Cara Memikat Hati Pasangan



Cara Memikat Hati Pasangan. Perkahwinan adalah kemuncak bagi dua insan yang bercinta. Tetapi disebalik kemuncak percintaan, perkahwinan juga adalah gerbang permulaan untuk satu kehidupan yang baru dan juga merupakan satu tanggungjawab baru yang perlu digalas oleh seseorang yang bergelar suami dan isteri. 

Pada kali ini, saya nak kongsikan 9 cara untuk memikat hati pasangan kita. 




1.Sentiasa Berfikiran Positif

Suami isteri perlulah sentiasa berfikiran positif terutamanya dalam keadaan genting dan dalam keadaan tekanan. Jangan mudah terpengaruh dengan anasir luar yang kadang kala menggugat kestabilan rumah tangga.


2.Berkongsi Minat

Berkongsi minat tidak semestinya bermaksud mempunyai minat yang sama. Ada kalanya suami isteri mempunyai minat yang berbeza tetapi dari perbezaan minat itu menyebabkan suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain.  

3.Lengkap Melengkapi

Contoh paling mudah adalah jika pasangan mengalami masalah, bantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, sentiasa bantu membantu dalam apa jua kerja yang dilakukan akan dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


4.Memasak

Sebaik-baik masakan untuk suami adalah daripada air tangan isteri. Jika isteri tidak pandai memasak, berusahalah untuk belajar memasak. Banyak buku masakan ada dipasaran. Suami pula, sesekali jenguk lah ke dapur dan masak bersama isteri. 


5. Bersukan

Orang lelaki secara umumnya sukar bersukan atau sekurang-kurangnnya suka untuk menonton program sukan di televisyen. Jika isteri kurang berminat untuk menonton sukan, isteri boleh mengambil hati suami dengan menyediakan sedikit jamuan ringan untuk suami yang sedang menonton perlawanan bola sepak. Ini bukan sahaja menambahkan sayang suami kepada isteri malah mengurangkan kadar si suami keluar mendapatkan hiburan di kedai mamak. 


6. Jaga Penampilan

Penampilan diri adalah penting bukan sahaja semasa kita keluar rumah, tetapi sama pentingnya ketika berada di rumah bersama keluarga. Tetapi ini bukan bermakna isteri perlu bersolek sepanjang masa. Menjaga penampilan cukuplah dengan isteri sentiasa dalam keadaan kemas, baju yang cantik dan kemas, rambut yang tersikat rapi dan badan yang berbau segar. Suami juga perlu menjaga penampilan diri semasa berada di rumah untuk menarik hati isteri.

7. Doa

Sentiasalah berdoa untuk mendapat ketenangan dalam berumahtangga. Banyak doa yang boleh diamalkan untuk menjadi pendorong dan semangat untuk terus melayari bantera rumah tangga dengan penuh ketenangan. Selain itu, doa akan menguatkan lagi hubungan suami dan isteri dengan Allah dan membentuk keluarga yang sakinah.


8. Bersyukur

Sentiasa bersyukur dengan pasangan hidup masing-masing. Setiap kekurangan dan kelemahan hendaklah diterima dengan hati yang terbuka. Setiap kesilapan diperbaiki bersama-sama. 


9. Senyuman

Senyuman adalah salah satu bentuk sedekah. Ia juga dapat memberikan ketenangan kepada orang yang melihatnya. Begitu jugalah kehidupan suami isteri. Suami dan Isteri hendaklah sentiasa menunjukkan muka yang manis ketika bersama kerana senyuman isteri akan memberikan ketenangan kepada seorang suami dan begitu juga sebaliknya.



Ini adalah antara cara untuk memikat pasangan kita. Semoga hubungan suami isteri akan berkekalan sehingga ke syurga. InsyaAllah. :-)

Back To Top