Ads Top

Cara Jana Pendapatan Dengan Jual Barang di Ebay

>

Jika anda nak tahu cara jual barang di Ebay, anda berada di tempat yang betul. Ebay mungkin tidak begitu popular di Malaysia berbanding Lazada, tetapi Ebay adalah antara pemain ecommrce utama dunia dan antara yang terawal diwujudkan.

Saya tertarik dengan pelbagai kisah yang dikongsikan oleh Tuan Rahman Basri di blog beliau tentang beberapa kejayaan rakyat Malaysia yang membuat jualan pelbagai barangan harian di Ebay. Ini menyebabkan saya sendiri ingin mencuba menjual barang di Ebay.

Pada kali ini, saya akan terangkan asas dan langkah untuk menjual di Ebay. Saya juga ada kongsikan langkah demi langkah melalui video yang saya rasa lebih mudah untuk difahami. Ini juga adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menjual barang di Ebay. 

Ok.

Sebelum anda memulakan jualan di Ebay, anda perlu ada akaun Paypal yang telah disahkan (verified). Hanya penjual yang mempunyai akaun Paypal yang disahkan sahaja boleh menjual terutamanya jika anda menerima bayaran melalui Paypal. Bagi penjual di Malaysia yang mahu menjual secara global, cara paling mudah memang dengan menggunakan Paypal. Walaupun di Malaysia, Paypal kurang popular, tetapi di pasaran antarabangsa, menggunakan Paypal untuk transaksi online bukanlah satu perkara yang pelik.

Kenapa perlu akaun Paypal yang disahkan?

Ini adalah untuk mengesahkan identiti anda dan untuk mengelakkan penjual scam atau penipu. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun yang disahkan, anda perlu  membuat membuat pengesahan identiti melalui Ebay sendiri dan biasanya lebih leceh dan memakan masa kerana mereka akan perlu salinan kad pengenalan anda dan juga alamat pada bil anda. 

Jika anda dah ada akaun Paypal yang disahkan, anda tidak pelu hantar dokumen-dokumen tersebut kepada Ebay.


Bagaimana cara nak sahkan akaun Paypal?

Caranya senang sahaja, anda hanya perlu tambah kad kredit atau kad debit pada akaun Paypal anda. Untuk proses pengesahan, Paypal akan tolak RM10 dari akaun anda dan kemudian akan berikan satu kod khas untuk anda gunakan dalam proses pengesahan. Jangan risau, selepas proses pengesahah, RM10 anda akan dipulangkan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kad kredit / kad debit yang anda gunakan adalah milik anda.

Jika proses ini telah selesai, anda boleh Daftar di Ebay secara percuma. Setelah anda daftar, anda boleh mula masukkan barang yang anda nak jual di ebay seperti cara di dalam video ini.



Nak jual barang apa di Ebay?

Ini adalah persoalan paling kerap bermain di fikiran orang yang terfikir untuk buat duit dengan ebay. Sebenarnya apa sahaja barang boleh dijual di Ebay. Tahukah anda bahawa rekod jualan termahal di Ebay adalah penjualan bot layar dengan harga puluhan juta ringgit. Malah ada yang menjual koleksi komik di Ebay dengan harga 3.2 juta dolar. Ini menandakan bahawa Ebay adalah tempat untuk menjual pelbagai jenis barang.

Tetapi untuk memudahkan jualan, cari barang yang sedang trending dan banyak diperkatakan. Anda boleh cari trend terkini di Google Trend ataupun di Reddit. Jangan terlalu membuang masa untuk mencari barang yang betul-betul trending sehingga anda terasa beban. Cukup dengan sedikit kajian produk dan jika telah dapat satu atau dua produk, anda boleh terus mulakan menyenaraikan barang anda di Ebay.

Semua ini dan banyak lagi ada diterangkan dengan lebih teliti di dalam Panduan Ebay ini - Kuasai Bisnes Ebay

Jadi tunggu apa lagi, daftar di Ebay sekarang dan mulakan menjual barang pertama anda. Jangan tunggu lama-lama, sebab sudah ramai yang memulakan langkah pertama dengan berbisnes di Ebay secara global 😊

Terima kasih kerana membaca Cara Jana Pendapatan Dengan Jual Barang di Ebay. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

4 ulasan:

  1. Salam Tuan, mcm mana nak add adsense tgh posting?

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. insyaAllah nanti saya akan buat post kahas untuk tutorial Cara letakkan Adsense kat tengah artikel :-) tunggu ye :-)

      Padam
  3. Assalamualaikum Tuan..Terima kasih atas perkongsian artikel ini..Kalau kita dropship dari aliexpress,item location tu nak letak Malaysia atau dari China?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.