WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Simpan Duit Untuk Korban Setiap Tahun


Setiap orang yang berkemampuan disunatkan untuk membuat sembelihan korban setiap kali menjelang Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha. 

Pada kali ini mari kita sama-sama muhasabah diri berkaitan kemampuan kita untuk melaksanakan ibadah korban. Adakah kita sentiasa memberikan alasan tidak mampu untuk melaksanakan korban?

Bagi saya, hampir semua orang mampu untuk melaksanakan korban paling kurang satu bahagian setiap tahun. Manakan tidak, harga bagi satu bahagian lembu hanyalah lebih kurang RM500 dan ada yang lebih murah lagi. Jika kita melakukan ibadah korban yang dilaksanakan di luar negara seperti di Myanmar, harga bagi satu bahagian hanya lebih kurang RM350 sahaja. 

Jika difikirkan, RM350 bersamaan kita hanya perlu menyimpan satu hari satu ringgit dan dalam masa satu tahun, kita sudah mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban

Bagaimana cara efektif untuk menyimpan duit bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun?


Berniat untuk melaksanakan ibadah korban

Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat. Jika baik niatnya, makan baiklah amalannya, jika buruk niatnya, maka tiada maknalah amalannya. Berniat juga akan memberikan kita semangat untuk mencapai matlamat untuk melaksanakan ibadah korban. Niat adalah sama seperti satu matlamat yang kita ingin capai. Selain daripada itu, dengan berniat untuk melaksanakan ibadah korban, insyaAllah Allah akan membukakan pintu rezeki untuk kita agar mudah untuk kita melaksanakan ibadah korban.


Sediakan tabungan khas

Niat tanpa usaha pastinya tidak akan berhasil. Bagi memulakan kembara untuk mencapai matlamat melaksanakan ibadah korban, kita perlu sediakan tabugan khas untuk menyimpan duit bagi tujuan tersebut. Kita boleh sediakan tabung fizikal di rumah atau membuat satu akaun khas untuk tujuan ibadah korban


Masukkan dalam bajet tahunan

Cara paling mudah untuk mencapai matlamat untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun adalah dengan memasukkan ibadah korban sebagai salah satu daripada perbelanjaan wajib tahunan di dalam bajet tahunan kita. Jika sebelum ini anda hanya memasukkan bayaran cukai dan insuran kereta, inilah masanya untuk kita menambahkan satu lagi senarai bajet tahunan yang wajib kita bayar.


Buat potongan gaji

Jika anda jenis yang kurang berdisiplin untuk menabung, saya nasihatkan untuk membuat potongan secara automatik ke akaun khas bagi tujuan melaksanakan ibadah korban. Sebagai contoh, anda boleh buat potongan gaji setiap bulan ke tabung haji dan menjelang ibadah korban duit tersebut sebahagiannya boleh digunakan untuk melaksanakan ibadah korban.

Ajak rakan / adik beradik untuk sertai

Lagi ramai lagi meriah. Kita boleh mengajak rakan-rakan atau adik beradik untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban. Mengajak rakan - rakan dapat memberikan semangat untuk kita bersama-sama melaksanakan ibadah tersebut. 

Ok?

Itulah antara cara yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Tujuannya bukanlah untuk kita menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan kepada kita sepanjang tahun. 

Terima kasih kerana membaca Cara Simpan Duit Untuk Korban Setiap Tahun. Kongsikan di laman sosial sekiranya bermanfaat.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking