Soal Jawab Wikicara #11 : Blogspot atau Wordpress?


Blogspot atau Wordpress? Persoalan ini bukanlah satu perkara baru. Memang kebanyakan daripada blogger baru tertanya-tanya manakah yang lebih baik sama ada Blogspot atau Wordpress. Baru-baru ini saya diajukan satu soalan yang hampir sama. Soalan tersebut berbunyi.

Saya nak tanya, blog wikicara gunakan blogspot atau WordPress. Saya kurang pasti mcm mana nak bezakan. Dan antara blogspot dan WordPress yang mana lebih menguntungkan kalau nak cari pendapatan sampingan melalui blog?

Dalam soalan ni ada beberapa soalan sebenarnya.

Blog Wikicara guna blogspot atau Wordpress?

Blog ini menggunakan platfrom blogspot. Soalan ini timbul mungkin kerana rupa blog ini tidak seperti blog blogspot yang lain yang biasa. Saya gunakan template blogspot yang bertemakan Magazine (majalah) untuk memberikan satu kelainan kepada pembaca dan saya sendiri suka dengan tema blog yang tersusun dan bersih.

Bagaimana nak bezakan blogspot atau Wordpress?

Ada beberapa cara untuk mengenalpasti sama ada sesebuah blog tu menggunakan blogspot atau Wordpress. Perbezaan utama adalah pada bahagian komen. Kebiasaannya pada blog blogspot, komen adalah menggunakan akaun Google+, manakala bahagian komen pada Wordpress biasanya tanpa Google+ ataupun dengan menggunakan Commentluv.

Antara blogspot dan WordPress yang mana lebih menguntungkan kalau nak cari pendapatan sampingan melalui blog?

Sebelum nak tahu mana yang lebih menguntungkan, anda perlu piih dahulu platform mana yang anda lebih selesa gunakan. Ada orang yang suka blogspot kerana penggunaannya lebih ringkas. Tetapi ada juga yang lebih sukakan blog yang customize dan suka menggunakan plugin di Wordpress. 

Jika anda tanya pendapat saya, saya syorkan bermula di platform blogspot terlebih dahulu sekiranya anda betul-betul baru nak belajar berblog. Alasan saya adalah kerana kos permulaan yang lebih rendah kerana hanya perlu gunakan kurang dari RM100 untuk membeli domain. Berbanding memulakan blog di Wordpress yang memerlukan beberapa ratus setahun untuk maintain hosting dan domain.

Dari segi keuntungan pula, kedua-dua jenis blog boleh mendatangkan hasil jika blog tersebut dibuat dengan bersugguh-sungguh serta konsisten. Perkara yang paling penting dalam berblog adalah konsistensi dalam menghasilkan kandungan blog. Lebih banyak anda menulis artikel, lebih banyak pintu masuk ke blog anda.

Tidak kira anda berblog di blogspot atau Wordpress, sedikit sebanyak anda perlu belajar tentang Search Engine Optimization (SEO). Anda boleh belajar tentang SEO secara percuma di blog-blog ataupun anda boleh dapatkan pelajaran yang berbayar. Ia bergantung kepada anda.

Ada blogger blogspot yang bekerja sepenuh masa sebagai blogger sebagai contoh Hasrul Hassan dan Ben Ashaari, kedua-duanya hanya menggunakan platform blogspot tetapi hasil tetap lumayan setiap bulan.

Ini hanyalah pendapat saya seorang blogger yang juga masih baru dalam industri ini. Lain orang, mungkin lain jawapannya. Walaubagaimana pun, saya percaya blog di platform blogsport juga boleh berjaya setanding dengan blog di Wordpress tetapi dengan kos permulaan yang lebih rendah.

Saya harap jawapan saya ini sedikit sebanyak menjawap persoalan yang ditanyakan. 😊

3 ulasan:

  1. setelah lama tidak berblog tapi terbacakan artikel ni rasa nak berblog semula.

    BalasPadam
  2. terima kasih sangat membantu untuk saya yang baru nak berjinak dengan dunia blogger>__<

    BalasPadam
  3. Bagus bloging tuk pemula ringan dan simple sebagai sumber pendapan

    BalasPadam

Back To Top