Recipes'. Setelah anda tekan My Recipes, paparan di bawah akan kelihatan. Tekan 'Create Recipe'


Kemudian paparan di bawah akan kelihatan.


Langkah 3 : Tekan pada 'This' dan kemudian pilih icon Blogger


Anda boleh buat pilihan sama ada untuk link kan ke Facebook semua artikel yang terbaru atau boleh pilih mengikut label artikel anda. Tekan pada pilihan anda dan kemudian tekan 'Create Trigger'



Langkah 4 : Kemudian tekan pada 'That' dan kemudian pilih icon Facebook



Langkah 5 : Anda akan dihendaki memilih pada platform mana yang anda hendak hubungkan. 


Kali ini kita akan hubungkan Blogger dan Facebook, jadi cari Facebook pada search bar. Anda akan ada dua pilihan iaitu Facebook (Timeline FB anda) atau pun Facebook Page.


Pada kali ini kita akan linkkan pada Facebook Pages. Papran di bawah akan kelihatan sejurus anda menekan Facebook Pages. Anda akan diberikan 3 pilihan iaitu Create Status, Create Link Post atau Upload Photo untuk setiap kali anda terbitkan artikl di blog anda. Untuk kongsi artikel pada Facebook, pilih Create a link Post.


Langkah 6 : Anda akan diminta untuk memasukkan akaun Facebook anda dan kemudian anda akan dikehendaki membuat 'Action' untuk resepi anda. 


Setelah selesai terus tekan 'Create Action'


Untuk bina Action, tekan pada gambar 'kelalang kon' pada bar Link Url dan Massage.


Setelah selesai resepi yang anda telah buat akan terpapar pada My Recipes.

Siap! Kini setiap kali kita terbitkan artikel di blog, secara automatik akan dikongsikan pada Facebook Page atau Facebook Status kita. 

Terima kasih kerana membaca Cara Post Artikel Blogger ke Facebook Secara Automatik. Sila berikan sebarang persoalan atau komen pada ruangan komen. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top