Cara Melaksanakan Ibadah Qurban Secara Online. Hampir semua benda boleh dilakukan hanya di hujung jari. Termasuklah ibadah korban. Kini kita tidak perlu lagi untuk bersusah payah untuk mencari lembu.
Hukum asal melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ia adalah perkara sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Terutamanya bagi yang mempunyai kemampuan.Â
Kenapa orang 'malas' nak qurban?
Ramai juga yang memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari melakukan ibadah qurban. Antara alasan yang kerap diberikan adalah:
Tak cukup duit
Memang pada asalnya ibadah qurban adalah untuk mereka yang mampu. Tetapi jika kita mempunyai azam yang kuat, hampir semua orang sebenarnya mampu untuk berqurban setiap tahun. Dalam ekonomi sekarang, satu bahagian lembu lebih kurang RM570-RM600 bagi lembu tempatan dan RM350 hingga RM400 untuk satu bahagian bagi lembu yang akan diqurbankan di negara yang lebih memerlukan seperti Kemboja danlain-lain negara.
Ibadah Qurban adalah ibadah setahun sekali. Jadi jika kita buat pengiraan semula, RM400 jika dibahagikan dengan 12 bulan, nilai yang perlu disimpan setiap bulan hanyalah RM35. Saya percaya rata-rata daripada kita mampu untuk menyimpan RM35 sebulan.Â
Jika niat untuk melaksanakan qurban ada di hati, RM35 pasti akan disimpan setiap bulan.
Kan SUNAT je..
Betul. Ibadah qurban adalah ibadah sunat. Tapi ada ulama yang menyatakan bahawa jika seseorang itu berkemampuan untuk melaksanakan qurban tetapi sengaja tidak melaksanakan qurban, ianya boleh dihukumkan makruh.Â
Sepertimana yang kita tahu, perbuatan makruh adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah walaupun ianya tidak berdosa. Banyak perkara yang kita sentiasa minta dan berdoa kepada Allah, dan kita mahu ianya di kabulkan. Tetapi kenapa melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah?
Tiada Masa
Tidak dinafikan, jika melakukan ibadah qurban sendiri dirumah memang akan memakan masa dan tenaga. Tetapi kini terdapat pelbagai saluran untuk melaksanakan ibadah qurban termasuklah ibadah qurban secara online. Anda boleh beli 1 bahagian lembu secara online dan pelaksanaan akan dibantu oleh mereka yang bertanggungjawab dan dipercayai.Â
Jadi, alasan tiada masa nak melaksanakan ibadah qurban ini sebenarnya tidak releven sama sekali.Â
Qurban Online Vs Qurban SendiriÂ
Ada juga yang kerap membandingkan antara melaksanakan qurban online dan juga qurban sendiri. Pada saya kedua-duanya adalah baik. Yang tak berapa baik adalah mereka yang tak mengendahkan langsung untuk melakukan qurban.Â
Sekiranya di kawasan anda mempunyai anggota tenaga yang mencukupi untuk melakukan qurban sendiri, ini adalah yang terbaik. Tetapi jika terdapat kekangan dari segi masa dan tenaga, qurban secara online adalah alternatif terbaik.Â
Orang kata, jika tak dapat buat semua..jangan tinggal semua..Jika tak dapat lakukan ibadah qurban sendiri, boleh lakukan ibadah qurban secara online.
Saham Akhirat
Apa yang kita keluarkan untuk jalan agama, itulah saham kita diakhirat nanti. Tidak kira dari segi sedekah mahupun ibadah qurban, kedua-duanya adalah saham kita di akhirat nanti.Â
Saya ingat lagi kata-kata ustaz yang pernah saya dengar dulu. Apa yang kepunyaan kita sebenarnya adalah apa yang kita infakkan pada jalan Allah. Dan melaksanakan qurban adalah salah satu caranya..
Bagaimana nak melakukan ibadah qurban secara online?
Anda boleh pergi ke laman web eQurban untuk membuat tempahan qurban. Harga untuk qurban adalah seperti berikut:
Lembu 1 bahagian : RM400 (Kemboja)
Lembu 1 bahagian : RM570 (Malaysia)
Kambing seekor : RM800 (Malaysia)Kambing seekor : RM500 (Mekah)
Kambing seekor : RM650 (Indonesia)
Siapa eQurban? Boleh percaya ke?
eQurban adalah syarikat milik bumiputra islam sepenuhnya yang berpejabat di Shah Alam, Selangor. Ia telah ditubuhkan sejak 2008 lagi dan merupakan antara pencetus kepada membuat tempahan korban dan aqiqah secara atas talian.
Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan semua tempahan qurban dan aqiqah yang diterima dan tidak pernah gagal sejak ia ditubuhkan. Ia memudahkan umat islam untuk melaksanakan ibadah qurban dan aqidah.
Tempah Kambing Di Sini |
Tempah Lembu Di Sini |
Pembayaran boleh dibuat melalui bank in, dan juga online banking. Selepas anda membuat tempahan, pihak equrban akan terus menghubungi anda melalui telefon yang anda berikan.
Kelebihan eQurban
Jika anda menggunakan perkhidmatan eQurban, anda akan diberikan sijil penyertaan dan yang paling istimewa, pihak eQurban akan menyediakan perkhidmatan melihat sembelihan yang dilakukan di luar negara melalui FB Live. InsyaAllah, ia membolehkan kita mendapat pahala sunat melihat binatang yang kita niatkan untuk sembelihan.
Kini setiap orang boleh melaksanakan ibadah qurban dan aqidah dengan lebih mudah. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi pihak equrban di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan