Cara Rakyat Malaysia Berjimat Yang Di Luar Jangkaan - 5 Cara

CARA JIMAT DUIT MALAYSIA

Dalam keadaan harga barangan yang semakIn hari semakin meningkat, ramai yang mengorak langkah untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dan ini merupakan sesuatu yang bagus secara umumnya. Tetapi jika dilakukan secara melampau kadang-kala tidak elok juga dipandang orang. Walaubagaimanapun, poket anda, anda sendiri yang tahu. Di bawah saya kongsikan cara berjimat cermat berbelanja yang saya rasa di luar jangkaan saya tetapi di amalkan oleh rakyat Malaysia.

Beratur di stesen minyak sebelum kenaikan harga minyak

cara jimat minyak

Oleh kerana kerajaan telah memperkenalkan sistem harga minyak yang sentiasa berubah setiap bulan mengikut harga pasaran minyak dunia, ada yang sanggup beratur berjam-jam untuk mendapatkan minyak kereta yang lebih murah RM0.10/liter berbanding keesokan harinya. Purata nilai penjimatan RM3.00 (RM0.10 x 30 liter). Penjimatan RM3.00 untuk masa beratur sejam? Sesuatu yang perlu dipertimbangkan.

Minta Free Gift

cara jimat duit

Siapa yang tidak sukakan free gift? Tetapi jika terlalu meminta free gift di mana sahaja pastinya agak menjengkelkan bukan?

Beli macam tiada hari esok semasa Sale

cara jimat duit berbelanja


Waktu Sale amat ditunggu-tunggu oleh ramai orang. Ada yang membeli sehingga penuh bonet kereta dan seolah-olah stok sehingga waktu sale yang akan datang. Pastikan sebelum membuat pembelian di mana-mana jualan, anda telah tahu harga asal barangan tersebut sebelum jualan mega dilakukan. Ini adalah penting untuk mengelakkan psikologi anda tertipu dengan diskaun yang dituliskan pada tanda harga semasa jualan mega.

Minta tawar menawar di semua tempat

cara jimat duit

Tawar menawar merupakan sesuatu yang bagus tetapi jika terlalu diamalkan sehinggakan makcik jual sayur kecil-kecilan pun nak minta tawar menawar itu sudah agak melampau. 

Taktik dompet tertinggal

cara jimat duit makan

Pernah tak anda dan kawan-kawan anda makan di gerai atau kedai makan dan semasa nak bayar salah seorang kawan anda akan memberikan alasan dompet tertinggal?  Jika sekali dua mungkin ada logiknya, tetapi jika terlalu kerap pastinya ada sesuatu yang 'berbau ikan' (fishy : mencurigakan). 

Bacaan Tambahan : 10 Lagi Cara Berjimat Cermat Yang Diamalkan Oleh Rakyat Malaysia


Kesimpulannya, apa pun cara berjimat cermat yang anda amalkan, pastikan ianya tidak keterlaluan dan menjengkelkan orang lain. Pastikan juga anda sebenarnya berjimat cermat dan bukannya kedekut.

Terima kasih kerana membaca Cara Rakyat Malaysia Berjimat Yang Di Luar Jangkaan. Kongsikan cara anda berjimat di ruangan komen untuk perkongsian bersama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top