WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat


Nak tahu Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat? Tahniah diucapkan kepada anda yang bercita-cita untuk berhenti merokok. Merokok bukan sahaja memudaratkan kesihatan anda dan keluarga anda, malah merokok juga dapat memudaratkan poket anda. Sebenarnya, berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mustahil. Apa yang penting, mereka yang ingin berhenti merokok perlu tahu cara berhenti merokok yang betul. Jangan terburu-buru dan jangan berhenti secara mendadak.


Pasangan anda merokok? Baca ni..


Terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bertindak untuk berhenti merokok. 

Persediaan 1 : Pasang Niat dengan betul

Pasang niat dengan bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok. Kaitkan niat tersebut dengan orang yang tersayang seperti demi isteri ataupun anak-anak. Niat yang dikaitkan dengan orang yang tersayang biasanya lebih utuh dan tidak mudah goyah berbanding orang yang berniat hendak berhenti merokok tetapi tiada sebab kukuh untuk diri sendiri berhenti merokok.

Persediaan 2 : Kawal pergaulan dengan kawan-kawan

Kebanyakan orang mula merokok disebabkan oleh kawan-kawan dan kesukaran yang paling hebat adalah untuk menghadapi rakan-rakan yang tegar dan tidak mahu berhenti merokok. Bukannya perlu memutuskan tali persaudaraan, tetapi pilihlah kawan yang dapat membantu dalam proses anda cuba untuk berhenti merokok. Lagi elok, minta kawan-kawan bersama-sama mengharungi cabaran berhenti merokok.

Persediaan 3 : Beranikan diri untuk berkata "Maaf, saya tidak merokok"

Ramai orang yang berusaha untuk berhenti merokok akhirnya terjebak semula disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan dan juga kerana tidak berani dan malu untuk menyatakan bahawa mereka sudah tidak merokok. Mungkin bila kali pertama anda menyatakannya, ada suara-suara sinis yang akan berkata, tetapi bila berulang kali anda menyatakannya, orang akan mula hormat dengan pendirian anda dan ianya juga sekaligus menjadi motivasi kepada diri anda sendiri.

Jika 3 persediaan di atas anda telah lakukan, nampaknya anda sudah bersedia untuk berhenti merokok! Tahniah!

Anda bertekat nak berhenti merokok? Klik Di Sini



Terima kasih kerana membaca Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat. Kongsikan pendapat anda diruangan komen dan jika ianya bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking