WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mengajar Anak Mengemas Permainan


Cara Mengajar Anak Mengemas Permainan

Siapa yang tidak sayangkan anak bukan? Tetapi jika setiap kali anak-anak kita bermain, permainan bersepah di seluruh pelusuk rumah dan tidak dikemas semula, kadangkala darah naik juga ke kepala. Ketika itu diri sendiri terpaksa mengawal diri dari kemarahan

Saya tertarik dengan post yang dituliskan oleh saudara Ammar Muhd berkaitan bagaimana beliau mengajar anaknya untuk mengemas permainan setelah siap bermain. Dalam postnya pada Facebook, beliau menyatakan bahawa beliau menggunakan 2 cara untuk mengajar anak beliau mengemas permainan. 

Trick #1:
"Ermmm...abah tengah cari red block ni. Abah cari 7 red block tapi barang banyak sangat. Kakak boleh tolong Abah carikan?"
Si anak mula nampak berminat apabila saya mula buat-buat mencari barang yang disebutkan tu dan memasukkan ke dalam tong lego. Dia pun sama mengutip block lego masuk ke dalam tong lego sambil mengira bilangan block merah, sampai dia berhenti sebentar dan mengeluh kepenatan.

Trick #2:
"Ok! Abah dah jumpa block abah. sekarang, abah nak main game campak green block dalam kotak ni. Boleh?"
Si anak pun mula mencampakkan lego block satu per satu ke dalam tong lego-nya.

Cara Mengajar Anak Mengemas Permainan

Menarik bukan? Daripada dua trik yang dikongsikan oleh Ammar Muhd, kedua-duanya mempunyai persamaan dan konsep yang sama iaitu penglibatan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ini bermakna anak-anak akan mudah mengikut apa yang ibu bapa lakukan berbanding melakukan apa yang di arahkan kerana anak-anak tidak suka pada arahan tetapi suka kepada perbuatan. Selain buku yang dirujuk oleh Ammar Muhd iaitu buku The Psychology of Babies, kita juga boleh merujuk buku-buku tempatan seperti buku Prophet Parenting Edisi Bahasa Melayu yang ada menekankan cara mendidik anak dengan cara ibu bapa menjadi suri tauladan yang baik. 

Apa yang dikongsikan sebenarnya bukan sahaja dapat diamalkan untuk mengajar anak mengemas permainan, malah boleh diaplikasikan untuk perkara-perkara lain seperti mengajar anak untuk bersolat. Sebagai contoh untuk mengajar anak solat seelok-eloknya cakap..

Ketika anak kita sedang bermain katakan dengan lembut..

"Asma' jom solat dengan Abi?"

adalah lebih baik berbanding dengan memberi arahan..

"Asma' cepat solat.."

Anak-anak akan lebih mudah memberikan respon positif jika ibu bapa juga terlibat dalam melakukan sesuatu.

Situasi yang berbeza tetapi menggunakan pendekatan yang sama iaitu penglibatan ibu bapa dalam melakukan sesuatu. Konsep ini boleh dipraktikkan dalam pelbagai situasi untuk mendidik anak tentang sesuatu.

Terima kasih kepada Ammar Muhd kerana perkongsian yang sangat bermanfaat.

Terima kasih juga kerana membaca Cara Mengajar Anak Mengemas Permainan. Bagi yang telah mengamalkan tips yang dikongsikan oleh Ammar Muhd, anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.


0 comments:

Catat Ulasan

click tracking