Kek coklat sememangnya sesuai untuk semua jenis hari keramaian tidak kira sama ada kenduri atau pun sambutan hari lahir, kek coklat adalah antara yang menjadi pilihan utama. Terdapat banyak jenis kek coklat yang boleh kita sediakan dan salah satu yang paling mudah untuk disediakan adalah kek coklat kukus.
Untuk menyediakan kek coklat kukus, terdapat dua bahagian penyediaan iaitu penyediaan kek coklat kukus itu sendiri dan juga ganache untuk kek coklat kukus yang kita sediakan.
Apa itu ganache?
Ganache adalah istilah dalam bahasa Perancis yang merujuk pada isian (filling) atau icing yang terbuat dari coklat dan krim. Dengan kata lain Ganache tak lain adalah campuran coklat dan krim dalam perbandingan tertentu yang biasanya digunakan sebagai filling atau icing pada cake, pastries, truffle, praline, dan dessert lainnya.
Senang kata ganache ni sama macam topping untuk dituangkan pada kek coklat kukus kita nanti.
Terdapat pelbagai cara dan resepi yang boleh digunakan dalam membuat kek coklat kukus yang lazat. Antara resepi yang paling mudah dalam memasak kek coklat kukus adalah dengan menggunakan sukatan cawan. Sukatan ini juga termasuk dalam penyediaan topping atau ganache bagi kek coklat kukus tersebut.
- Bahan-bahan utama yang diperlukan dalam menyediakan kek coklat kukus secara mudah tetapi menyelerakan adalah seperti berikut:
- Secawan serbuk koko
- Secawan gula pasir
- Secawan susu cair
- Secawan minyak masak atau marjerin yang telah dicairkan
- Setengah cawan susu pekat manis
- Satu dan satu perempat cawan tepung gandum atau tepung kek
- Empat biji telur
- Satu sudu serbuk penaik
- Satu sudu soda bikarbonat
- Satu sudu esen vanila.
Untuk penyediaan kek coklat kukus:
- Kaedah yang pertama sekali adalah dengan mencampurkan gula, susu pekat manis dan marjerin dan memasukkan kesemuanya ke dalam periuk atau kuali.
- Kesemua bahan ini haruslah dimasak sehingga larut dan sekata dengan api yang perlahan. Pastikan semua bahan tersebut telah larut sepenuhnya kerana jika tidak ia akan menyebabkan kek anda tidak menjadi.
- Sementara itu, dalam bekas yang lain, tepung gandum diayak bersama serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
- Telur pula dipukul sehingga kembang dan campuran yang telah dimasak tadi dimasukkan ke dalam bekas telur tersebut. Sebaiknya pukul telur dengan menggunakan mesin sehingga betul-betul naik. Jika tidak kek coklat kukus anda mungkin akan menjadi bantat (tak naik).
- Setelah itu, sedikit demi sedikit campuran gandum yang telah diayak bersama bahan lain dimasukkan ke dalam adunan bersama telur itu.
- Adunan dikacau perlahan-lahan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Marjerin perlu disapukan pada loyang sebelum adunan kek coklat dituangkan ke dalamnya.
- Loyang ini ditutup dengan kain atau pembalut aluminium bagi mengelakkan air wap terkena pada adunan kek.
- Pengukus dipanaskan dan air dipastikan mendidih sebelum loyang berisi adunan kek diletakkan ke atasnya. Kek coklat ini dikukus selama satu jam.
Anda juga boleh membuat sedikit kelainan iaitu dengan memasukkan adunan kek coklat tadi ke dalam bekas yang kecil ala-ala cupcake untuk menghasilkan cupcake coklat kukus.
Bagi penyediaan topping atau ganache, bahan-bahan yang diperlukan ialah setengah tin susu pekat manis, setengah cawan serbuk koko, satu sudu makan mentega dan setengah cawan susu cair. Kesemua bahan ini dicampurkan bersama dan dikacau di atas api yang kecil secara perlahan-lahan sehingga bertukar menjadi pekat berkilat.
Pastikan semua bahan-bahan tadi telah larut sepenuhnya. Apabila telah siap, sejukkan topping yang disediakan terlebih dahulu. Setelah topping coklat itu sejuk, bolehlah diletakkan secara sekata di atas kek coklat kukus yang telah siap sebentar tadi.
Pastikan semua bahan-bahan tadi telah larut sepenuhnya. Apabila telah siap, sejukkan topping yang disediakan terlebih dahulu. Setelah topping coklat itu sejuk, bolehlah diletakkan secara sekata di atas kek coklat kukus yang telah siap sebentar tadi.
Ini adalah kaedah paling mudah untuk menyediakan kek coklat kukus. Anda boleh sediakan bersama anak-anak anda untuk memberikan pendedahan kepada mereka serta menjadikan proses memasak lebih menarik.
Oh ya, gambar tu hanya sebagai hiasan ye 😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan