Cara Tahnik Bayi Yang Baru Lahir

Cara melakukan tahnik bayi

Cara Tahnik Bayi Yang Baru Lahir. Tahnik adalah perbuatan meletakkan manisan ke dalam mulut bayi selepas kelahiran bayi. Mentahnikkan bayi hukumnya adalah sunat. Ini bermakna jika tidak dilakukan tidaklah mendapat dosa, tetapi dalam kehidupan seorang muslim, sebaik-baik perbuatan adalah sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W dan tahnik merupakan salah satu yang dilakukan oleh Rasullullah S.A.W. 

Sebaik-baiknya tahnik dilakukan selepas kelahiran dan sebelum bayi minum apa-apa termasuk susu ibu. Tetapi tidak menjadi masalah sekiranya dilakukan selepas bayi masuk ke dalam wad bersama ibu kerana terdapat kekangan untuk bapa melakukannya sejurus selepas kelahiran.

Tahnik boleh dilakukan dengan 2 perkara iaitu sama ada dengan menggunakan kurma ataupun madu.

Tahnik boleh dilakukan oleh bapa bayi itu sendiri atau para ustaz yang berperibadi baik. Bagi bapa yang merokok, jika anda mahu mentahnikkan bayi anda, pastikan anda telah berhenti merokok terlebih dahulu atau lebih elok meminta para ustaz untuk mentahnikkan bayi anda. 

Bacaan Tambahan : Cara Berhenti Merokok Dengan Cepat


Cara tahnik bayi dengan kurma :

Kumur-kumur mulut dan cuci tangan sehingga bersih. Kemudian, mamah sebiji kurma dan ambil sedikit kurma yang telah dimamah tadi dengan jari manis sebelah kanan. Baca surah Al-Insyirah dan tiupkan pada kurma yang terdapat pada jari manis tadi. Kemudian, dengan menggunakan telapak jari manis (jangan menggunakan bahagian yang aad kuku, khuatir akan mencederakan langit-langit bayi), sapukan pada langit-langit bayi anda sambil membaca doa tahnik. Tunggu sehingga bayi anda menghisap jari anda. 

Cara tahnik bayi dengan madu :

Cuci tangan dahulu sehingga bersih. Buka bekas penutup madu, cicahkan jari manis kanan anda ke dalam madu. Baca surah Al-Insyirah dan tiupkan pada madu yang terdapat pada jari manis tadi. Kemudian, dengan menggunakan telapak jari manis (jangan menggunakan bahagian yang aad kuku, khuatir akan mencederakan langit-langit bayi), sapukan pada langit-langit bayi anda sambil membaca doa tahnik. Tunggu sehingga bayi anda menghisap jari anda.  

Doa semasa tahnik :

cara tahnik bayi yang baru lahir

Surah Al-Insyirah :



Semoga dengan melakukan tahnik ini, anak kita akan petah berkata-kata dengan kata-kata yang baik, mempunyai budi pekerti yang baik dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Terima kasih kerana membaca Cara Tahnik Bayi Yang Baru Lahir. Tahniah kerana anda telah berjaya mentahnikkan anak anda. Kongsikan pengalaman anda mentahnikkan anak anda di ruangan komen.

3 ulasan:

  1. boleh tak bagi tajuk buku yg terang dengan lebih terperinci tentang tahnik ini

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan kerana singgah di blog ini. Bacaan terperinci tentang kelahiran dan pendidikan anak (termasuk bertahnik) boleh tuan dapat dari buku Tarbiayatul Aulad - http://bit.ly/tarbiyatulauladv1

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan.
    Terima kasih tuan di atas perkongsian ilmu ini.

    BalasPadam

Back To Top