Cara Menggunakan Google Adsense - Page Level Ads


Google Adsense telah mengumumkan satu lagi cara untuk pengiklanan iaitu dengan menggunakan Page Level ads.

Apa itu Page Level Ads?

Page level ads telah diumumkan melalui blog Google Adsense pada 27 April 2016 yang dikatakan merupakan inovasi dalam pengiklanan Google Adsense. Setakat ini iklan page level ads ini hanya tersiar untuk web dan blog yang dilihat menggunakan peranti mudah alih.

adsense page-level ads anchor and vignette ads

Menurut Google Adsense lagi, antara kebaikan page level ads ini adalah:
  • Iklan di optimised hanya muncul pada waktu yang terbaik / dan berfaedah bagi pengguna peranti mudah alih.
  • Pemasangan iklan page level ini juga mudah dah hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
  • Boleh edit iklan tanpa tukar kod tetapi hanya edit tetapan di akaun Google adsense anda.
  • Page level ads tidak dikira dalam limit ads pada laman web kita (setakat ini maksimum iklan adsense untuk setiap page adalah 3 sahaja)
Page Level Ads memberikan 2 pilihan untuk anda iaitu Anchor / Ovelay Ads dan juga Vignette Ads.

Anchor / Overlay ads akan memaparkan iklan di bahagian bawah laman web atau blog anda manakala Vignette Ads akan memaparkan iklan dengan skrin penuh tetapi iklan tersebut mudah untuk di tutup jika pengunjung tidak berminat dengan iklan tersebut.

Kita boleh mengaktifkan satu atau kedua-dua sekali page level ads ini.

Bagi yang menggunakan Blogger, Page Level Ads hanya boleh dipasang bagi mereka yang mempunyai Google Adsense Non-Hosted akaun atau akuan penuh Google Adsense.



Cara Memasang Page Level Ads untuk Blogger / Blogspot.



  • Pertama sekali buka akaun Google Adsense anda dan tekan pada My Ads dan Page Level Ads. Kemudian aktifkan page level ads yang anda mahukan sama ada salah satu atau kedua-dua jenis page level ads.
  • Kemudian tekan Get Code untuk mendapatkan kod HTML yang perlu diletakkan pada laman web kita.
  • Bagi yang menggunakan platform Blogger, kita perlu letakkan kod html page-level-ads pada html kod blog kita. Untuk meletakkan kod ini, kita perlu ke bahagian Template dan tekan  Edit HTML.
  • Kemudian cari <head> dan letakkan kod tersebut di bawah <head>. Kemudian tekan Save. Jika anda menerima error apabila nak Save HTML anda, padamkan perkataan 'async' dalam kod HTML yang diberikan. Kemudian tekan Save semula.
  • Pemasangan kod hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
  • Setelah anda pasang kod tersebut, anda boleh cuba kod tersebut dengan menaipkan URL laman web anda di peranti mudah alih dan tambahkan #googleads di hujung URL anda. 


Pihak Google menjanjikan bahawa iklan mereka tidak mengganggu pengunjung yang datang ke blog atau laman web kita, dan iklan tersebut hanya muncul pada waktu yang paling sesuai.

Anda dah cuba guna Google Adsense Page Level Ads? Apa pendapat anda?

Bagi yang masih berusaha untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense, anda boleh baca pengalaman dan cara saya mendapatkan akaun Google Adsense. Tidak dinafikan bukan mudah untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense, tetapi dengan usaha yang berterusan pasti kita boleh lakukannya.

Terima kasih kerana membaca Cara Menggunakan Google Adsense - Page Level Ads. Selamat mencuba! ;-)

Back To Top