Cara Main Clash Royale Sampai Lagendary Arena


Cara Main Clash Royale. Permainan Clash Royale bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dikeluarkan hampir setahun, tetapi bahang permainannya masih lagi terasa. Ini adalah kerana konsep permainannya yang bersifat strategi dan sering kali berubah menjadikan permainan Clash Royale tidak jemu untuk dimain.

Bagi yang masih belum pernah bermain Clash Royale, anda boleh muatturun di Google Play dan bermain secara percuma. Ianya adalah salah satu permainan yang dikeluarkan oleh Super Cell iaitu syarikat yang mengeluarkan permainan Clash Of Clan sebelum ini.

Tetapi ada satu AMARAN untuk anda yang baru nak bermain permainan Clash Royale.

THIS GAME IS REALLY ADDICTIVE!

Permainan Clah Royale ini mempunyai level yang dipanggil Arena. Setakat ini, Arena yang paling tinggi adalah Legendary Arena. Untuk menaiki setiap Arena, kita perlu mengumpul Trofi sehingga tahap yang diperlukan oleh Arena tersebut.

Secara ringkasnya, Arena yang terdapat dalam Clash Royale adalah:

Arena 1 : Goblin Stadium (Trofi 0-399)
Arena 2 : Bone Pit (Trofi 400-799)
Arena 3 : Barbarian Bowl (Trofi 800-1099)
Arena 4 : P.E.K.K.A's Playhouse (Trofi 1100-1399)
Arena 5 : Spell Valley (Trofi 1400-1699)
Arena 6 : Builder's Workshop (Trofi 1700-1999)
Arena 7 : Royal Arena (Trofi 2000-2299)
Arena 8 : Frozen Peak (Trofi 2300-2599)
Arena 9 : Jungle Arena (Trofi 2600-2999)
Arena 10 : Hog Mountain (Trofi 3000-3799)
Arena 11 : Legendary Arena (Trofi 3800 dan ke atas)

Untuk anda yang nak bermain Clash Royale, saya akan kongsikan tips dan cara main Clash Royale sampai Lagendery Arena. Cara ini tidak memerlukan duit. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sejak saya bermain permainan Clash Royale ini.

Ok.

Buat Deck Yang Seimbang

Membina deck adalah perkara utama dalam permainan Clash Royale. Setiap deck sebenarnya mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Antara deck yang popular adalah cycle deck yang mana hanya menggunakan elixir yang rendah dan pusingan kad lebih pantas. 

Pemilihan deck bermula sejak awal lagi dan anda sepatutnya kekal dengan deck tersebut. Anda boleh buat pilihan deck yang popular di laman web Clash Royale Arena.

Jangan Kerap Tukar Deck

Kesilapan utama pemain adalah terlalu kerap menukar deck. Setiap orang dan deck mempunyai gaya permainan tersendiri. Jika ada dua orang yang menggunakan deck yang sama pun, gaya permainan ke dua-dua pemain ada sedikit perbezaan.

Jadi gunakan deck anda sekerap mungkin untuk membina keserasian antara gaya permainan anda dan juga dengan 

Upgrade Kad Yang Perlu Sahaja

Ini adalah kesilapan yang biasa dan saya juga ada melakukannya. Untuk permulaan, fokus pada deck yang kita gunakan sahaja dan hanya naikkan level untuk kad-kad yang kita gunakan. Untuk kad-kad lain, boleh abaikan terlebih dahulu.

Ini akan memudahkan kad dalam deck anda menjadi lebih kuat dan seterusnya anda boleh lebih cepat sampai ke Legendary Arena.

Jangan Terlalu Kerap Main

Berdasarkan pengalaman saya juga, lebih kerap anda bermain, lebih banyak anda kalah berbanding menang. Saya berpendapat, apabila anda terlalu kerap bermain permainan ini, kita akan ditemukan dengan lawan yang lebih hebat daripada kita.

Selain itu juga, emoasi semasa bermain juga memainkan peranan. Apabila bermain terlalu banyak, kita akan bermain lebih emosi (marah, tertekan), ini akan menyebabkan kita akan lebih banyak kalah lagi dan melambatkan kita untuk ke Legendary Arena.

Berhenti Main Jika Kalah

Jika anda kalah 3 kali berturut-turut, pastikan anda berhenti bermain seketika dan buat perkara lain terlebih dahulu sebelum bermain semula. Kalah 3 kali beruturt-turut biasanya akan melemahkan fokus kita semasa bermain. Ini mungkin akan menyebabkan kita akan kalah lebih banyak lagi dan kehilangan lebih banyak trofi.

Kerap Buka Free Chest

Pastikan anda bukan Free Chest setiap 4 jam. Anda akan dapat maksimum 6 free chest dalam satu hari. Ini akan membantu anda untuk kumpul kad-kad yang diperlukan dan juga duit untuk menaik taraf kad yang anda perlukan. 

Ok.

Jika anda baru mula nak bermain permainan Clash Royale, anda boleh ikuti tips ini untuk memudahkan anda sampai ke tahap yang lebih tinggi dengan kadar yang lebih pantas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top