Cara Menulis Copywriting Dengan Mudah dan Cepat


Cara Menulis Copywriting Dengan Mudah dan Cepat. Salah satu teknik pemasaran yang berkesan adalah melalui copywriting.  Tujuan menulis copywriting bukan sahaja untuk mempromosikan sesuatu produk, tetapi ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pengguna tentang fungsi sebenar sesuatu produk.

Secara umumnya, format penulisan copywriting yang baik sepatutnya mempunyai 5 bahagian yang mana setiap satu bahagian akan menjawab setiap persoalan pengguna. 5 bahagian tersebut adalah:

  1. Headline
  2. Intro
  3. F.A.B.
  4. Tawaran Istimewa
  5. Arahan Tindakan (CTA)

Headline Copywriting

Headline copywriting adalah sangat-sangat penting. Ini kerana ia merupakan perkara pertama yang akan menarik atau menjauhkan pelanggan daripada produk yang dijual. Headline atau tajuk dalam copywriting boleh di tulis dalam bentuk persoalan, manfaat, penyelesaian masalah ataupun bersifat emosi. Jika anda mempunyai kesukaran untuk menulis headline, anda boleh gunakan headline generator untuk mencipta headline yang baik.

Dengan beberapa klik sahaja, headline generator akan memberikan anda senarai headline cadangan untuk digunakan semasa menulis copywriting anda.


Intro Copywriting

Pengenalan kepada produk adalah perkara kedua yang akan dibaca oleh pelanggan anda. Terdapat pelbagai cara untuk menulis intro untuk copywriting. Antara cara terbaik untuk menulis intro copywriting dengan menggunakan testimonial sebenar pengguna, mengetengahkan masalah utama yang diselesaikan oleh produk tersebut dan juga mengetengahkan unik selling point produk tersebut.

F.A.B

Ia adalah singkatan untuk 3 perkara penting iaitu features (ciri-ciri), advantages (kelebihan) dan benefit (faedah). Semasa menulis copywriting, 3 perkara ini hendaklah di utamakan. Copywriting tersebut wajib menerangkan ciri-ciri yang ada pada produk tersebut serta kaitkan dengan prospek anda. Copywriting tersebut juga hendaklah menerangkan kelebihan dan faedah yang ada sekiranya pengguna menggunakan produk tersebut.

Tawaran Istimewa

Bahagian seterusnya dalam penulisan copywriting adalah bahagian tawaran atau offer. Dalam bahagian ini anda perlu berikan tawaran istimewa untuk pelanggan anda dan juga dalam masa sama timbulkan sense of urgency supaya pelanggan bertindak sama ada untuk PM anda atau buat tempahan.

Sense of urgency boleh dicapai dengan memberikan tawaran terhad dengan masa, kuantiti terhad dan lain-lain. Tetapi jangan sesekali membuat sense of urgency yang menipu pelanggan seperti menyatakan kuantiti tinggal sedikit sedangkan sebenarnya masih banyak dalam stok. Walaupun ini mungkin akan meningkatkan jualan, tetapi keberkatan rezeki akan hilang disebabkan oleh penipuan tersebut.

Arahan Tindakan (CTA)

Pada bahagian penutup copywriting mestilah dituliskan dengan arahan tindakan yang jelas. Arahan tindakan adalah penting untuk menentukan 2 perkara iaitu untuk mengetahui sama ada pelanggan tersebut membaca copywriting tersebut sampai habis atau tidak dan juga untuk memudahkan urusan menguruskan pelanggan. CTA yang biasa digunakan adalah untuk Whatsapp penjual ataupun PM penjual.


Nak tulis copywriting yang menarik dengan lebih mudah?

Jika anda ada masalah untuk menulis copywriting, anda juga ada pilihan untuk menggunakan Copywriting Generator. Ia adalah satu software ringkas yang dibangunkan oleh Raja Kamil untuk membantu usahawan baru untuk menulis copywriting yang baik dan tersusun. 

Dengan menggunakan copywriting generator, anda tidak perlu terlalu banyak berfikir untuk ayat copywriting anda. Anda hanya perlu isikan tempat kosong dan tekan butang Generate.


Secara automatik, copywriting anda dah siap. Anda hanya perlu copy dan paste di facebook untuk menarik pelanggan anda atau boleh juga digunakan untuk pengiklanan di Facebook.

Kelebihan menulis Copywriting menggunakan Copywriting Generator ni:

  1. Lebih mudah dan jimat masa
  2. Lebih teratur dengan format copywriting yang betul
  3. Tidak perlu pening untuk fikir ayat
  4. Satu kali klik generate akan menghasilkan 5 set copywriting
  5. Sesuai untuk yang baru nak belajar menulis copywriting
  6. Sesuai untuk yang baru nak belajar jual online di Facebook / media sosial

Jika anda ada masalah untuk menulis copywriting ataupun copywriting anda kurang mendapat sambuan, anda perlu menggunakan software ini supaya copywriting anda mudah difahami dan juga menarik.

5 ulasan:

Back To Top