Cara Menjual Barang di Lazada Malaysia


Cara Menjual Barang di Lazada Malaysia. Jika anda perhatikan, barang-barang yang dijual di Lazada bukan hanya dibekalkan oleh Lazada, tetapi ada juga pihak ke tiga yang menjual di Lazada. Ini menunjukkan bahawa 'orang luar' juga boleh mengambil peluang untuk berniaga bersama Lazada.

Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk menjual di Ebay dan pada kali ini saya akan kongsikan cara untuk menjual barang di Lazada Malaysia.



Kenapa nak menjual barang di Lazada?

Anda beberapa sebab kenapa kita perlu mengambil peluang untuk menjual barang di Lazada.

  1. Trafik yang sedia ada. Terdapat jutaan pembeli setiap hari di Lazada. Anda dah tidak perlu bersusah payah mencari pelangga tetapi sebaliknya pelanggan yang akan mencari anda.
  2. Branding Ecommerce yang dikenali. Lazada Malaysia kini telah mencecah umur 5 tahun. 
  3. Tidak perlu buat web ecommerce sendiri. Jika nak buat ecommerce sendiri pastikan akan memakan masa dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Bagaimana nak buat akaun jual barang di Lazada Malaysia?

Terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan untuk menjual di Lazada. Pertama sekali adalah pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga salinan kad pengenalan. Pihak Lazada juga mungkin memerlukan anda untuk menyertakan bank statement dan juga cop syarikat / perniagaan anda.

Itu sekiranya anda nak betul-betul serius menjual di Lazada Malaysia.

Sekiranya anda nak cuma nak cuba-cuba menjual di Lazada, anda boleh membuat akaun penjual tanpa dokumen-dokumen tersebut. Dan sekiranya terdapat jualan barulah anda perlu berikan dokumen-dokumen tersebut untuk membolehkan anda dapat duit hasil jualan anda di Lazada.

[Daftar Sebagai Penjual di Lazada Malaysia Di Sini]

Berapa komisen yang perlu anda beri kepada Lazada?

Oleh kerana anda 'menumpang' menggunakan platform Lazada untuk menjual, anda perlu bayar kepada Lazada komisyen setiap kali ada tempahan untuk barang yang anda jual. Komisyen adalah dalam lingkungan 1-10 peratus daripada hasil jualan anda bergantung kepada jenis barang yang anda jual. Senarai penuh komisyen yang anda perlu bayar mengikut kategori, anda boleh lihat di sini.

Sebagai contoh anda menjual aksesori telefon pintar dengan harga RM20, komisen yang akan diberikan kepada Lazada adalah sebanyak RM2 (tidak termasuk GST, tambah GST jadi RM2.12).



Percubaan saya menjual di Lazada Malaysia.

Baru-baru ini saya ada membuat akaun percubaan menjadi penjual di Lazada Malaysia. Selepas mendaftar sebagai penjual di Lazada, sebaik-baiknya kita perlu tonton semua video yang ada dalam Lazada University untuk membantu anda tentang selok belok menjual di Lazada.

Saya kemudiannya masukkan produk yang saya nak jual di dalam akaun seller saya. Saya kongsikan sedikit video rupa dashboard untuk anda yang nak tengok bagaimana nak jual barang di Lazada Malaysia.


Setelah masukkan maklumat barang yang nak dijual, pihak Lazada akan saring dalam masa 24-48 jam sebelum barang tersebut 'live' di Lazada.

Hasilnya, selepas 2 hari barang saya live di Lazada, saya mendapat order yang pertama. Dan selepas itu tempahan semakin menaik hari sehingga hari ke 3. Oh ya, itu hanya dari 2 produk sahaja yang saya jual di Lazada. Pada hari ke 5 saya OFF dulu produk saya kerana stok dah kurang dan mungkin saya perlu daftar SSM sekarang hehe 😋




Ok.

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah asas untuk menjual di Lazada Malaysia. Banyak lagi perkara yang anda perlu belajar jika anda serius nak menjual di Lazada. Antaranya adalah berkaitan penghantaran, pembungkusan dan lain-lain. Ini semua anda boleh belajar dari Lazada University.


Berbaloi ke menjual di Lazada Malaysia?

Pada saya ianya bergantung kepada jenis barang yang anda jual. Anda perlu membuat pengiraan teliti tentang kos serta komisyen yang perlu anda bayar kepada Lazada Malaysia. Jika tidak anda mungkin akan mempunyai pelanggan yang ramai tetapi tidak mempunyai keuntungan ataupun rugi. Jika anda nak menjual di Lazada, anda boleh membeli secara borong di Taobao ataupun Ezbuy Malaysia. Atau anda mungkin boleh buat secara dropship.

Itulah serba sedikit pengalaman saya menjual di Lazada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, banyak lagi aspek yang perlu anda pelajari sekiranya anda nak serius menjual di Lazada Malaysia.

Oh ya, 

Sempena Ulangtahun ke 5 Lazada Malaysia, ada jualan besar-besaran daripada Lazada dari 22-24 Mac 2017. Jika anda nak membeli barang, inilah masa yang paling sesuai untuk membeli dari Lazada Malaysia. Diskaun sehingga 95%. Anda juga boleh gunakan baucer ini BDAY30  untuk mendapatkan diskaun RM30 untuk pembelian melalui Lazada Mobile App.


Terima kasih kerana membaca percubaan saya menjual barang di Lazada Malaysia. Jika anda merupakan penjual di Lazada atau mempunyai pengalaman menjual di Lazada, boleh kongsikan diruangan komen ye 😊 Jangan lupa untuk follow dan subscribe Youtube Channel saya ye 😉

27 ulasan:

  1. Saya pun ada perancangan nak jadi seller di Lazada. Nak tambah channel. Asyik jadi affiliate je :D

    BalasPadam
  2. Dialu-alukan tuan hehe..tapi kene ikut prosedur lazada la..sebab silap2 nanti lazada xnak bayar kat kite pulak :-)

    BalasPadam
  3. Salam, saya ada register tapi bila log in tak boleh. User not exist. Dia ambil masa ke untuk proses dahulu atau memang boleh terus log in after register. (Professional seller not individual seller)

    BalasPadam
  4. saya dah daftar seller lazada..tp saya xde SSM..kalo saya tetap jual barang 2,boleh dpt ke duit barang yg saya jual?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk daftar permulaan boleh xguna SSM. tapi jika dah serius kne ade SSM sebab kalau nak keluarkan duitnye kne ada akaun yang disahkan (dengan SSM)

      Padam
    2. boleh update ke nanti untuk tambah ssm tu?

      Padam
  5. Kira takde fee la nk reg jd seller lazada ni yer? Ingatkan seller yg ada syarikat SDN BHD jer boleh jual kat lazada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendaftaran memang percuma, tapi Lazada akan ambil komisyen beberapa peratus untuk setiap barang tuan yang terjual. Syarikat enterprise pun boleh juga..

      Padam
  6. assalamualaikum.. boleh beri tunjuk ajar pasal cara berjual beli ni tq

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum..tuan
    Sy baru sediakan produk sabun cecair pencuci pakaian dlm botol yg blum lagi sy letak label jenama. Begitu jgk dgn produk Easy iron yg siap dlm botol spray dan botol jualan utk isian semula . Sykt pun blum daftar dgn SSM. Sy mohon nasihat dari tuan dan apa persiapan lain2 yg perlu sy pastikan spya jualan dan keuntungan pd sy mampu capai sasaran yg diharapkan.

    BalasPadam
  8. as salam, teman dah register, dah add produk.. dah approve pon, tapi apesal dkt colum visible tu X, seller is not verified.
    satu lagi, dkt main page ada 3 perkara nak kene ada tick kan, 1.add produk 2.take training 3.bank acc.
    masalah kat bank acc tu ade dia mintak bank code, code mcm mana plak tu?
    lastly, masa nak add produk, ade colum SKU,
    ini contoh sku produk seller lain->MA027HBAAOEHOAANMY-51532163. mcm mane nak tau sku sendiri?
    haha aje penin.. tolonglah taiko.. kasi tunjuk ajar skit

    BalasPadam
  9. assalam tuan, nak tanya pasal stok dan penghantaran.Bila kita jual dan ada org beli, kita tak hantar stok kan? semua tu lazada yg uruskan kan? jadi kita kena hantar ke stok ke gudang lazada? sy muskil.

    fb: Faizol Azmi Aziz

    BalasPadam
  10. Macam mana nak send barang customer bila dah dpat order

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya Lazada akan sediakan kurier utk kita spt Skynet. Bila dah dapat order prepare brg, pastu print consignment note dlm lazada seller n drop kat Skynet or kurier yg dah ditetapkan. Tak perlu bayar..nanti lazada sendiri akan caj dalam akaun kita

      (maaf tuan admin..sy tolong jwb shj)

      Padam
    2. Kalau kita dropship macam mana? Sebab bukan kita yang pos pan barang tu?

      Padam
  11. Kalau syarikat akaun persendirian atas nama sendiri boleh jual dekat lazada tak?

    BalasPadam
  12. maksudnya, kalau jadi seller dalam lazada ni perlu ada stok di tangan ye? tak boleh buat pre-order?

    BalasPadam
  13. Saya keliru macamana nak letakkan shipping cost.. bila tanya pada pihak lazada pun jawapan dia x membantu. Klau tak kena kira shipping cost siap2.. tapi kalau buyer beli 2 jadi terlalu mahal. lebih senang di shopee. masuk berat, shipping cost pun boleh dimasukkan.

    Jadi bagi yang berpengalaman di Lazada, macamana nak buat untuk shipping cost tu.. harap ada yang membantu..

    BalasPadam
  14. Hye.sy baru register sebagai seller lazada. Tapi dia keep reject product sy. Rasa xde apa dah yg silap. Boleh bagi guidelines x

    BalasPadam
  15. boleh guide tak macam mana nak buat account tu ? sebab dia riject lahh

    BalasPadam
  16. boleh guide tak macam mana nak buat account tu ? sebab dia riject lahh

    BalasPadam
  17. Assalaam. Mohon bantuan sangat2. Berapa tempoh masa yang diberikan oleh lazada utk kita pos barang ?

    BalasPadam
  18. Saya dah register lazada..kt mana ruang utk upload produk.

    BalasPadam
  19. salam..saya dah jadi seller ..sudah pos barang kepada pembeli .SOALAN saya kenapa duit jualan tak masuk ke akaun wallet lazada saya..sedihnya .macam kena tipu saje. sesape bolih tolong explaint?

    BalasPadam
  20. jon303 agen game slot terbaik dan terpercaya.
    ada banyak game menarik yang bisa kalian mainkan seperti bola, slot, casino, dan poker.
    bergabung bersama kami, kalian bisa mendapatkan banyak bonus seperti :
    - Bonus New Member
    - Bonus Registrasi
    - Bonus Referral
    - Bonus Deposit
    - Bonus cashback
    - Bonus event menarik lainnya

    ayo segera daftarkan diri kalian dan mainkan game nya.
    menangkan hadiah jackpot hingga jutaan rupiah jika beruntung, hanya dengan cara bermain game di situs kami

    BalasPadam

Back To Top