Cara Pengiraan Zakat Pendapatan di Malaysia

pengiraan zakat pendapatan

Bagaimanakah Cara Pengiraan Zakat Pendapatan? Memandangkan sudah hampir hujung tahun 2015, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan anda semua untuk cepat-cepat melaksanakan rukun islam yang ke empat iaitu membayar zakat. Salah satu zakat yang wajib dilakukan adalah zakat pendapatan. 

Kenapa perlu bayar zakat pendapatan?

Sebab utama mengapa zakat itu perlu di bayar adalah kerana itu merupakan satu kewajiban sebagai umat islam. Ini adalah bertujuan untuk membantu orang yang lebih memerlukan dan dalam masa sama membentuk sifat syukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada kita. Bayaran zakat dibuat setiap cukup setahun semasa (haul) berdasarkan lebihan pendapatan selepas tolak pelbagai keperluan kita. Daripada lebihan tersebut hanya 2.5% yang perlu dibayar kepada pusat zakat atau perlu diberikan kepada asnaf zakat.

Jadi, bagaimana cara pengiraan zakat pendapatan?

Cara paling mudah untuk membuat pengiraan zakat pendapatan adalah dengan menggunakan kalkulator zakat yang telah disediakan oleh kebanyakan laman web pusat zakat. Contoh yang saya berikan di bawah di ambil daripada laman web Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).


cara kira zakat

Bayaran boleh dibuat secara bulanan atau lumsum untuk setahun. Apa yang penting adalah, kita mesti bayar jika pendapatan kita melebihi keperluan. Suka saya ingatkan juga bahawa kalkulator pengiraan zakat pendapatan ini ada sedikit perbezaan untuk setiap negeri. Ini adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti kos sara hidup yang berbeza di setiap negeri dan lain-lain faktor. Tetapi asasnya tetap sama iaitu zakat yang perlu di bayar adalah 2.5% daripada lebihan pendapatan tahunan.

Ok.

Di bawah saya kongsikan kalkulator zakat pendapatan untuk negeri-negeri di Malaysia.
  1. Pengiraan Zakat Pendapatan Johor
  2. Pengiraan Zakat Pendapatan Melaka
  3. Pengiraan Zakat Pendapatan Negeri Sembilan
  4. Pengiraan Zakat Pendapatan Selangor
  5. Pengiraan Zakat Pendapatan Kuala Lumpur
  6. Pengiraan Zakat Pendapatan Perak
  7. Pengiraan Zakat Pendapatan Pahang
  8. Pengiraan Zakat Pendapatan Kelantan
  9. Pengiraan Zakat Pendapatan Kedah
  10. Pengiraan Zakat Pendapatan Pulau Pinang
  11. Pengiraan Zakat Pendapatan Sabah
  12. Pengiraan Zakat Pendapatan Sarawak (tidak jumpa sumber)
Bagi yang masih teragak-agak untuk hukum pembayaran zakat pendapatan. Anda boleh baca berkenaan hukum pembayaran zakat pendapatan di laman web e-fatwa.

Semoga dengan membayar zakat pendapatan, kita akan sama-sama mendapat keberkatan daripada setiap rezeki yang diberikan kepada kita. Dan insyaAllah rezeki kita akan bertambah-tambah setiap tahun.

Terima kasih kerana membaca Cara Pengiraan Zakat Pendapatan di Malaysia. Adakah anda dah bayar zakat pendapatan anda untuk tahun ini? Berikan komen anda di bawah.

1 ulasan:

  1. Which may be what is more an outstanding present that i genuinely relished reading through. It's not possible regularly that marilyn and i handle the chance to know anything.Help Orphan

    BalasPadam

Back To Top