Cara Berwudhuk, Bertayamum dan Solat Semasa Sakit

Cara Berwudhuk, Bertayamum dan Solat Semasa Sakit

Bagaimana Cara Berwudhuk, Bertayamum dan Solat Semasa Sakit? Solat merupakan tiang agama yang WAJIB dilakukan tidak kira sama ada ketika sakit atau sihat. Ramai yang menganggap bahawa apabila mereka masuk wad atau sakit, mereka diberikan keringanan untuk meninggalkan solat. Tetapi hakikatnya, tiada keringanan dalam kewajiban menunaikan solat, tetapi terdapat keringanan dalam tatacara menunaikan solat. 

Salah satu alasan yang kerap diberikan oleh pesakit yang terpaksa duduk di dalam wad adalah kesukaran untuk mengambil wudhuk untuk bersolat. Hakikatnya, jika kita memberitahu jururawat yang ada di wad tersebut, pasti mereka akan memberikan bantuan untuk kita berwudhuk dan bersolat. Selain dari itu, kita juga boleh memesan ahli keluarga kita untuk membawakan sebotol air mutlak untuk dijadikan bekelan berwudhuk.

Ok.

Di bawah ini saya kongsikan dua poster yang saya perolehi daripada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mereka memberi kesedaran kepada para pesakit tentang kewajiban solat semasa dalam keadaan tidak sihat. 





Semoga kita semua akan sentiasa menjadi muslim yang sentiasa menjaga solatnya tidak kira tempat, masa, keadaan sakit ataupun sihat. Selagi kita masih berakal, kewajiban tersebut perlu digalas oleh setiap orang Islam.


Terima kasih kerana membaca Cara Berwudhuk dan Bertayamum Semasa Sakit. Sekiranya anda mempunyai sebarang pengalaman untuk dikongsikan, boleh kongsikan di ruangan komen. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top