Cara Jimat Duit Semasa Berbelanja Secara Online


Cara Jimat Duit Semasa Berbelanja Secara Online. Hampir semua barang kini boleh dibeli secara online. Dari perkakasan dapur, perabot, malah barangan masakan juga boleh diperolehi secara atas talian. Secara umumnya, ini adalah satu pekembangan yang positif kerana kuasa memilih pengguna akan lebih besar dan memudahkan pengguna.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang pengguna yang bijak, kita perlu sentiasa berjimat cermat untuk memastikan setiap sen yang dikeluarkan merupakan satu keperluan dan tidak membazir.

Kemahuan atau Keperluan

Perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah untuk membeli sesuatu adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri sama ada barang tersebut adalah satu keperluan atau kemahuan. Jangan sesekali menipu diri dengan menyatakan kemahuan adalah satu keperluan.

Sebagai contoh, anda mempunyai pilihan untuk membeli telefon pintar berharga RM500 ataupun yang berharga RM2000. Tidak dinafikan bahawa telefon pintar adalah satu keperluan kerana ia memudahkan perhubungan melalui Whatsapp dan lain-lain. Tetapi jika hanya itu fungsi yang anda gunakan, tiada bezanya anda membeli telefon pintar berharga RM500 ataupun RM2000. Jadi lebih baik anda beli telefon yang lebih murah, simpan RM1500 selebihnya untuk kegunaan yang lebih penting.

Pandangan Kedua

Ramai yang membeli barang tanpa mendapatkan pandangan orang kedua. Pandangan orang kedua bermaksud, sebelum membeli sesuatu perkara secara online, pastikan anda bertanyakan kepada orang yang ada pengalaman membeli barang tersebut sebelum membuat sebarang pembelian. Ini adalah kerana, pembelian secara online tidak dapat merasai barang yang nak dibeli secara fizikal, jadi pemilihan dan pandangan orang lain adalah penting untuk memastika pembelian tersebut berbaloi.

Selain daripada itu, meminta pendapat orang lain juga membantu untuk kita membuat keputusan sama ada kita perlu beli atau tidak.

Ini adalah sangat penting sekiranya anda nak buat pembelian barangan yang mahal secara online.

Buat Senarai

Tidak kira anda membeli secara online atau offline, senarai barang adalah sangat penting untuk disediakan. Ini adalah untuk mengelakkan diri kita dari membeli secara impulse buying. Sediakan senarai berdasarkan keperluan barangan dan beli mengikut senarai tersebut.

Gunakan Kupon

Setiap pembelian secara atas talian biasanya boleh menggunakan kupon untuk dapatkan potongan harga. Anda hanya perlu Google 'laman web online + kupon' untuk cari kupon yang boleh digunakan dalam laman web tersebut.



Shopback

Jika anda memang suka berbelanja secara online, anda perlu menggunakan Shopback. Dengan menggunakan Shopback, setiap pembelian online melalui Shopback akan diberikan cashback / rebat. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar Shopback secara percuma. Kemudian pilih laman jualan online yang anda nak membeli belah. Di Shopback, terdapat lebih daripada 500 buah laman web jual beli online ada disenaraikan.



Jika laman web yang anda nak beli tidak tersenarai, boleh request dengan Shopback untuk masukkan laman web tersebut dalam senarai Shopback.

Selain daripada membeli barang online, anda juga boleh menggunakan Shopback untuk membeli topup dengan harga yang lebih murah kerana anda akan diberikan rebat setiap kali membeli topup melalui Shopback.





Buat Akaun Baru

Biasanya, orang yang baru mendaftar di laman web jualan online akan diberikan 'welcome' kupon. Jika anda rajin, anda boleh buat akaun baru setiap kali nak membeli di laman web tersebut. Walaubagaimana pun, cara ini agak leceh. Ianya sesuai untuk orang kurang kerap untuk membeli belah. Jika anda memang kerap membeli barang secara online, lebih baik gunakan Shopback.

Penggunaan Kad Kredit / Kad Debit

Kad kredit dan kad debit sememangnya memudahkan kita untuk membeli secara online, tetapi ada kalanya ia menyebabkan kita berbelanja tanpa kawalan secara online. Berikut adalah beberapa panduan untuk menggunakan kad kredit atau kad debit:

  1. Jangan simpan maklumat kad di laman web jualan online.
  2. Pastikan anda clear cookies / history selepas menggunakan kad kredit atau kad debit.
  3. Jangan kongsikan maklumat kad anda dengan orang lain.


Jika anda dapat mengamalkan cara jimat duit secara online ini, saya pasti anda bukan sahaja dapat berjimat dalam perbelanjaan, malah boleh menyimpan RM1000 dalam akaun simpanan anda setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top