Cara Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura


Siapa Nak Belajar Cara Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura?. Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah ketika ini terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ramai juga yang diberhentikan kerja kerana masalah ekonomi yang melanda. Sekiranya anda dah jenuh mencuba mencari pekerjaan di dalam negara, anda sebenarnya boleh juga mencari rezeki di luar negara dengan bekerja di Singapura.

Satu peluang terutamanya yang menetap di Johor adalah mereka mempunyai pilihan untuk bekerja di luar negara terutamanya di Singapura. Walaubagaimanapun, ramai yang masih ragu-ragu tentang bagaimana cara mencari kerja dan keadaan bekerja di Singapura. Apa yang selalu bermain difikiran orang yang nak kerja di Singapura?
  • Gaji yang tinggi berbanding di Malaysia
  • Kos sara hidup yang tinggi

Saya tertarik dengan satu perkongsian daripada Haniza Rashid yang merupakan seorang perunding kerjaya yang memberikan panduan mencari kerja dan bekerja di Singapura. Beliau memberikan perkongsiannya dalam bentuk ebook tentang pelbagai peluang pekerjaan yang ada di Singapura dan senario sebenar apabila seseorang ingin bekerja di Singapura.

Perkongsian ini adalah sangat penting kerana ramai yang ingin bekerja di Singapura hanya memikirkan gaji yang 3 kali ganda berbanding gaji di Malaysia. Tetapi selain itu  terdapat perkara-perkara lain juga yang perlu di ambil kira apabila membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.

Antara perkara-perkara lain yang dikongsikan dalam Panduan Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura adalah:
  1. Bagaimana anda boleh mencari peluang kerja kosong di singapura hanya secara online sahaja.
  2. Jika saya bukan orang Johor boleh ke kerja di Singapura?
  3. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk anda mencari kerja dan untuk anda masuk ke Singapura
  4. Cara anda boleh memasuki Singapura untuk bekerja
  5. Tempat penginapan yang sesuai dengan kos yang rendah
  6. Apakah prosedur yang perlu anda lalui untuk bekerja di Singapura?
  7. Perkara berkaitan tentang gaji?
  8. Siapa yang perlu membayar kos levi/permit kerja?
  9. Bagaimana waktu bekerja di Singapura?
  10. Bagaimana untuk solat? Adakah ruang solat disediakan?
  11. Dimana untuk dapatkan makanan yang sedap dan murah?
  12. Bagaimana pula dengan penggunaan telefon?
  13. Apakah bahasa yang digunakan? Perlukah fasih berbahasa inggeris?
Saya yakin, panduan ini amat berguna bagi mereka yang ingin mencari rezeki di Singapura tetapi masih teragak-agak untuk memulakan langkah pertama. 

Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah dengan membaca panduan ini. Setelah itu anda akan lebih jelas tentang senario sebenar bekerja di Singapura dan boleh membuat keputusan dengan lebih rasional. 

Dengan membaca perkongsian ini juga, anda boleh menjangkakan apa yang akan anda hadapi sekiranya anda bekerja di Singapura.

Ok. Semoga rezeki anda ada di Singapura.


Cara Mencari Kerja dan Bekerja di Singapura

2 ulasan:

  1. Lumayan juga kerja di singpura sebab dibayar dollar kan..

    Kalau tukar duit Malaysia.. perh masyukk.

    Kena cuba ni

    BalasPadam
  2. Terima kasih sharing ebook ini. Saya fresh grad, tengah cari kerja di Singapura. Sangat berguna untuk saya.

    BalasPadam

Back To Top