WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online dengan Bank Islam

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

Dah bayar zakat? Sebelum ini saya pernah kongsikan cara untuk membuat pengiraan zakat pendapatan. Anda boleh baca artikel tersebut di sini. Selain daripada zakat pendapatan, zakat-zakat lain yang wajib ditunaikan adalah:
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Fitrah (Bulan Ramadhan sahaja)
  • Zakat Perniagaan
Bagi yang masih belum menunaikan zakat, pada kali ini saya ingin kongsikan satu alternatif cara untuk membayar zakat secara online melalui Bank Islam online. 

Saya adalah pengguna perbankan Bank Islam online dan saya sudah beberapa tahun membayar zakat ke Jabatan Agama Islam Negeri secara online. 

Cara Bayar Zakat dengan Bank Islam Online

Log masuk ke dalam akaun anda dan kemudian tekan bahagian Open Bill dan pilih Charity:

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online


Setelah itu kita perlu pilih Jabatan Agama Islam negeri yang kita nak bayar zakat. Seelok-eloknya pilih Jabatan Agama Islam yang berkuasa di tempat anda bermastautin bukannya tempat asal anda lahir. Sebagai contoh, jika anda lahir di Johor tetapi kini menetap di Selangor, bayaran zakat hendaklah diberikan kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

Semua pusat zakat negeri ada disenaraikan dalam Bank Islam Online untuk kemudahan kita.

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

Setelah itu, masukkan maklumat akaun anda dan pilih kod zakat. Sebagai contoh, bagi zakat pendapatan, kodnya adalah 003. Jenis zakat lain akan mempunyai kod yang berbeza.

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

Setelah anda masukkan nilai yang anda perlu bayar sepertimana yang telah anda kira melalui kalkulator zakat, tekan Add To Bill atau Continue. Kemudian satu popup akad akan keluar dan anda perlu baca seagai tanda persetujuan dengan bayaran yang telah anda lakukan.

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

Kemudian tekan Ok untuk buat bayaran. Selesai.

Bagaimana dengan resit untuk claim cukai pendapatan?

Ramai yang takut untuk membayar zakat secara atas talian kerana kuatir tidak mendapat resit yang dapat di gunakan untuk potongan cukai pendapatan. Bagi saya sendiri, saya tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan resit. Resit pembayaran zakat akan diposkan terus ke alamat rumah saya setelah pembayaran zakat dibuat. 

Bagaimana untuk pastikan resit dapat ke rumah kita?

Semasa pembayaran zakat dilakukan secara online, kita tidak ada diminta untuk mengisi alamat rumah. Resit akan diposkan ke alamat pendaftaran akaun bank anda. Untuk semak alamat yang anda daftarkan pada Bank Islam, masuk ke bahagian Setting dan kemudian tekan Change Address.  

Cara Bayar Zakat Pendapatan Online

Jika anda ingin membuat sebarang pindaan alamat atas sebab berpindah atau sebagainya, anda boleh buat di sini untuk memastikan resit pembayaran zakat akan diposkan ke alamat terkini anda.

Resit biasanya akan diterima dalam masa satu atau dua minggu selepas pembayaran dibuat.

Ok.

Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk semua.

Terima kasih kerana membaca Cara Bayar Zakat dengan Bank Islam Online. Jangan lupa folllow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan anda terhadap blog ini.

2 ulasan: Leave Your Comments

  1. Alhamdulillah, bagus artikel ini, saya selalu bayar di kaunter tapi rasanya nak cuba guna online kali ni , semoga mendapat keberkatan kepada saudara

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kerana ianya dapat membantu puan.

    Cuma saya nak ingatkan untuk update alamat surat menyurat di setting bank ye..takut takut nanti resit pula tak dapat..setakat ni saya tak ada masalah dengan resit zakat.. ;-)

    BalasPadam

click tracking