Cara Bayar Tol Guna Jam Touch 'n Go


Kebanyakan lorong-lorong tol kini dah menggunakan fungsi Touch n Go sepenuhnya. Di masa hadapan saya rasa semua tol hanya akan menggunakan Touch n Go dan Smart Tag.

Touch n Go sebenarnya bukan hanya boleh digunakan untuk membayar tol tetapi ia juga boleh bertindak sebagai prepaid kad kita untuk membeli di banyak kedai-kedai.

Antara premis atau kedai yang menerima pembayaran menggunakan Touch n Go adalah:
  1. Dunkin Donut
  2. Baskin Robin
  3. The Chicken Rice Shop
  4. MYDIN
  5. TESCO
  6. Watson Personal Store

..dan banyak lagi premis pilihan yang membenarkan anda membayar dengan menggunakan Touch n Go.

Saya yakin, di masa akan datang, lebih banyak lagi premis yang akan menyokong perkhidmatan ini. Untuk lihat senarai penuh premis yang menyokong perkhidmatan pembayaran menggunakan Touch n Go, boleh lihat di sini.

Ok.

Berbalik kepada topik kita iaitu cara membayar tol menggunakan Touch n Go Watch.

Tahukah anda bahawa terdapat satu smartwatch yang mempunyai fungsi sama seperti Touch n Go. Ini bermakna anda tidak perlu bawa kad, tetapi hanya memakai watch tersebut seperti biasa dan apabila nak buat bayaran sama ada tol atau di premis tersenarai anda hanya perlu dekat kan jam tersebut dengan mesin pengimbas Toucn n Go.

Dan sudah pasti anda perlu reload akaun Touch n Go anda terlebih dahulu untuk menggunakannya.

Ini jam yang saya maksudkan.



Hebat kan?

Pada saya, fungsi jam ni sangat cool!

Walaubagaimana pun, secara keseluruhannya, jam ini kelihatan sama seperti jam biasa jenama Seiko. Tapi apa yang menarik adalah ianya dilengkapi dengan fungsi Touch n Go yang membolehkan kita membuat pembayaran tol dengan hanya mendekatkan jam ini dengan mesin pengimbas sama seperti kita menggunakan kad.

Tiada lagi masalah kad Touch n Go tercicir atau hilang kerana anak buat main di dalam kereta.

Setiap pembelian Touch n Go Watch ni akan disertakan dengan satu kad sim Touch n Go yang perlu di masukkan ke dalam slot pada di bahagian bawah jam tersebut.

Tapi satu je isu yang saya nampak dengan penggunaan Touch n Go watch ni.

Macam mana jika jam tersebut dicuri? Mungkin anda boleh tutup akaun Touch n Go tersebut dengan menelefon pejabat Touch n Go. Tapi dalam masa yang sama juga mungkin duit dalam kad tu dah habis digunakan.



Tapi jika difikirkan balik.

Situasi yang sama juga boleh berlaku jika kita menggunakan kad Touch n Go.

Apa yang penting kita gunakan dan jaga Touch n Go watch ni dengan baik.

Lagi satu, saya rasa jika fungsi Touch n Go tersebut jika di gandingkan dengan smartwatch adalah lebih menarik.

Dan saya mungkin orang pertama yang akan beli. 😀



Untuk masa terhad, harga jam Touch n Go ini adalah RM170 termasuk jam dan kad sim Touch n Go dengan waranti selama satu tahun. Pembelian hanya boleh dilakukan secara online melalui Lazada Malaysia. Di masa akan datang, saya tak pasti sama ada harga ini akan menurun atau meningkat.

Tetapi, jika anda membeli jam tersebut menggunakan Shopback, anda boleh dapat cashback tambahan 3.5% (pengguna baru) atau 1.5% (pengguna ulangan). Anda boleh sertai Shopback dengan mendaftar secara percuma di sini - Daftar

Nak faham lebih lanjut tentang Shopback boleh baca artikel cara dapatkan rebat tunai dengan pembelian online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top