Ads Top

Cara Mohon Skim MyDeposit Untuk Rumah Pertama Anda


Apa itu skim My Deposit? Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi sejak 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut : 
  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan
  2. Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
  3. Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain)
  4. Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan; dan
  5. Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :
  1. Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
  2. Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  3. Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  3. Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  4. Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  5. Salinan surat pengesahan majikan
  6. Salinan penyata gaji terbaru
  7. Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  8. Salinan surat pencen( Jika berkenaan)
  9. Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  10. Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual
  11. Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

Proses permohonan Skim My Deposit Untuk Rumah Pertama Anda

  1. Isi borang permohonan. Permohonan untuk tahun 2017 telah ditutup dan permohonan baru akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.
  2. Bila permohonan dah lulus:Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
  3. Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.
  4. Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan. Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.
  5. Tanda tangan S&P. Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.
  6. Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman. Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.
  7. Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran. Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
  8. Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.

Ambil perhatian:

  1. Anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun
  2. Skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Skim MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.

Kredit: Hartabumi, Jabatan Perumahan Negara

Terima kasih kerana membaca Cara Mohon Skim MyDeposit Untuk Rumah Pertama Anda. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.