Cara Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Peperiksaan

Cara Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Pemeriksaan

Cara Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Peperiksaan. Hampir semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum peperiksaan. 

Walaubagaimanapun, setiap orang ada kekuatan yang tersendiri. Ada yang boleh ulangkaji dengan lagu berdentum di telinga. Ada yang hanya boleh belajar dikala sunyi sepi. Anda perlu kenal terlebih dahulu situasi mana yang anda selesa. 

Kali ini saya akan kongsikan cara saya membuat ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Ya, saya adalah antara pelajar yang membuat persediaan di saat akhir untuk peperiksaan. Semua cara yang saya kongsikan ini adalah cara yang dahulu saya amalkan dalam jangka masa satu minggu sebelum peperiksaan. 

1. Semak jadual peperiksaan.

Pertama sekali, semak jadual anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana terlebih dahulu.

2. Buat latih tubi

Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas sekiranya ada. Atau buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula. Kemudian buat latihan semula. 

3.  Tetapkan matlamat ulangkaji

Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji. Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut. Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.

4. Faham, bukan hafal

Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan. 

5. Masa rehat adalah penting

Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5 jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar bilik atau rumah anda.

6. Tulis, jangan hanya membaca

Baca satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri. Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta minta yang mudah anda fahami. 

7. Soal jawab dengan kawan

Ada kebaikan dan keburukan ulangkaji saat akhir dengan cara ini. Kebaikannya adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda. Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Keburukannya adalah anda mungkin akan rasa 'down' kerana banyak lagi topik yang anda tidak tahu tetapi kawan anda telah baca dan faham. 


Itulah sebahagian yang saya amalkan semasa nak menghadapi peperiksaan dahulu. Lain-lain perkara yang perlu diamalkan adalah, sentiasa mulakan ulangkaji dengan bacaan doa, jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa untuk kejayaan. 

Perkara yang paling penting adalah, anda perlu sentiasa ingat bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Walau apa pun keputusan anda, jangan pernah putus asa untuk berusaha. Kejayaan bukan hanya diukur dengan kejayaan semasa peperiksaan atau kejayaan mendapat pekerjaan pangkat tinggi, tetapi kejayaan yang sebenar adalah kejayaan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain dan sentiasa hampir kepada Allah.

Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.

Terima kasih kerana membaca Cara Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Pemeriksaan. Berikan komen anda diruangan komen.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top