WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee

Berapa ramai yang ingin menjana pendapatan tanpa modal? Jika nak berniaga secara fizikal  pastinya ada modal. Nak tahu cara yang lebih mudah? Ok. Apa yang saya maksudkan adalah menjana pendapatan di iLancee. Jika anda mempunyai sebarang kebolehan yang boleh diketengahkan, anda boleh jualnya di iLancee.  

Apa itu iLancee?

Sebelum saya kongsikan dengan lebih terperinci, baik saya terangkan apa itu iLancee. Bagi yang sememangnya sudah lama berkecimpung dalam dunia blog, pastinya pernah dengar laman web seperti Fiverr.com. Dan banyak juga yang pernah menggunakan perkhidmatan Fiverr.com. Termasuk saya sendiri. Kini, ada sebuah laman web yang mempunyai konsep yang sama dengan Fiverr tetapi yang lebih baik lagi, ianya dibangunkan oleh rakyat Malaysia dan untuk pasaran Malaysia.

Konsep ilancee:

Dengan iLancee, kita boleh mendaftar secara percuma dan kemudian menawarkan kerja yang boleh kita lakukan. Sebagai contoh, kita mempunyai blog dan kita boleh menawarkan perkhidmatan pengiklanan kepada sesiapa yang berminat. Setiap tawaran kerja yang anda boleh lakukan akan dipanggil Gig. Dan anda boleh membina lebih dari satu Gig di dalam akaun iLancee anda. 

Apa yang boleh dijual di iLancee?

Setakat ini terdapat 19 kategori yang boleh anda pilih untuk dijual di iLancee. Satu lagi contoh, anda mempunyai kemahiran untuk membina laman web, anda boleh bina Gig anda untuk bina laman web dan sekiranya ada orang yang berminat untuk membina laman web dari anda, mereka akan beli Gig anda.

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee


Masih kurang faham? Lihat infografik di bawah.

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee

Mula-mula sekali, anda perlu daftar akaun percuma iLancee.

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee

Isikan borang pendaftaran dengan butiran emel dan usernama anda. Setelah pendaftaran dibuat, satu emel pengesahan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan dan anda perlu klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun iLancee anda. Setelah itu, ada perlu log masuk ke dalam akaun anda.


Apabila anda telah log masuk, ini adalah paparan yang akan anda lihat.

Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee

Saya percaya, iLancee akan terus berkembang dengan sokongan kita semua. Bukan itu sahaja kita boleh menambahkan pendapatan kita dengan menawarkan perkhidmatan yang kita boleh lakukan. 

Pada artikel yang akan datang, saya akan terangkan cara yang terperinci untuk membuat Gig pertama untuk akaun anda.

Anda juga boleh melihat contoh Gig yang telah saya buat di iLancee. Jika anda berminat dengan mana-mana gig saya bolehlah membuat tempahan di sana. Sekadar makluman. Tetapi apa yang saya cuba katakan adalah, kemungkinanan untuk membina kerjaya baru di iLancee adalah cerah dan mempunyai potensi yang tinggi. Jika anda ingin cuba nasib di Fiverr, memang agak sukar untuk yang baru sertai. Tetapi di iLancee, semua yang sertai masih baru dan persaingan masih kurang. Jika anda mampu memberikan perkhidmatan ternaik, anda mungkin akan dapat menjadi super seller di iLancee.

Mulakan langkah pertama anda sekarang dengan mendaftar di iLancee

Terima kasih kerana membaca Cara Menjana Pendapatan Tanpa Modal di iLancee. Berikan maklumbalas anda berkaitan iLancee dan nyatakan sama ada anda telah memulakan langkah anda iLancee atau belum. 

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking