Cara Kira Waktu Subur Wanita. Waktu subur bagi seseorang wanita adalah satu jangka masa di mana kebarangkalian paling tinggi seseorang itu akan hamil sekiranya melakukan hubungan kelamin. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa perlu mengira waktu subur wanita. Mengetahui tentang waktu subur wanita adalah penting terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga kerana ianya penting untuk:
- Merancang keluarga
- Meningkatkan kadar mendapatkan zuriat
- Menentukan jantina anak
- Merancang keluarga
Satu lagi perkara yang kerap kali disalah anggap adalah kenyataan yang menyatakan bahawa hanya wanita yang perlu tahu berkenaan waktu subur. Kenyataan ini sedikit kurang tepat kerana dalam kehidupan berkeluarga, suami juga perlu ambil tahu berkenaan waktu subur isteri mereka.
Secara umumnya, kitaran haid atau datang bulan bagi seseorang wanita mempunyai 4 fasa. Kitaran haid seorang wanita secara teorinya berlaku dalam masa 28 hari, tetapi ada juga wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu, kurang ataupun lebih daripada itu bergantung kepada keadaan individu tersebut.
Mari kita ulangkaji sedikit berkenaan kitaran haid seorang wanita.
Fasa Pertama: Hari Pertama Hingga Ke 4
Fasa ini dikenali sebagai menstruation atau keluar haid. Ketika inilah haid mengalir keluar. Anda perlu mencatat tarikh hari pertama datang bulan di kalendar iaitu tarikh fasa ini bermula dan bila tarikh tamat haid kering. Sekiranya anda merancang untuk hamil, disarankan untuk membuat catatan pada setiap bulan. Ini penting untuk menganggar kitaran period anda berapa hari setiap bulan dan adakah haid anda teratur.
Fasa Kedua: Hari Ke 5 Hingga Ke 13
Fasa ini juga dikenali sebagai ‘follicular phase‘. Pada ketika ini, hormon estrogen seorang wanita akan meningkat dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim. Manakala, telur yang berada di sekitar ovari pula akan mencapai tempoh matang. Ini adalah tempoh persediaan untuk kehamilan. Â
Fasa Ke Tiga: Hari Ke 14
Pada masa ini proses ovulasi akan terjadi. Peningkatan hormon ‘Luteinizing’ akan merangsang telur untuk keluar dari ovari dan menanti untuk disenyawakan dengan sperma. Sekiranya sperma yang dinanti tak kunjung tiba, bermakna proses persenyawaan tak berlaku maka ia akan terus melalui tiub fallopio ke rahim seorang wanita. Â
Fasa Ke Empat: Hari Ke 15 Hingga 28
Fasa luteal ini adalah satu fasa di mana sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon ‘progestrone’ akan dirembes keluar dari sarangnya iaitu corpus luteum. Rembesan hormon ini akan menyebabkan lapisan dinding uterus semakin menebal. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, maka lapisan dinding rahim yang tebal ini akan runtuh dan proses kitaran akan berulang kembali seperti di Fasa 1.
Â
Bilakah Masa Yang Dikatakan Sebagai Waktu Subur Wanita?
Setelah kita memahami  berkenaan kitaran haid seorang wanita, barulah kita boleh tahu berkenaan waktu subur seseorang wanita. Waktu subur wanita adalah pada hari OVULASI itu terjadi atau semasa fasa ke-3 bermula kerana telur telah dirangsang keluar dari sarangnya.Â
Jika mahu dihitung dengan tepat, tempohnya adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama kita didatangi haid pada kitaran seterusnya atau bulan berikutnya.
Sebagai contoh, jika tempoh haid kita adalah 28 hari, justeru waktu subur adalah:
28 hari – 14 hari = 14 hari. Hari ke 14 adalah waktu paling subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 30 hari:
30 hari – 14 hari = 16 hari. Hari ke 16 adalah waktu subur.
Jika tempoh haid bulan tersebut adalah 33 hari:
33 hari – 14 hari = 19 hari. Hari ke 19 adalah waktu subur wanita.
Secara teorinya, hari subur ialah 14 hari sebelum hari pertama datang bulan pada kitaran seterusnya. Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, sangat mudah untuk membuat kiraan. Biasanya, individu yang mengalami kitaran haid yang tak teratur ini yang sukar untuk membuat anggaran.Â
Cara lain untuk anda memantau kitaran haid anda adalah dengan menggunakan aplikasi smartphone. terdapat banyak aplikasi smartphone yang memudahkan anda untuk menandakan tarikh mula kitaran haid dan juga waktu subur.Â
Merancang Keluarga
Jika ada suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Pastikan anda ‘bersama’ dengan suami pada hari ke 11, 12, 13,14, 15 atau 16. Ini sekiranya anda mempunyai kitaran haid 28 hari. Manakala sekiranya anda ingin membuat perancangan keluarga dan tak mahu hamil dalam waktu terdekat dengan cara semulajadi, anda boleh elakkan untuk bersama suami pada hari-hari yang disebutkan tadi.
Menentukan Jantina Anak
Ada juga yang menyatakan teori bahawa pengiraan waktu subur wanita ini boleh membantu untuk menentukan jantina anak. Teori tersebut adalah berdasarkan jangka hayat kromosom.Â
Kromosom adalah struktur yang mengandung unsur-unsur genetik manusia. Kromosom diwariskan oleh sperma dan sel telur ibu bapa kepada bayi mereka. Sperma membawa kromosom XY dan Ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
Lihat gambarajah di bawah untuk lebih kefahaman.
Teori tersebut menyatakan bahawa sekiranya anda mahukan anak perempuan, anda perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX.
Kalau nak anak lelaki pula, anda perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadila XY.
Apakah itu ovulasi?
Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda.
Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim). Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak.Â
Bagaimanakah ovulasi membantu anda hamil?
Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi. Oleh itu, pertemuan telur dan sperma mestilah berlaku pada masa ini.
Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam faraj, uterus atau tiub falopio anda.
Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Anda mempunyai "ruang subur terbuka" selama kira-kira enam hari.
Ruang subur ini termasuk lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Oleh itu, jika anda bersama dengan suami semasa dalam waktu subur ini, telur yang baru diovulasi ini akan berpeluang bertemu dengan sperma yang sihat dan disenyawakan.
Tanda-tanda ovulasi dan waktu subur?
Cara yang paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid anda. Kemudian lihatlah sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.
Anda akan mula melihat tanda-tanda kesuburan kira-kira lima hari sebelum ovulasi. Ovulasi biasanya bermula di antara 12 hingga 14 hari sebelum anda datang haid. Ini adalah secara anggaran purata sahaja, oleh itu ia boleh berlaku dalam masa dua hari sebelum atau selepas itu.
Namun ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Jika kitaran haid anda tidak tetap, ovulasi mungkin berlaku seminggu awal atau lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.
Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. Ini termasuk:
Perubahan pada mukus serviksÂ
Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil. Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.
Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.
Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.
Sakit pinggangÂ
Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.
Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
Itulah antara perkara yang perlu diketahui tentang waktu subur wanita. Walaubagaimana pun, kita perlulah sentiasa yakin bahawa anak yang dikurniakan kepada kita adalah rezeki daripada Allah bukannya daripada usaha kita sendiri. Usaha yang dilakukan hanyalah sekadar 'penyebab' berlakunya sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan