Ads Top

Cara Cari Jodoh Di Portal Jodoh Online


Cara Cari Jodoh Online. Sebelum ini saya ada kongsikan cara cari jodoh secara umum. Kali ini saya nak kongsikan cara yang lebih spesifik iaitu cara cari jodoh online menggunakan portal mencari jodoh.

Jika anda mengalami salah satu daripada masalah berikut semasa mencari jodoh, portal mencari jodoh adalah alternatif terbaik untuk anda untuk cari jodoh:

  1. Seorang yang sangat pemalu.
  2. Bekerja di tempat yang tertutup dan tidak bergaul dengan orang ramai (peluang untuk jumpa jodoh kurang).
  3. Sudah banyak kali putus cinta.
  4. Nak cari jodoh cepat.
  5. Keluarga dan selalu tanya pasal kahwin tetapi masih tiada calon.

Portal mencari jodoh adalah alternatif untuk mereka yang nak mencari jodoh secara online. Secara umumnya, portal mencari jodoh lebih selamat berbanding media sosial kerana sekuriti untuk portal mencari jodoh adalah lebih tinggi berbanding media sosial.

Ada portal mencari jodoh online yang bersifat anti-SEO yang bermakna maklumat peribadi calon yang mendaftar di portal online tersebut tidak akan dapat dicari melalui enjin carian seperti Google dan lain-lain.

Ini adalah penting untuk memastikan maklumat peribadi calon yang mencari jodoh melalu portal tersebut sentiasa dilindungi dan tidak jatuh kepada orang yang tidak bertanggungjawab. 

Salah satu portal terbaik untuk cari jodoh secara online adalah dengan menggunakan portal Baituljannah. Anda boleh mendaftar di Baituljannah secara percuma.


Apa itu laman web Baituljannah?

Baituljannah adalah sebuah portal cari jodoh online. Ia adalah satu platform di mana anda boleh mendaftar sebagai calon jodoh (sekiranya anda bujang) dan di dalam platform tersebut juga ada tersenarai calon-calon lain. Anda boleh mengenali mereka melalui platform ini. Kelebihan portal Baituljannah adalah ia lebih selamat dan maklumat peribadi anda lebih terjamin berbanding di media sosial.

Ini adalah paparan utama laman web Baituljannah.




Apakah kelebihan Baituljannah berbanding portal cari jodoh online yang lain?


Portal Baituljannah adalah portal cari jodoh online yang patuh syariah. Ini kerana setiap calon yang mendaftar perlu menjalani saringan yang ketat dan juga sesi taaruf (suaikenal) adalah dipantau sepenuhnya oleh pihak Baituljannah.

Maklumat diri anda juga adalah selamat kerana maklumat tersebut adalah dirahsiakan dan tidak dipamerkan pada profil anda. Selain itu, maklumat diri anda juga adalah SEO-proof bermakna ia tidak akan diindex oleh enjin carian. Lebih mudah faham, bila orang cari nama anda di Google, nama anda tak keluar yang anda mendaftar di Baituljannah.

Pihak Baituljannah juga mengawasi setiap tingkah laku calon yang berdaftar di Baituljannah untuk memastikan Baituljannah sentiasa bebas dari spam.

Proses Menggunakan Portal Cari Jodoh Online Baituljannah

Apabila anda mendaftar di Baituljannah anda perlu mengisi maklumat profil anda dan pihak Baituljannah akan saring dahulu permohonan anda dalam masa  24 jam. Sekiranya dalam masa 24 jam profil anda masih belum disahkan, anda perlu menghubungi pihak Baituljannah untuk proses pengesahan.

Selepas profil anda disahkan, pergi ke Senarai Calon untuk mencari calon untuk proses suai kenal. Gunakan tapisan untuk memudahkan pencarian calon yang sesuai dengan anda. Setakat ini, pihak Baituljannah tidak memadankan antara calon yang mendaftar secara automatik. Setiap calon mesti mencari pasangan mereka secara manual berdasarkan senarai calon. 

Untuk mula hantar mesej, pilih profil calon di dalam senarai tersebut dan klik butang "LIHAT PROFIL". Selepas itu, klik butang "MESEJ" dan tulis ayat seperti memberi salam dan perkenalkan diri sedikit (tidak perlu terlalu panjang).

Anda juga boleh membuat pilihan untuk menunjukkan gambar profil anda kepada calon lain atau anda boleh sorokkan gambar profil anda. 


Kesimpulan

Dalam proses cari jodoh, kita tidak boleh cepat berputus asa. Setiap orang pasti ada jodoh yang telah ditetapkan, cuma berbeza bagaimana dan di mana kita bertemu.

Yang penting, kita perlulah berusaha dan juga berdoa banyak-banyak semoga pencarian jodoh kita dipermudahkan. Janganlah baru seminggu dua daftar, tak dapat cari, mahu tutup akaun pula. Bukankah itu berputus asa namanya?

Betul memang jodoh Allah s.w.t yang tentukan tetapi apa salahnya jika kita gunakan medium yang telah sediakan ini sebagai alternatif untuk cari jodoh yang diinginkan. Portal cari jodoh online akan cuba beri yang terbaik dalam menyediakan kemudahan kepada ahli-ahlinya untuk berhubung satu sama lain. Jangan mudah berputus-asa. Saya juga akan sentiasa doakan supaya anda bertemu jodoh yang baik di Baituljannah!


Peringatan Khas:

Apabila anda mendaftar di Baituljannah, secara automatik akan mempunyai dua fungsi iaitu sebagai ejen affiliate dan sebagai calon cari jodoh. Sekiranya anda ingin serius mencari jodoh, anda hanya perlu melengkapkan profil di panel cari jodoh untuk dipaparkan di ruangan carian calon-calon jodoh.

Tetapi sekiranya anda hanya fokus kepada menjana pendapatan melalui affiliate Baituljannah, anda tidak perlu untuk melengkapkan profil calon jodoh. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada profil anda dipaparkan di carian calon-calon jodoh kerana hal ini hanya akan mengakibatkan kekeliruan kepada calon-calon pencari jodoh yang lain dan juga mungkin boleh memporak perandakan mereka yang telah berkeluarga 😝

Terima kasih kerana membaca Cara Cari Jodoh Di Portal Jodoh Online. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

3 ulasan:

  1. saya sudah ada seorang isteri..

    perlu cari jodoh yang kedua lagikah....

    hahaha..tepuk dompet ada isi ka tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha niat nak kawin lagi dah ade nampaknye tu hehe..

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.