Soal Jawab Wikicara #2 : Taip Nombor Terus Tahu Siapa Pemilik?


Terima  kasih saya ucapkan kepada Bendrew yang bertanyakan soalan. Beliau bertanyakan soalan bagaimana kita boleh tau siapa yang telefon dengan hanya taip nombor telefon.

Jawapan ringkasnya adalah setakat ini tiada satu aplikasi atau laman web pun yang boleh berbuat demikian. Ini adalah kerana nombor telefon merupakan salah satu daripada maklumat yang boleh dianggap sebagai 'peribadi' dan tidak boleh di siarkan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran pemilik nombor telefon tersebut.

Walaubagaimanapun, En. Bendrew boleh tahu siapa yang telefon encik dengan menggunakan laman web atau aplikasi Truecaller.

Saya ada terangkan serba sedikit tentang cara guna laman web Truecall dalam artikel sebelum ini.

Perlu saya ingatkan bahawa tidak semua nombor encik boleh semak, tetapi kebanyakan nombor SPAM memang ada dalam database Truecaller.

Saya harap jawapan ni sedikit sebanyak dapat membantu encik yang bertanya dan juga kepada pembaca yang lain. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh lah nyatakan diruangan komen ye 😊

Sekiranya pembaca lain mempunyai masalah atau sebarang persoalan lain, bolehlah di ajukan pada borang yang terpapar. Saya akan cuba jawab sebaik dan secepat mungkin 😊

5 ulasan:

Back To Top