Cara Berhenti Merokok Bukan Dengan Vape : Johor Kini Mengharamkan Vape

Johor Kini Mengharamkan Vape

Johor Haramkan Vape? Saya tertarik dengan berita hari ini berkenaan Johor haramkan vape. Sememangnya saya sangat setuju dengan arahan yang dikeluarkan oleh Sultan Johor kerana saya dapati vape ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan juga boleh mengundang masalah sosial. 

Pelbagai isu berkaitan dengan vape telah tersiar sejak kebelakangan ini. Bermula dari berita vape sebagai inspirasi pemuda, kemudian tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas penjualan cecair vape mengandungi nikotin dan kini berita terbaru Johor Mengharamkan Vape atas titah Sultan Johor.

Vape sebagai inspirasi pemuda

Bagi saya banyak lagi perkara yang boleh dijadikan inspirasi untuk pemuda sekarang. Selain dari itu, banyak lagi perniagaan boleh dilakukan selain menjual Vape. 

Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia

Tindakan KKM untuk merampas semua cecair mengandungi nikotin bagi saya agak wajar kerana nikotin itu sendiri mempunyai keburukannya. Ramai yang memberikan alasan mereka bertukar kepada vape untuk berhenti merokok. Tetapi sebelum ini pelbagai kempen dijalankan untuk membantu perokok untuk berhenti merokok tetapi ramai yang mengambil ringan untuk berhenti. Persoalannya kenapa sekarang memberikan alasan untuk berhenti merokok dengan menggunakan Vape? Bagi yang betul-betul nak berhenti merokok, tahniah saya ucapkan. 

Titah Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

The Star merupakan media bercetak pertama yang memaparkan berita berkenaan pengharaman vape di Johor dan arahan untuk menutup semua kedai Vape berkuatkuasa 1 January 2016. Bagi saya, ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk.

Di bawah merupakan keratan artikel daripada TheStar Online bertarikh 29.11.2015

“I want the outlets to close down by January 1, 2016, and I do not want to hear any excuses.

“This is a question of health and its effects on young people. It has nothing to do with businesses and for sure, it has nothing to do with race.

“I am greatly disappointed that some people are bringing up racial threats and political threats,” he said in an interview.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar said the state had the right to invoke bylaws under the local government laws to shut down vape outlets.

The Sultan ordered the state executive council to meet next week to hasten the process.

He said politicians should also stop pandering to businessmen in the vape industry.

“Why are these politicians giving in to these threats? I want to know if these businessmen would allow their children to vape if it is so safe and healthy as they claim.

“Do you want to see your children puffing away?

“It is a new business. What kind of businesses were they doing before this? Go back to your previous work,” he said.


Bagi saya sendiri, sekiranya betul niat mereka yang menggunakan Vape untuk berhenti merokok, mereka tidak perlu risau kerana banyak lagi alternatif untuk berhenti merokok seperti nikotin patch dan lain-lain. Malah alternatif tersebut mungkin memakan kos yang lebih rendah berbanding menggunakan vape. Apa yang paling membimbangkan dengan vape ini adalah sekiranya ia diambil oleh kanak-kanak dan mereka yang tidak pernah merokok dan menjadikannya sebagai salah satu gaya hidup. Pastinya bukan sesuatu yang baik untuk agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kerana membaca Cara Berhenti Merokok Bukan Dengan Vape : Johor Kini Mengharamkan Vape. Berikan pendapat anda di ruangan komen berkaitan isu ini. Sila komen dengan penuh tatasusila.

Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top