Penerimaan SMS dari sumber yang tidak dikenali sangatlah menjengkelkan hati kita sebagai pengguna teknologi telefon pintar masa kini. Ia menjadi lebih menjengkelkan sekiranya SMS yang kita terima itu menyebabkan kita di caj atas setiap SMS yang diterima. Kali ini saya ingin berkongsikan pula sedikit maklumat hasil dari bacaan saya berkaitan bagaimana cara mengenal jenis SMS yang diterima pada telefon pintar kita berdasarkan Kod Awalan SMS tersebut.
Kod Awalan Perkhidmatan Kerajaan (1****)
Sekiranya SMS yang kita terima adalah bermula dari nombor 1, maka ia adalah SMS daripada perkhidmatan kerajaan. Sebagai contoh SMS yang diterima dari sesebuah agensi kerajaan yang mengandungi SMS berkaitan maklumat perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi terbabit. Contoh lain adalah perkhidmatan membuat semakan maklumat peribadi dengan agensi kerajaan seperti maklumat status permohonan, keputusan peperiksaan, dan lain-lain. SMS dengan kod awalan 1 adalah SMS bukan SPAM.
Kod Awalan Perkhidmatan Telco (2****)
Kod awalan bermula dengan nombor 2 adalah SMS daripada pihak Telco. Ia selalunya adalah SMS yang menawarkan maklumat berkenaan langganan atau promosi yang sedang dijalankan oleh Telco. SMS ini juga bukan SPAM
Kod Awalan Perkhidmatan Pembekal Kandungan (3****)
Sekiranya SMS bermula dengan nombor 3, maka ia adalah SMS yang dihantar oleh pembekal kandungan yang meminta pelanggan untuk melanggan perkhidmatan mereka. Sekiranya kita setuju untuk melanggan perkhidmatan yang mereka tawarkan, maka kita akan dikenakan caj atas setiap langganan tersebut samada secara bulanan ataupun setiap kali SMS diterima.
SMS ini tidak dikategorikan sebagai SPAM, walaubagaimanapun ia boleh menyebabkan kita secara tidak sengaja akan melanggan dan dikenakan caj. Hati-hati dengan SMS yang bermula dengan kod awalan nombor 3. Sekiranya ada peluang, dan diberi izin maka saya akan share cara untuk hentikan SMS berbentuk sebegini.
Kod Awalan Bulk SMS (6****)
Sekiranya anda ada menerima SMS dengan kod awalan nombor 6, maka anda perlulah berhati-hati. Secara umumnya bulk SMS adalah datu sistem yang membenarkan penghantar mesej menghantar SMS dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang serentak pada satu masa. Sebagai contoh penghantar mesej menggunakan sistem SPAM ini, untuk menghantar SMS promosi terkini kepada semua pelanggannya secara serentak terus kepada telefon pintar pelanggan mereka. Abaikan mesej sebegini. Ini adalah mesej SPAM.
Sekian perkongsian dari saya buat masa ini. Harap ia sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pembaca sekalian. Jadi dengan bacaan tadi, diharapkan kita dapatlah membezakan setiap jenis SMS yang kita terima, dan kita akan lebih berhati-hati dalam membalas SMS yang kita terima.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Mengenal Jenis SMS SPAM pada Telefon Pintar. Anda ada pengalaman menerima SMS SPAM? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
Terima kasih kerana membaca Cara Mengenal Jenis SMS SPAM pada Telefon Pintar. Anda ada pengalaman menerima SMS SPAM? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan