WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Jimat Minyak Petrol Untuk Diamalkan

Cara Jimat Minyak Petrol

Pada kali ini saya nak kongsikan kompilasi cara jimat minyak petrol. 

Tips 1: Pengangkutan awam

Sekiranya anda tinggal di bandar dan pengangkutan awam tidak menjadi masalah untuk digunakan, ini adalah penyelesaian terbaik untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Penggunaan pengangkutan awam seperti LRT dan KTM menjimatkan masa kerana tiada kesesakan lalu lintas. Dalam masa yang sama penggunaan pengangkutan awam menjimatkan minyak dan tenaga. 

Tips 2: Guna motosikal ke tempat kerja 

Sekiranya tiada pengangkutan awam di tempat anda, pilihan yang ada untuk menjimatkan penggunaan minyak adalah dengan menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal. Selain daripada menjimatkan minyak, menaiki motosikal juga menjimatkan masa kerana kurang terbabit dengan kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar utama. 

Tips 3: Penggunaan kenderaan manual atau automatik

Penggunaan minyak bagi kereta manual atau automatik sebenarnya bergantung juga kepada cara pemanduan seseorang. Tetapi kebanyakan enjin transmisi automatik dengan teknologi terkini adalah lebih menjimatkan minyak berbanding kereta lama dengan transmisi manual.

Tips 4: Pastikan tekanan angin tayar ·

Tayar kereta yang lembik juga akan menyebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak. Tayar yang lembik juga akan menyebabkan tayar anda cepat rosak di bahagian tepi bunga tayar manakala tayar yang terlalu keras pula akan merosakkan bahagian tengah bunga tayar. Jadi pastikan tekanan tayar kereta anda. Sebagai contoh, tekanan tayar bagi Proton Persona adalah; tayar hadapan 210kPa manakala tayar belakang 190kPa.


Periksa tekanan tayar anda sekurang-kurangnya 2 kali sebulan untuk memastikan tekanan tayar anda berada pada tekanan yang sepatutnya. Jika tayar anda haus dengan tidak sekata, tayar akan cepat rosak dan anda terpaksa menukar tayar baru dengan lebih cepat.

Tips 5: Beli kereta yang jimat minyak

Sekiranya anda mampu, beli kereta yang menjimatkan minyak. Banyak kereta-kereta terkini yang mengenengahkan ciri-ciri penjimatan minyak. Beli kenderaan dengan CC (cubic centimeter) yang rendah (contoh 1.3L) menggunakan bahan bakar yang lebih rendah.

Tips 6: Jangan ubahsuai kereta 

1 daripada 5 kereta di jalan raya telahpun di ubahsuai mengikut citarasa pemililk kenderaan. Seelok-eloknya tidak perlu membuat apa-apa ubahsuai pada kenderaan tersebut kerana tujuan asal kenderaan adalah untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Pengubahsuaian kenderaan terutamanya pada enjin mungkin akan menyebabkan penggunaan bahan bakar yang lebih banyak walaupun mungkin akan mendapat prestasi enjin yang lebih baik.

Pengubahsuaian pada badan kenderaan akan mengubah rintangan angin terhadap kenderaan dan ini juga akan menyebabkan penggunaan bahan bakar yang lebih banyak. Penggunaan sport rim yang berat juga boleh menyebabkan kereta lebih berat dan menggunakan bahan bakar yang lebih banyak. 

Tips 7: Selenggara mengikut waktu 

Penyelenggaraan megikut jadual amat penting untuk mengekalkan prestasi kenderaan dan memanjangkan jangka hayat kenderaan. Sekiranya penyelenggaraan tidak mengikut waktu, kebarangkalian untuk kerosakan besar berlaku adalah lebih tinggi. Kerosakan besar bermaksud wang yang perlu untuk perbaiki kerosakan adalah lebih tinggi.

Tips 8: Rancang perjalanan 

Pelbagai teknologi seperti Google Map dan GPS boleh digunakan untuk menentukan jarak paling hampir untuk ke suatu destinasi. Dengan itu perjalanan akan lebih lancar dan menjimatkan.

Perjalanan yang lancar tanpa sebarang halangan seperti kesesakan lalu lintas akan lebih menjimatkan kerana kenderaan dipandu dengan lebih stabil tanpa banyak brek kerana kenderaan akan menggunakan lebih banyak bahan bakar semasa kenderaan hendak beralih dari perlahan / berhenti ke laju.

Tips 9: Berkongsi kenderaan 

Jika rumah anda dan rakan sekerja anda tinggal berhampiran atau melalui jalan yang sama, apa kata anda tumpang rakan anda ke tempat kerja. Berselang seli dengan kenderaan anda sendiri. Cara ini dapat menjimatkan penggunaan minyak kereta anda dan juga menjimatkan tenaga. 

Tips 10: Gunakan kad keahlian 

Hampir semua stesen minyak ada kad keahliannya sendiri. Gunakan kad keahlian setiap kali hendak mengisi minyak. Terdapat stesen minyak yang memberikan mata 1 untuk setiap RM1 pengisian minyak dan terdapat juga stesen minyak yang mengira mata berdasarkan liter minyak yang diisi. Mata yang terkumpul boleh digunakan untuk mengisi minyak secara percuma.

Tips 11: Memandu ikut had laju 

Semakin laju kereta anda pandu, semakin banyak penggunaan minyak petrol. Pemanduan melebihi 110km/j akan menggunakan minyak yang lebih banyak. Semakin kerap anda memandu laju, semakin tinggi kebarangkalian anda kena saman dengan polis. Jangan bazirkan duit anda kerana terpaksa membayar saman.

Tips 12: Perbaiki cara pemanduan 

  • Perbuatan suka membrek semasa memandu akan menyebabkan penggunaan minyak yang kebih banyak kerana kenderaan memerlukaan bahan bakar yang lebih untuk bergerak laju semula. Oleh itu elakkan daripada suka membrek di tempat yang tidak perlu.
  • Perbuatan suka mengekori kereta terlalu hampir akan meningkatkan kebarangkalian kereta untuk kerap membrek serta membahayakan diri serta pengguna kenderaan yang lain. Oleh itu pastikan jarak anda selamat.
  • Penggunaan bahan bakar melebihi 80km/jam adalah sama samada menggunakan penghawa dingin atau tidak menggunakan penghawa dingin (buka tingkap).
  • Tekan pedal minyak dengan perlahan (menekan dengan kuat secara mengejut akan menyebabkan enjin kenderaan anda menggunakan lebih banyak minyak). 
  • Jika anda menunggu di dalam kenderaan melebihi 30 saat, matikan enjin sepenuhnya kerana menunggu dengan enjin kenderaan hidup hanya akan membazirkan bahan bakar kenderaan anda.
  • Menghidupkan enjin kenderaan melebihi 30 saat dengan alasan untuk memanaskan enjin adalah tidak relevan bagi kenderaan moden sekarang. 
  • Jika kenderaan anda mempunyai mod 'auto cruise', gunakan mod ini semasa di lebuh raya kerana mod ini akan menstabilkan kelajuan kenderaan anda dan sekaligus menjimatkan minyak.
  • Semasa hendak bergerak di lampu isyarat setelah lampu hijau, jangan menekan minyak secara mengejut untuk cepat bergerak, tekan minyak perlahan-lahan dan tenang.
Nak tips lagi? Boleh baca ebook tips penjagaan kereta. Ebook ini mengandungi 50 tip yang sangat bagus dalam menjaga kereta sendiri luar dan dalam tanpa perlu meminta bantuan mekanik lagi. Ianya mudah difahami dan ditulis untuk mereka yang langsung tidak tahu menjaga kereta sendiri.

Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Minyak Petrol. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking