Cara Mengenal Laman Online Survey SCAM


Cara Mengenal Laman Online Survey SCAM. Persepsi pertama semasa saya pertama kali mendengar tentang buat duit dengan online survey adalah 'online survey adalah SCAM'. Ini bermaksud saya beranggapan bahawa semua yang menawarkan kerja menjawap survey online adalah sekadar penipuan terancang yang dibuat oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Setelah saya menekuni apa sebenarnya kerja menjawab survey online ini, akhirnya saya sertai beberapa laman web dan saya ada rangkumkan 5 online survey yang sah dan saya jamin bukannya SCAM.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan ciri-ciri yang biasanya ada pada laman web online survey yang SCAM. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda daripada tertipu dengan pelbagai teknik yang digunakan oleh laman web online survey.

Secara umumnya, anda perlu jauhi laman web buat duit dengan online survey yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Perlu Bayar Untuk Sertai
  2. Menjanjikan Pulangan Tetap Setiap Bulan
  3. Laman Web Yang Tidak Meyakinkan
  4. Testimonial Yang Terlalu Baik
  5. Bertanya Soalan Peribadi
  6. Menawarkan Hadiah Yang Tak Masuk Akal

Perlu bayar untuk sertai

Ketahuilah bahawa tiada satupun laman online survey di Malaysia yang memerlukan anda untuk bayar yuran penyertaan. Ini juga termasuk jika ada laman web yang menyatakan anda perlu bayar kadar tertentu untuk dapat survey online lebih banyak, ia merupakan salah satu bentuk SCAM. 

Semua laman web online survey sepatutnya boleh disertai dengan percuma dan merekalah yang perlu bayar kepada kita selepas kita menjawap online survey.

Menjanjikan Pulangan Tetap Setiap Bulan

Online survey bukanlah satu bentuk pelaburan. Ia adalah salah satu bentuk kerja sambilan untuk menambah pendapatan. Kadar survey yang perlu anda jawap juga tidak menentu. Ada kalanya banyak dan ada kalanya sedikit. 

Mengikut pengalaman saya sendiri, online survey agak memakan masa untuk dijawab dan juga agak sukar untuk mencapai minimum cashout sekiranya tidak dilakukan dengan konsisten.

Laman Web Tidak Meyakinkan

Apabila anda masuk ke dalam sesebuah laman web online survey, perhatikan tentang bentuk laman web dan juga info yang terdapat di dalamnya. Laman web yang SCAM biasanya tidak mempunyai pengenalan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut dan susun atur laman web yang kurang professional.


Testimonial Yang Terlalu Baik

Zaman sekarang adalah zaman testimonial. Ini adalah kerana orang sekarang lebih percaya kepada 'luahan perasaan' berbanding kajian saintifik atau bukti yang sahih. Oleh itu anda perlu berhati-hati dengan testimonial yang diberikan kerana pada saya testimonial adalah bukti paling lemah untuk membuktikan mana-mana fakta.

Bertanya Soalan Peribadi

Semasa mendaftar di laman web survey online, anda perlu melengkapkan butiran peribadi anda. Butiran latar belakang anda diperlukan untuk memastikan survey yang anda terima adalah releven dengan diri anda. 

Tetapi jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda seperti no.kad pengenalan anda, no kad kredit anda ataupun akaun bank anda. 

Menawarkan hadiah yang tak masuk akal

Ganjaran biasanya diberikan dalam bentuk baucer membeli belah ataupun tunai. Pembayaran tunai pula biasanya melalu Paypal bukannya akaun bank anda. Jika terdapat laman web survey yang menawarkan ganjaran yang telalu lumayan hanya kerana menjawab soalan survey, anda hendaklah berhati-hati.  

Ok.



Cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada tertipu dengan laman web online survey yang scam adalah dengan menyertai Panel Place. Anda hanya perlu sertai Panel Place secara percuma dan pihak mereka akan berikan senarai laman web online survey yang sebenar kepada anda. 


Perlu saya ingatkan bahawa PanelPlace tidak menawarkan online survey, tetapi bertindak sebagai pemudah cara antara anda dan laman-laman web online survey yang anda sertai. Saya juga menyertai Panelplace. Setiap kali anda ada survey baru, notifikasi akan diberikan dalam Inbox Panelplace.

Atau anda boleh sertai tanpa menggunakan Panelplace dan lihat senarai 5 laman web online survey yang saya cadangkan dalam artikel sebelum ini. 5 laman web itu memang saya sertai dan saya jamin keselamatannya.

Selamat mencuba dan saya harap anda dapat menjana pendapatan tambahan dengan menjawab survey online.

2 ulasan:

  1. perlu sangat untuk berhat-hati..jika tidak tipah tertipu jadinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi masih banyak yang betul. Cume kene pilih betul betul la..

      Padam

Back To Top