Cara Memilih Bengkel Repair Kereta


Memilih bengkel kereta yang dipercayai adalah sukar jika tidak tahu latar belakang bengkel tersebut. Banyak juga bengkel yang suka mengambil kesempatan atas pengguna yang datang dengan menawarkan pelbagai alat ganti baru yang sebenarnya masih belum diperlukan. Bengkel kereta yang terbaik adalah bengkel kereta yang jujur dan memberikan pendidikan kepada pengguna tentang penjagaan kereta yang baik.

Secara umumnya, memilih bengkel kereta boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu secara manual dan secara atas talian.


Memilih Bengkel Secara Manual

Pemilihan begini agak sukar untuk dilakukan kerana memerlukan bantuan dan pendapat orang lain berkenaan bengkel yang kita nak pergi. Walau bagaimanapun, cara ini masih cara yang paling dipercayai.

Memilih Bengkel Secara Atas Talian

Sebelum ini saya ada kongsikan cara asas penjagaan kereta. Pada kali ini saya nak kongsikan cara saya memilih bengkel repair dan juga penyelenggaraan kereta. Cara yang saya akan tunjukkan adalah dengan sangat mudah dan boleh digunakan oleh setiap orang. Ini adalah kerana anda tidak perlu pergi ke mana-mana untuk memilih bengkel kereta tetapi dengan hanya menggunakan internet.

Memperkenalkan Carama. Apa itu Carama?


Carama adalah laman web pertama di Malaysia yang memberikan senarai bengkel kereta yang ada di Malaysia. Setakat ini terdapat lebih daripada 500 bengkel tersenarai dalam laman web tersebut. Dengan hanya beberapa klik, anda akan dapat lihat bengkel terbaik yang berhampiran dengan lokasi anda. Sila TONTON video di bawah untuk pengenalan tentang Carama.



Kelebihan Menggunakan Carama

  1. Boleh membuat tempahan secara atas talian.
  2. Diskaun RM40 untuk penyelenggaraan pertama melalui Carama.
  3. Dapat perkhidmatan Grab secara percuma (untuk ambil dan hantar ke bengkel kereta)
  4. Jaminan 3 bulan / 5000 km untuk setiap kali penyelenggaraan.
  5. Boleh membuat pengiraan bajet penyelenggaraan.
  6. Boleh senaraikan bengkel kegemaran anda jika bengkel tersebut belum tersenarai (atau senaraikan bengkel anda sendiri!)
  7. Setiap bengkel mempunyai review pengguna. 

Tempahan Secara Atas Talian

Untuk membuat tempahan bengkel secara online melalui Carama, anda perlu membuat akaun secara percuma di laman web Carama. Kemudian anda perlu masukkan maklumat kenderaan anda dalam profil anda di laman web Carama. Kemudian anda hanya perlu cari bengkel yang berhampiran dengan lokasi anda yang mempunyai rating yang terbaik dan buat tempahan.

Diskaun RM40

Setiap pendaftaran baru akan menerima diskaun baucer RM40 untuk penyelenggaraan akan datang. Selain itu, jika anda memasukkan kod caa54t pada tempahan penyelenggaraan yang berikutnya, anda juga akan mendapat baucer diskaun RM10.

Perkhidmatan Grab

Setiap tempahan melalui Carama membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Grab secara percuma. Perkhidmatan ini diberikan untuk memudahkan anda untuk menghantar kereta dan mengambil kereta apabila sudah siap. Setiap satu hala perkhidmatan Grab adalah sehingga RM10.

Jaminan

Setiap kali anda menyelenggara kereta dengan menggunakan Carama, anda akan diberikan jaminan 3 bulan atau 5000km untuk hampir semua part yang ditukar sekiranya mengalami sebarang masalah. Untuk senarai penuh barangan yang di jamin, lihat dalam Terma dan Syarat Carama.

Kalkulator Penyelenggaraan

Anda boleh membuat pengiraan kasar berkenaan servis yang akan anda lakukan di laman web Carama. Ini akan memudahkan anda membuat bajet dan mengelakkan dari menerima cas bayaran yang mengejutkan.

Senaraikan Bengkel Kegemaran Anda

Jika bengkel yang anda selalu gunakan tidak tersenarai dalam laman web Carama, anda boleh menyenaraikan bengkel tersebut secara percuma. Sekiranya anda pemilik bengkel kereta, anda juga boleh senaraikan bengkel anda di Carama.


Review Pengguna

Setiap bengkel kereta yang tersenarai akan mempunyai review daripada pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Anda juga boleh memberikan review setelah anda pernah atau telah menyelenggara kereta anda di bengkel tersebut. Ini adalah baik untuk memudahkan orang lain mencari bengkel yang boleh dipercayai.

Ok.

Itulah cara saya mencari dan memilih bengkel untuk repair kereta. Saya percaya dari masa ke semasa, senarai bengkel yang tersenarai akan bertambah dan kita akan mempunyai lebih banyak pilihan.

Saya galakkan anda untuk mendaftar secara percuma untuk mendapatkan Baucer RM40 untuk servis kereta anda yang pertama yang ditempah dengan menggunakan laman web Carama. Kemudian, anda juga digalakkan untuk mendapatkan bauncer tambahan RM10 dengan memasukkan kod caa54t semasa proses tempahan.

Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan Carama, anda boleh kongsikan pengalaman anda juga di ruangan komen 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top