Soal Jawab Wikicara #3 : Nak tahu harga dalam RM masa beli di Alibaba?


Terima kasih saya ucapkan kepada Cik Miera atas soalan yang diberikan. Beliau bertanya tentang bagaimana nak tahu harga dalam Ringgit Malaysia bagi barangan yang nak dibeli di Alibaba.

Bagi yang masih tak tahu, Alibaba ni adalah salah satu laman web beli barang secara borong daripada China. Saya pun pernah membeli secara borong baju jersey dari Alibaba. Biasanya orang yang beli dari Alibaba ni akan beli dengan kuantiti yang agak besar dan harga pun akan murah.

Untuk menjawab soalan Cik Miera, laman web Alibaba itu sendiri tidak memberikan kemudahan untuk kita lihat harga dalam Ringgit Malaysia. Cara terbaik adalah cik perlu semak tukaran wang asing secara atas talian sendiri. Cik Miera boleh semak tukaran wang asing di laman web ini:


..atau boleh tulis sahaja Currency Converter pada bar carian Google dan paparan pertama akan dapat lihat paparan ini:


Tukar bar tukaran daripada US Dollar kepada Malaysia Ringgit. Masukkan nilai US Dollar yang nak ditukar dan kita akan dapat lihat nilai tukaran wang yang terkini pada bar Malaysia Ringgit.

Saya harap jawapan ni sedikit sebanyak dapat membantu encik yang bertanya dan juga kepada pembaca yang lain. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh lah nyatakan diruangan komen ye 😊

Sekiranya pembaca lain mempunyai masalah atau sebarang persoalan lain, bolehlah di ajukan pada borang yang terpapar. Saya akan cuba jawab sebaik dan secepat mungkin 😊

1 ulasan:

  1. Hai, sy nak tnya mne lebih baik untuk borong dari cina? Alibaba atau taobou??

    BalasPadam

Back To Top