WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Jimat Air Yang Perlu Diamalkan

Cara Jimat Air Yang Perlu Diamalkan

Bila bercerita berkaitan penjimatan sama ada penjimatan air, penjimatan elektrik atau penjimatan perbelanjaan, ramai yang mudah melatah dan mula menuding jari kepada orang lain dan memberikan alasan demi alasan. Mungkin dari satu sudut, ada kekhilafan dalam pentadbiran dan pengurusan air, tetapi kita sebagai pengguna sepatutnya sentiasa menghargai nikmat air bersih yang diberikan kepada kita dengan menggunakannya dengan sebaik mungkin tanpa pembaziran.

Lain-lain artikel berkaitan:

Ok. 

Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan air dan sekali gus dapat mengurangkan bil air kita. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum dalam penjimatan, semua cara yang akan saya kongsikan perlu sentiasa diamalkan. Tetapi jika tidak dapat amalkan semua, ambil beberapa yang mudah bagi anda dan amalkannya setiap hari. 


Cara Menjimatkan Air:

Tips 1: Membasuh baju 

Membasuh dengan muatan penuh dapat menjimatkan elektrik dan air. Membasuh dengan kerap tanpa muatan penuh boleh menyebabkan pembaziran air dan jika membasuh baju melebihi muatan, mesin basuh terpaksa menggunakan lebih tenaga elektrik.

Tips 2: Tadah air hujan  

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan hujan sehinggakan ada kawasan yang banjir setiap kali musim hujan. Menadah air hujan dapat mengurangkan penggunaan air paip. Air tadahan hujan boleh digunakan untuk mencuci kawasan rumah, siram pokok bunga, basuh kereta dan lain-lain lagi. Yang bagusnya, air tadahan hujan adalah percuma, tidak kira lah berapa banyak pun yang anda tadah. Tapi berjaga-jaga dengan nyamuk. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik sekiranya tempat tadahan air itu menyimpan air dalam jangka masa yang lama.


Tips 3: Penggunaan Pam Tandas

Menggunakan pam tandas dwi curahan. Curahan sedikit dan curahan banyak. Atau anda boleh letakkan satu botol penuh air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air curahan yang digunakan semasa tangki di pam.

Tips 4: Audit Tangki Pam Tandas 

Letakkan cecair pewarna ke dalam tangki pam tandas untuk memastikan keadaan tangki atau saluran tangki yang bocor sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau sekiranya bil anda menaik tanpa diketahui sebab. Jika terdapat kebocoran, air akan berpanjangan masuk ke dalam tangki dan ini akan merugikan dan meninggikan bil air anda. Baiki paip yang bocor dengan segera.

Jika air paip di rumah anda secara tiba-tiba terputus bekalan atau bekalan diterima dengan lebih kecil berbanding biasa, tanya jiran anda berkenaan bekalan air ke rumah mereka kerana ada kebarangkalian bahawa paip yang tertanam di rumah anda bocor tanpa disedari. Ada orang yang terpaksa membayar bil sehingga beribu kerana disebabkan paip bawah tanah yang bocor tanpa disedari.

Tips 5: Air Mengalir, Duit Mengalir 

Semasa anda menggosok gigi, cuci muka, bercukur atau semasa sabun seluruh badan, jangan biarkan air mengalir. Semasa membersihkan tandas atau bilik air, jangan biarkan air mengalir, gunakan air hanya pada permulaan dan akhir untuk bilasan sahaja. Seelok-eloknya gunakan air tadahan yang bersih.

Tips 6: Guna Semula Air 

Jika anda tinggal di rumah sendiri, salurkan air mandian anda ke taman atau tempat anda bercucuk tanam untuk memastikan sayur-sayur atau bunga anda secara automatik disiram setiap kali anda mandi. Jika anda tinggal di rumah teres atau ruma pangsa, tadah air mandian / air lebihan wuduk untuk digunakan untuk menyiram bunga anda di pasu.

Tips 7: Siram Bunga 

Tanam pokok baru semasa waktu tengkujuh (hujung tahun) kerana bila hujan pokok anda akan tersiram secara automatik. Untuk waktu lain, siram pokok diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan sejatan air semasa proses penyiraman.


Tips 8: Basuh Pinggan Mangkuk dengan Bijak 

Semasa membasuh pinggan, jangan biarkan air mengalir. Sediakan dua besen / bekas air. Satu untuk bilasan pertama dan satu untuk bilasan kedua. Selesai membersihkan semua pinggan mangkuk dengan sabun, masukkan dalam besen bilasan pertama untuk menghilangkan sabun dan kemudian masukkan ke dalam besen ke dua untuk bilasan. Begitu juga sekiranya anda hendak membasuh buah-buahan atau sayuran, basuh dengan menggunakan semangkuk air lebih menjimatkan berbanding menggunakan air paip yang mengalir.

Tips 9: Cuci Sayuran

Cuci buah buahan atau sayur sayuran juga dengan 2 buah bekas air. Satu air untuk mencuci sayuran dan satu lagi untuk bilasan terakhir sebelum digunakan.  

Ok.

Itulah sebahagian cara untuk menjimatkan penggunaan air di rumah kita. Saya pasti semua orang boleh melakukan sebahagian atau semua perkara di atas. Mungkin agak sukar untuk diamalkan pada permulaan, tetapi dengan usaha dan konsistensi, pastinya semua cara penjimatan di atas akan menjadi salah satu cara hidup yang lebih bermanfaat kepada kita semua.

Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Air Yang Perlu Diamalkan. Jika anda ada cara lain untuk berjimat, kongsikan di ruangan komen.

2 ulasan: Leave Your Comments

click tracking