Cara Beli Bitcoin dan Ethereum Dengan 3 Langkah Mudah


Cara Beli Bitcoin dan Ethereum Dengan 3 Langkah Mudah. Harga Bitcoin sekarang dah mencapai RM40k/bitcoin. Ini pastinya menjadi satu keterujaan bagi mereka yang melabur dalam matawang digital. Bitcoin yang dahulunya tidak dipandang kerana tiada harga, kini harganya melonjak tinggi hanya dalam masa setahun. Trend harga Bitcoin nampaknya semakin hari semakin meningkat dan mungkin juga akan terus meningkat kerana permintaan Bitcoin yang semakin tinggi.

Walau bagaimanapun, anda masih belum terlambat untuk memiliki Bitcoin. Anda sebenarnya boleh membeli Bitcoin mengikut kemampuan anda. Sebagai contoh, jika anda pada setiap bulan mampu untuk membeli Bitcoin bernilai RM250, maka anda boleh membeli Bitcoin dengan kemampuan tersebut. Dengan pembelian RM250, anda akan dapat Bitcoin sebanyak lebih kurang 0.000025 Bitcoin.

Selain daripada Bitcoin, matawang digital lain yang kini meningkat naik adalah Ethereum. Harga terkini Ethereum (semasa artikel ini ditulis) adalah RM2k/Eth. Sebagaimana Bitcoin, harga Ethereum juga meningkat dengan mendadak sejak kebelakangan ini.

Untuk membeli Bitcoin dan Ethereum, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah ini iaitu:
  1. Daftar
  2. Deposit
  3. Beli  


Daftar

Untuk membeli Bitcoin, anda perlu mendaftar di Luno. Luno adalah antara platfrom untuk membuat eWallet anda dan juga untuk membeli dan menjual Bitcoin dan Ethereum. Anda boleh mendaftar di Luno secara percuma sahaja.

Untuk lebih faham cara untuk daftar, anda boleh lihat video di bawah.



Deposit

Untuk membeli Bitcoin dan Ethereum, anda perlu depositkan dulu duit ke dalam akaun Luno anda. Jumlah maksimum yang anda boleh depostikan ke dalam akaun Luno anda adalah sebanyak RM5000 sahaja. Untuk masukkan deposit ke dalam akaun Luno, anda hanya boleh menggunakan perbankan atas talian kerana setiap transaksi akan diberikan kod rujukan yang unik. 

Kod unik ini perlu dimasukkan pada bahagian 'recepient reference' semasa proses pemindahan duit dari akaun anda ke Luno supaya pihak Luno dapat mengenalpasti dan mengesahkan transaksi yang anda lakukan.

Deposit tersebut biasanya akan masuk ke dalam akaun Luno anda dalam masa kurang dari 24 jam. Tetapi pihak Luno menyatakan bahawa tempoh maksimum adalah sehingga 48 jam.  Apabila dalam akaun Luno anda dah anda duit, barulah kita boleh ke proses seterusnya iaitu untuk membeli Bitcoin dan/atau Ethereum.


Beli Bitcoin / Ethereum

Proses untuk membeli Bitcoin atau Etereum adalah sama. Setelah anda mendepositkan duit dalam akaun anda hanya perlu tekan butang Buy dan beli Bitcoin atau Ethereum mengikut nilai yang anda mahukan. Setiap pembelian juga akan ada sedikit fee yang dikenakan oleh Luno. Ini adalah normal sebagaimana anda membuat pelaburan emas ataupun lain-lain pelaburan.

Tonton video dibawah dengan teliti untuk cara membeli Bitcoin dan Ethereum.

Bitcoin


Ethereum


Itulah cara mudah untuk beli bitcoin dan Ethereum. Matawang digital adalah salah satu bentuk pelaburan baru yang semakin meningkat. Jika anda nak cara lain untuk mendapatkan Bitcoin, anda boleh baca artikel cara untuk dapatkan Bitcoin di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top