Cara Buat Duit Dengan Affiliate


Buat Duit Dengan Affiliate adalah salah satu model perniagaan yang tidak menggunakan modal yang besar untuk dimulakan. Malah ia boleh dimulakan walaupun tanpa modal sekalipun. Bisnes affiliate adalah antara bentuk buat duit secara online yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Sebelum saya menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk buat duit dengan affiliate, ada baiknya saya terangkan asas kepada affiliate itu sendiri.

Apa itu affiliate?

Affiliate mungkin lebih mudah difahami sebagai ejen kepada sesuatu produk. Produk tersebut boleh jadi produk fizikal ataupun produk digital. Jika di dunia nyata, menjadi promoter kepada sesuatu produk itu dipanggil ejen, tetapi di dunia maya atau internet ia dinamakan sebagai affiliate.

Pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma. Apabila anda mendaftar sebagai affiliate untuk sesuatu produk, anda akan diberikan satu link / URL yang mengandungi ID diri anda. Setiap jualan produk melalui link / URL tersebut, anda akan diberikan komisyen. Tugas utama seorang affiliate adalah untuk mepromosikan produk tersebut menggunakan link khas tersebut.

Terdapat banyak produk affiliate yang boleh anda promosikan. Di bawah saya senaraikan beberapa laman web yang boleh anda sertai sebagai affiliate.

Onpay.my (produk digital dan fizikal)
Ordersini.com (produk digital dan fizikal)
Klikjer.com (produk digital)
InvolveAsia (produk fizikal dan digital / CPA) 


Bagaimana nak dapatkan link / URL affiliate?

Saya ada sediakan video contoh cara untuk mendaftar di Onpay dan juga Ordersini serta cara untuk dapatkan link affiliate kita.

Anda boleh tonton di sini:

Ordersini



Onpay



Bagaimana cara untuk mempromosikan produk affiliate?

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, terdapat 3 flow utama yang boleh digunakan untuk buat duit dengan affiliate iaitu melalui blog, emel marketing dan juga gabungan keduanya.




Blog - SEO - Trafik - Jualan

Ini adalah flow pertama untuk buat duit dengan affiliate. Flow pertama ini menggunakan kaedah blog. Di dalam blog anda boleh tuliskan artikel yang berkaitan dengan produk yang anda nak promosikan. Apa yang lebih penting adalah anda perlu kuasai seacrh enjine optimization (SEO) untuk memastikan ada orang yang datang melawat ke blog anda.

Jika anda hanya harapkan pembaca datang secara automatik tanpa belajar tentang SEO, anda sebenarnya silap besar. Tanpa SEO yang baik, blog anda mungkin tidak akan dijumpai pun dalam internet. Dengan teknik SEO yang betul, barulah pengunjung akan dapat jumpa blog anda dan juga seterusnya membaca dan berkemungkinan membeli daripada link affiliate anda.

Flow pertama ini memerlukan masa yang agak lama untuk berhasil kerana anda perlu tulis banyak artikel dan jika blog anda adalah blog baru, anda memerlukan antara sebulan hingga 3 bulan untuk membuat jualan pertama anda. Itu pun bergantung kepada teknik SEO yang anda amalkan.

Walaupun flow pertama ini agak leceh dan memakan masa, tetapi dari segi jangka masa panjang, ia adalah sangat baik. Kerana apabila artikel yang anda tulis berjaya menduduki muka pertama melalui SEO, pengguna akan mudah untuk berkunjung ke blog anda dan kebarangkalian jualan akan dibuat melalui blog anda menjadi lebih tinggi.

Apa yang lebih menarik adalah teknik buat duit dengan affiliate menggunakan langkah kerja ini boleh dilakukan secara percuma.

Untuk belajar tentnag SEO anda boleh baca blog seperti Wan Yusof ataupun dapatkan panduan SEO.



Blog - Iklan - Trafik - Jualan

Cara yang kedua untuk buat duit dengan affiliate juga dengan menggunakan blog, tetapi cara untuk menarik pengunjung ke blog adalah dengan menggunakan iklan berbayar. Antara medium pengiklanan yang utama adalah di Facebook Ads.

Teknik ini akan memudahkan anda untuk menarik pembaca ke blog anda. Tetapi anda perlu tahu cara yang betul untuk membuat iklan dengan berkesan. Ini kerana, jika tetapan iklan tidak betul, anda mungkin dapat trafik ke blog, tetapi tiada penjualan berlaku kerana trafik yang anda bawa bukanlah trafik yang nak membeli produk tersebut.

Ini juga akan menyebabkan kerugian untuk anda kerana anda tetap perlu bayar iklan walaupun anda tidak berjaya buat jualan.

Perkara utama yang menjayakan teknik ini adalah dengan penguasaan menggunakan medium pengiklanan Facebook.

Untuk belajar tentang pengiklanan Facebook, anda boleh baca blog seperti Firdauz Azizi ataupun boleh terus dapatkan panduan pengiklanan Facebook.



Blog - Trafik - Emel - Followup - Jualan

Ini adalah teknik ke 3 untuk buat duit dengan affiliate. Tekni ini adalah merupakan gabungan dan juga tambahan kepada dua teknik yang dibincangkan di atas.

Dengan menggunakan blog, anda boleh belajar SEO dan juga menggunakan iklan berbayar untuk mendapatkan trafik. Semua trafik tersebut akan di arahkan ke artikel atau landing page yang bertujuan untuk mengumpul database emel pembaca yang datang.

Dengan emel tersebut, anda boleh membuat followup secara emel untuk produk yang anda promosikan. Untuk lebih mudah, anda boleh gunakan emel Autoresponder untuk menghantar emel secara automatik kepada pembaca yang berminat dengan produk tersebut.

Antara 3 teknik di atas, teknik ke 3 adalah yang paling berkesan tetapi memerlukan kerja yang lebih banyak pada permulaannya. Ramai internet marketer yang menjana pendapatan affiliate puluhan dan ratusan ribu ringgit menggunakan teknik ini.


Apa yang pasti model buat duit dengan affiliate ini adalah antara model perniagaan yang menguntungkan tetapi boleh dimulakan dengan modal yang rendah atau tanpa modal. Bagi yang masih mencari kerja atau nak cari pekerjaan sambilan di rumah, affiliate adalah antara bisnes terbaik untuk anda.

1 ulasan:

  1. apa beza link landing page dgn product page dekat marketplace ordersini tu???

    BalasPadam

Back To Top