Cara Memilih dan Membeli Smartwatch


Cara Memilih dan Membeli Smartwatch. Jika dahulu, kita lihat orang bercakap dengan menggunakan telefon dalam bentuk jam hanyalah dalam cerita-cerita fiksyen dan kartun. Tiada siapa yang menyangka bahawa kini situasi itu benar-benar telah berlaku. Smartwatch kini bukanlah satu keperluan tetapi lebih kepada aksesori kepada telefon pintar dan juga fesyen.

Terdapat pelbagai jenis smartwatch yang boleh anda beli di pasaran dari yang berharga RM20 sehinggalah yang lebih daripada RM4000. Perbezaan harga ini adalah bergantung kepada jenama smartwatch tersebut dan juga fungsi sesebuah smartwatch.

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira semasa membuat pemilihan smartwatch untuk kegunaan kita. Kali ini saya akan kongsikan secara ringkas apa yang perkara yang perlu diperhatikan sebelum membeli smartwatch.



Siapa sangka yang harga smartwatch sebenarnya tidaklah terlalu mahal. Sebagai contoh, smartwatch di atas hanyalah berharga kurang daripada RM30. Ia mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana harganya yang murah. 



Kita lihat pula Apple Watch Series 2 ni. Harga di pasaran adalah lebih daripada RM4000 ringgit. Smartwatch ini boleh dikategorikan sebagai smartphone yang high end serta berjenama. Sebab itulah harganya jauh lebih mahal daripada smartwatch yang saya tunjukkan sebelum ini.

Pengenalan Kepada Fungsi Smartwatch

Smartwatch bukan hanya berfungsi sebagai penentu waktu anda. Ia juga boleh dianggap sebagai telefon pintar yang terletak pada pergelangan tangan anda. Secara umumnya, terdapat 2 jenis smartwatch di pasaran.
  1. Smartwatch dengan simkad
  2. Smartwatch tanpa simkad

Smartwatch dengan simkad adalah jam pintar yang boleh berfungsi sama seperti smartphone lain. Anda boleh masukkan mikro atau nano sim kad dan boleh buat panggilan, menerima panggilan terus dari jam tersebut. Tidak memerlukan sambungan bluetooth dan sebagainya. Selain itu, smartwatch jenis ini boleh dipasangkan aplikasi-aplikasi lain sepertimana telefon pintar yang kita gunakan.

Kekangan utama adalah dari segi saiz skrin dan pixel paparan jam pintar. 

Manakala, smartwatch tanpa simkad adalah smartwatch yang perlu disambungkan ke telefon pintar untuk digunakan sepenuhnya. Ia bertindak seperti remote controller untuk smartphone anda. Selain itu ia juga berfungsi untuk memudahkan seseorang mengangkat telefon sekiranya seseorang itu sedang memandu.

Ada juga smartwatch yang dilengkapi dengan fungsi mengesan kadar denyutan jantung, fungsi mengira perjalanan, fungsi GPS dan lain-lain lagi.

Ok.



Gambar di atas ini adalah smartwatch yang saya baru beli. Jika pembelian dilakukan dengan menggunakan laman web Shopback, anda akan mendapat rebat sehingga 11%. 

Secara keseluruhan, smartwatch ini menepati spesifikasi yang saya perlukan dengan prosessor yang agak baik. Smartwatch ini adalah jenis smartwatch yang menggunakan simkad. Jadi ia boleh berfungsi sebagaimana telefon pintar biasa tetapi hanya dalam bentuk jam tangan.

Apa yang menarik minat saya untuk membeli smartwatch adalah dari segi kemudahan untuk menerima notifikasi dan membaca mesej dan whatsapp. Selain daripada itu, ia juga memudahkan anda untuk menjawab telefon ketika anda sedang memandu. Saya juga sukakan bentuknya yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Walaubagaimana pun, dari segi keselesaan penggunaan, telefon pintar jauh lebih mudah untuk menulis dan menghantar mesej kerana skrinnya yang jauh lebih besar.

Kelemahan utama smartwatch adalah dari segi jangka hayat bateri. Untuk kegunaan biasa, tanpa telefon untuk jangka masa lama, tanpa GPS dan lain-lain (mode standby) ia boleh bertahan sehingga 2 hari. Tetapi jika anda menggunakan GPS atau membuat panggilan telefon yang kerap, bateri smartwatch ini hanya bertahan kurang dari 1 hari.

Membeli smartwatch adalah satu pilihan yang masih bukan satu keperluan yang mesti ada. Ianya bergantung kepada minat dan tahap keperluan anda. Sekiranya berminat, anda boleh lihat dan semak harganya di Lazada Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top