Cara Unik Buat Duit Online 2018


Terlalu banyak cara buat duit online. Kita sudah hampir menghabiskan tahun 2017 dan bakal menerima kunjungan tahun 2018. Tahun 2018 juga adalah antara tahun di mana idea buat duit online semakin berkembang dan peluang terbuka untuk semua orang, bukan hanya untuk mereka yang mempunyai pelajaran yang tinggi.  

Saya akan terangkan beberapa cara untuk buat duit online dan saya juga akan terangkan kebaikan dan keburukan setiap satunya. Ini adalah untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk menjana pendapatan online sama ada untuk separuh atau sepenuh masa.

Konsep buat duit online di Malaysia boleh dianggap masih baru dan mula dipraktikkan kurang daripada 10 tahun lepas. 10 tahun lepas, tidak ramai yang tahu atau ambil kisah tentang buat duit secara atas talian. 10 tahun lepas juga saya tak tahu pun berkenaan terma 'buat duit online'. 

Kini, boleh dikatakan kebanyakan orang ada bisnes secara online atau sedang mencuba untuk buat bisnes secara online.

Kenapa nak mula buat duit secara online? Pada saya ada beberapa alasan yang kukuh kenapa kita perlu mula buat duit secara online.

  1. Pekerjaan fizikal yang terhad
  2. Kurang modal untuk melakukan perniagaan secara fizikal
  3. Untuk menambah pendapatan di dalam ekonomi yang tidak menentu
  4. Untuk menambah simpanan untuk jangka masa panjang
  5. Untuk membayar hutang yang tertunggak
  6. Untuk menjana pendapatan secara pasif


Buat duit secara online terdiri daripada 2 jenis. Iaitu menggunakan internet sebagai medium pemasaran dan juga yang buat duit secara terus dari internet.

Internet sebagai medium pemasaran.

Contoh paling mudah adalah berniaga di Facebook. Facebook hanyalah satu medium yang memudahkan orang berniaga secara atas talian. Facebook tidak membayar anda. Sebaliknya, anda yang perlu membayar kepada Facebook sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pengiklanan di Facebook.

Mana-mana perniagaan secara online yang melibatkan penjualan barangan fizikal boleh dikategorikan dalam kategori ini.  Apa yang penting adalah ilmu pemasaran perlu dikuasai untuk berjaya buat duit secara online dalam kategori ini.

Buat Duit Online Secara Langsung

Satu lagi jenis buat duit secara online adalah kita mendapat duit secara langsung dari atas talian. Ini dapat dicapai salah satunya dengan menggunakan medium pengiklanan seperti Google Adsense, Mobicow ataupun Ezoic. Terdapat banyak medium pengiklanan yang boleh disertai dan boleh mendatangkan keuntungan kepada kita.

Ada juga yang menggunakan internet untuk memberikan perkhidmatan online seperti perkhidmatan penulis, perkhidmatan SEO ataupun data entry. Ini juga dikira sebagai kerja secara online.

Walaubagaimana pun, menggunakan internet sebagai sumber mendapat duit secara terus bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakuka. Ia juga memerlukan platform lain seperti blog  atau menjadi ahli dalam laman web tertentu untuk mendapat pendapatan secara online.

Di bawah ini saya terangkan 7 cara buat duit online yang saya jangkakan akan terus berkembang dalam tahun 2018.


1. Blogging

Di Malaysia, memang dah ramai yang buat duit dengan blogging. Blogging juga adalah sebagai platform. Daripada blogging kita boleh menyertai program affiliate, menjual barang fizikal dan juga boleh dijadikan platform untuk pengiklan seperti Google Adsense dan lain-lain rangkaian pengiklan.

Secara umumnya, sesiapa sahaja boleh memulakan blog. Ini kerana terdapat pelbagai platform untuk memulakan blog sama ada secara percuma tau yang berbayar. Dalam banyak-banyak platform berblog, Blogspot dan Wordpress adalah 2 platfrom blogging yang paling di Malaysia.

Walau bagaimanapun, membina blog yang berjaya buat duit bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan banyak masa untuk membangunkan sebuah blog dan memerlukan seseorang blogger untuk sentiasa konsisten dalam menyelenggara sebuah blog.

Antara sebab utama sesebuah blog tak berjaya buat duit adalah kerana sikap tak sabar dan sentiasa nak cepat buat duit duit. Berdasarkan pengalaman, untuk buat duit dalam masa 6 bulan pertama berblog adalah agak sukar. Ini adalah kerana blog kita pada ketika itu masih baru dan masih tidak ramai pembaca blog tersebut. Malah hampir 90% orang yang memulakan blog akan berhenti berblog dalam masa kurang dari setahun kerana gagal buat duit dengan blog.


Berikut adalah kos untuk memulakan blog:


Blogspot
Wordpress
Hosting
Percuma
RM15/bulan (bergantung kepada laman web)

Domain
Percuma
Percuma dengan pakej hosting
Custom Domain
RM3.99 – RM70
Percuma dengan pakej hosting
Masa
Infiniti
Infiniti
Pelaburan Ilmu
Percuma 


2. Ebay

Satu lagi idea buat duit online yang trending dalam tahun 2017 ini adalah dengan menjual barang di Ebay. Saya jangkakan ianya akan terus berkembang sehingga tahun 2018. Menjual barang di Ebay ini biasanya melibatkan penjualan barang secara dropship. 

Kenapa dropship? Ini kerana anda akan dapat lebih keuntungan berbanding menjual barang sendiri. Menjual secara dropship akan menjimatkan kos penghantaran kepada pelanggan dan juga menjimatkan ruangan untuk menyimpan barangan yang nak dijual.


Dropship di Ebay juga melibatkan penjualan barangan di peringkat antarabangsa. Ini bermakna, anda akan jual barang ke seluruh dunia sama ada di Amerika Syarikat dan lain-lain negara lagi. Untuk memulakan perniagaan secara online di eBay, anda perlu buat akaun secara percuma di eBay dan juga mempunyai akaun Paypal yang disahkan.

Akaun Paypal adalah sangat penting untuk memastikan setiap pembayaran untuk barangan yang anda jual di eBay dapat diterima. Paypal juga adalah medium pembayaran yang paling mudah untuk menerima pembayaran daripada pelanggan.

Barangan yang dijual di eBay biasanya diperolehi daripada Taobao, 1688 dan lain-lain pembekal di seluruh dunia. Kebanyakan orang dah kenal apa itu Taobao, tapi kurang sekali yang tahu tentang laman web 1688.

1688 adalah laman web yang hampir sama dengan Taobao, tetapi laman web tersebut sebenarnya dikhaskan untuk pembeli dari negera China sahaja. Apa yang menariknya tentang 1688 adalah, dari segi harganya. Harga barangan di 1688 kebanyakannya lebih murah berbanding dengan Taobao. Ini menjadikan ia medan yang sesuai untuk membeli secara borong dan untuk melakukan dropship. Walau bagaimanapun, anda perlukan agen membeli di 1688 untuk memudahkan anda membeli di laman web tersebut.

Menjual barang di Ebay nampak seperti sesuatu yang mudah, tetapi sebenarnya tidak semudah yang diharapkan. Pelbagai ilmu perlu di pelajari terutamanya dari segi teknikal menyediakan akaun eBay yang mantap serta memilih barangan yang baik untuk dijual.

Jika anda nak buat duit secara online, menjual barang di eBay adalah salah satu cara yang unik untuk diceburi dan dipelajari.

Berikut adalah kos mula buat duit dengan eBay:


Kos
Akaun Paypal
Percuma
Akaun eBay
Percuma
Masa
Infiniti
Ilmu





3. Ecommerce

Mungkin anda pernah terfikir untuk mempunyai laman web ecommerce anda sendiri. Tapi apabila memikirkan kesukaran yang mungkin dihadapai anda mungkin menarik balik idea tersebut. Sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Dengan menggunakan platform Wordpress dan juga plugin yang betul, anda sebenarnya boleh menyediakan laman ecommerce anda sendiri.

Kita mungkin tidak akan dapat menyaingi Lazada Malaysia, Ebay dan lain-lain gergasi ecommrce, oleh itu, laman web ecommerce kita mestilah spesifik kepada satu bentuk niche sahaja. 

Contohnya, anda boleh buat ecommerce berkaitan barangan memancing sahaja atau ecommerce berkaitan barangan basikal sahaja. Dengan cara ini, kita kan lebih mudah untuk mempromosikan laman web ecommerce kita dan juga memberikan satu trademark untuk laman web ecommerce kita.

Selain daripada menggunakan Wordpress, anda juga boleh menyediakan laman web ecommerce anda dengan menggunakan Shopify. Pada saya menggunakan Shopify lebih mudah kerana ia memang dikhaskan untuk membina ecommerce. Dengan menggunakan Shopify, anda boleh sediakan laman web dropship dari Aliexpress dengan cara yang agak mudah menggunakan plugin Oberlo.

Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari jika anda serius untuk membuat ecommerce anda sendiri. Anda boleh buat pilihan antara 2 platform ini untuk menyediakan laman web ecommerce anda sendiri.


Kos
Hosting dan Domain
RM15/bulan (bergantung kepada laman web)
Akaun Aliexpress
Percuma
Masa
Infiniti
Akaun Shopify


4. Facebook

Hampir semua orang mempunyai akaun Facebook. Dan ramai juga yang cuba untuk buat duit online menggunakan facebook. Buat duit dengan facebook terdiri daripada beberapa cara iaitu dengan menggunakan pengiklanan facebook ataupun menggunakan page dan group. 

Perbezaan antara keduanya adalah pengiklanan facebook memerlukan modal untuk pengiklanan manakala penggunaan facebook page dan group adalah percuma.

Jika anda nak gunakan pengiklanan facebook, anda hendaklah tahu cara yang betul untuk membuat iklan yang baik dan berkesan kerana jika anda hanya sekadar cuba-cuba buat iklan, berkemungkinan besar anda hanya akan mengalami kerugian. 

Sebelum memulakan iklan di facebook, anda perlu sediakan avatar atau latar belakang pelanggan yang anda sasarkan. Ini adalah sangat penting supaya iklan facebook yang anda buat akan terus ditunjukkan hanya kepada mereka yang betul-betul berminat dengan produk yang anda jual sahaja.

Konsep penjualan di facebook yang paling menjimatkan adalah dengan menjual secara dropship. Ini bermakna, anda hanya perlu mempromosikan barang tersebut tanpa anda simpan barang  tersebut secara fizikal. Dropship adalah sangat sesuai untuk mereka yang betul-betul baru belajar selok belok berniaga secara online.


Berikut adalah kos yang terlibat jika anda nak mula buat duit online di Facebook:


Kos
Akaun Facebook
Percuma
Facebook Group / Page
Percuma
Masa
Infiniti
Ilmu


5. Freelance

Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi freelance sebelum ini. Sehinggalah saya menyertai laman web ilancee dan juga jobdirumah. 

Di laman web ilancee, kita boleh menyenaraikan perkhidmatan yang boleh kita lakukan kepada orang ramai. Sebagai contoh, saya memberikan perkhidmatan penulisan artikel di ilancee. Setakat ini, hampir setiap bulan ada sahaja tempahan untuk perkhidmatan tersebut. Ini adalah salah satu daripada pendapatan tambahan saya setiap bulan.

Jika anda ada perkhidmatan yang boleh diketengahkan, anda boleh promosikan di laman web ilancee. Apa yang menariknya adalah, laman web ini adalah spesifik kepada pengguna di Malaysia. 

Setakat ini, saya dah menjana lebih dari RM1k menggunakan ilancee sahaja dengan beberapa perkhidmatan penulisan. 

Selain daripada menjadi penulis di ilancee, anda juga boleh menjadi penulis bebas di laman web lain seperti di Rencah.com. Anda akan dibayar RM10 untuk setiap artikel yang anda hantar dan diterima untuk diterbitkan.

Katakan anda berjaya buat 10 artikel, bermakna anda akan dibayar RM100. Jika anda nak tahu berkenaan penulisan artikel di rencah.com, anda boleh lihat di laman web mereka - Rencah.com 

Bagi Jobdirumah pula, ia menyediakan panduan dan persediaan untuk anda menjadi freelance di peringkat antarabangsa. Jobdirumah memberikan panduan serta menyenaraikan kerja-kerja yang boleh anda lakukan dari serata laman web di seluruh dunia. Menjadi freelance di peringkat antarabangsa lebih menguntungkan kerana kerja yang kita lakukan akan dibayar dalam matawang dolar.

Sebagai pengguna Jobdirumah, manfaat yang anda akan dapat adalah:
  1. Panduan bertulis tentang di mana, cara apa dan bagaimana mendapatkan kerja hanya di rumah.
  2. Maklumat asas perkara yang perlu disediakan sebelum membuat permohonan kerja online.
  3. Video tutorial cara buat permohonan kerja yang ahli fikir sesuai dengan kelayakan.
  4. Tip cara mencari kerja di rumah yang tidak bersangkut paut dengan perniagaan online.
  5. 100,000 senarai kekosongan kerja setiap bulan dari majikan di seluruh dunia dengan percuma.
  6. Kemas kini senarai tawaran kekosongan terkini dari majikan melalui emel secara percuma setiap hari.
Ini akan memudahkan anda dan menjimatkan masa anda daripada terpaksa mencari kerja untuk dilakukan secara online dari pelbagai laman web. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan laman web kerja online.


Kos
Akaun Ilancee
Percuma
Akaun Jobdirumah
Percuma
Masa
Infiniti
Ilmu






6. Online Survey

Saya tahu, kebanyakan orang apabila mendengar tentang survey online pasti akan menganggap ianya satu penipuan. Mungkin ada betulnya kerana terdapat pelbagai laman web yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama online survey untuk mengaut keuntungan. Tetapi, hakikat sebenarnya adalah terdapat juga banyak laman web yang betul betul memberikan perkhidmatan survey online.


Survey online sebenarnya adalah sangat penting untuk syarikat-syarikat besar mengumpul maklumat tentang jenama atau produk yang mereka keluarkan. Kita yang menyertai komuniti online survey inilah yang akan memberikan pendapat berkaitan topik yang ingin dikaji oleh sesebuah syarikat.

Saya dah banyak kali terangkan bagaimana nak memilih online survey dan bagaimana nak tahu sesebuah laman web online survey itu adalah tipu. Secara umumnya, perkara pertama yang perlu anda ketahui adalah untuk menyertai survey online mestilah PERCUMA. Jika berbayar, sila jauhi laman web tersebut.

Pengalaman saya sendiri dah menerima banyak reward dan juga cash daripada online survey. Reward biasanya dalam bentuk baucer ataupun cash.

Ada boleh lihat senarai online survey yang saya cadangkan ataupun boleh sertai Panel Place atau The Panel Station. Kedua-duanya adalah satu laman web yang menyenaraikan semua laman web online survey terpilih yang boleh kita sertai. Anda boleh sertai Panel Place dan The Panel Station secara percuma.



Kos
Akaun Online Survey
Percuma
Akaun Panel Place
Percuma
Masa
Infiniti
Ilmu
Percuma


7. Online Personal Shopper

Jika anda suka berbelanja secara online, anda berpeluang untuk menjadi personal shopper untuk orang lain. Anda boleh menggunakan laman web seperti Shopback untuk mendapat cashback setiap kali anda membuat pembelian untuk pelanggan anda. 

Sebagai contoh, seorang pelanggan meminta anda membelikan periuk tekanan Noxxa dari Lazada Malaysia. Pelanggan tersebut perlu bank in kepada anda berapa harga barang tersebut. Anda pula perlu masuk ke laman web Shopback dan lakukan pembelian di Lazada Malaysia melalui Shopback.

Secara automatik, pembelian melalui Shopback menyebabkan anda memperolehi cashback / wang tunai ke dalam akaun Shopback anda. Katakan jika harga periuk tekanan Noxxa tu RM500, dengan cashback 10%, secara pengiraannya, anda akan dapat RM50 ke dalam akaun Shopback anda. 

Semua orang boleh menggunakan Shopback kerana pendaftaran di Shopback adalah percuma.

Kenapa perlu ada online personal shopper?
  1. Bukan semua orang pandai beli barang online, tapi semua orang pandai guna media sosial.
  2. Ada pelanggan yang tidak mempunyai online banking, jadi sukar untuk buat pembayaran atas talian
  3. Ramai pelanggan yang takut tertipu dengan laman web jualan online


Kos
Akaun Shopback
Percuma

Ok.

Inilah sebahagian daripada cara buat duit online yang saya jangkakan akan terus berkembang dalam tahun 2018. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top