Bagaimana cara ajar anak menabung? Bagi saya, menabung merupakan salah satu perkara yang penting sebagai salah satu cara untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan kewangan sejak dari kecil. Jika kita perhatikan, banyak subjek yang diajarkan di sekolah, tetapi bab pengurusan kewangan masih tiada tempat dalam silibus persekolahan anak-anak kita. Oleh itu, tanggungjawab tersebut jatuh kepada ibu bapa untuk memberi pedidikan kepada anak-anak kita tentang kewangan.Â
Pada kali ini saya ingin berkongsi 5 cara untuk mengajar anak supaya suka menabung. Cara yang saya kongsikan ini adalah dari sudut pandangan saya dan mungkin berubah serba sedikit mengikut situasi dan perangai anak-anak anda.
1. Pilih botol yang tidak terlalu besar dan lutsinar
Kanak-kanak mudah tertarik kepada sesuatu yang comel dan menarik. Jadi, sediakan tabung untuk anak kita daripada botol-botol seperti botol air jus atau apa-apa saja yang nampak menarik. Pilih botol yang lutsinar supaya anak kita nampak pencapaian tabungan mereka dan sekaligus menaikkan semangat mereka untuk menabung. Cara ini sesuai untuk anak kita sejak mereka berumur 1 tahun lagi.
2. Sediakan tabung untuk setiap orang
Salah satu perkara yang penting adalah memastikan setiap anak kita mempunyai tabungnya sendiri dan seelok-eloknya semua tabung mempunyai bentuk yang sama atau mengikut minat anak-anak kita. Cara paling mudah adalah dengan menulis nama pada setiap tabung anak kita. Ini juga adalah penting untuk mengelakkan pergaduhan antara anak-anak kita.
 Â
3. Ajar anak masukkan duit ke dalam tabung
Perkara asas dalam mendidik anak menabung adalah dengan mengajar anak kita memasukkan sendiri duit ke dalam tabung. Jika ada anak kita jenis yang tidak memasukkan barang ke dalam mulut, kita boleh ajar anak kita masukkan duit ke dalam tabung sejak berumur 1 tahun lagi. Tetapi pastikan dilakukan dengan pemerhatian ibu bapa. Dan berikan pujian setiap kali anak kita berjaye masukkan duit ke dalam tabung.
4. Ajar tentang matlamat menyimpan
Bagi anak kita yang sudah mencapai umur 3 tahun ke atas, mereka sudah mula faham berkaitan matlamat sesuatu perkara. Ceritakan dengan anak kita tentang matlamat menyimpan seperti untuk kos pembelajaran, percutian atau hadiah. Jika mereka masih belum faham, jangan pernah putus asa untuk menerangkan berulang kali.
5. Tabungan akhirat jangan dilupakan
Jika singgah ke masjid atau surau bersama anak kita, pastikan ajar anak kita untuk memasukkan duit ke dalam tabung surau dan masjid. Kerana tabungan inilah yang sebenarnya akan menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat.
Itulah 5 cara ajar anak menabung yang saya ingin kongsikan. Terima kasih kerana membaca Cara Ajar Anak Menabung. Sekiranya anda ada cara tersendiri mengajar anak anda menabung, boleh kongsikannya di ruangan komen.
ALHAMDULILLAH, hobi saya salah satunya ialah menabung sampai sekarang,. :D
BalasPadam