Cara Asas Penjagaan Kereta Yang Perlu Anda Tahu


Percaya tak jika saya katakan bahawa membeli kereta lebih mudah daripada menjaganya? Membeli kereta hanya memerlukan satu proses iaitu proses membeli. Tetapi menjaga kereta memerlukan proses yang berulang-ulang serta berubah-ubah mengikut situasi kereta tersebut. Bagi yang baru pertama kali mempunyai kereta sendiri, mengetahui asas penjagaan kereta adalah sangat penting.

Orang yang membeli kereta baru biasanya kurang mengambil berat tentang penjagaan kereta kerana menyerahkan segala servis dan penjagaan kereta kepada bengkel kereta atau pusat penyelenggaraan kenderaan. Walau bagaimanapun, sepatutnya tidak kira kita menggunakan kereta terpakai ataupun baru, asas penjagaan kereta adalah sangat penting.

Apakah kepentingan mengetahui asas penjagaan kereta?

  • Mengelakkan daripada di tipu oleh bengkel kerete
  • Memudahkan buat bajet untuk penyelenggaraan kereta
  • Mengelakkan kereta daripada mengalami kerosakan serius
  • Mengelakkan kita daripada kereta rosak di tengah jalan
  • Mengetahui perkara asas menjaga kereta tanpa bantuan orang lain
  • Meningkatkan jangka hayat kereta


Asas penjagaan kereta terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian badan kereta dan juga bahagian enjin kereta. Bahagian badan kereta termasuklah tayar, ruang dalaman kereta dan lain-lain. Antara kedua-dua bahagian tersebut, bahagian enjin adalah bahagian yang paling sukar untuk diketahui masalahnya. Ini kerana kebanyakan masalah hanya mempunyai simptom bunyi yang berbeza ataupun langsung tidak mempunyai sebarang tanda.

Ok.

Berikut adalah beberapa perkara asas menjaga kereta yang perlu diketahui oleh setiap orang tidak kira lelaki atau perempuan.


1. Minyak Hitam

Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. Filter

Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km. Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).


3. Spark Plug

Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.

Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.

4. Bateri Kereta

Terdapat 2 jenis bateri kereta iaitu bateri basah dan bateri kering. Bateri basah biasanya boleh ditukar selepas 18 bulan hingga 2 tahun, bergantung juga kepada cara anda menggunakannya. Ini adalah kerana bateri basah perlu dipastikan tidak kering dengan menambahkan air suling ke dalam bateri tersebut. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sehingga lebih dari 2 tahun. Tetapi jika anda selalu lupa dan bateri selalu kering, bateri tersebut boleh rosak dalam jangka masa yang lebih singkat.

Bateri kering atau Free maintenance battery pula sedikit berbeza. Kita tidak perlu membuat penambahan air bateri, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri basah. Bateri kering biasanya perlu ditukar lebih kerap berbanding bateri basah iaitu lebih kurang 1 hingga 2 tahun sahaja.

5. Timing Belt

Timing belt adalah satu bahagian yang sangat penting tetapi biasanya agak dilupakan. Timing belt biasanya perlu ditukar selepas 60,000 km. Ada kereta yang boleh bertahan lebih lama seperti Proton Waja yang boleh mencapai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.

Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi. Oleh itu, sebelum menukar, pastikan periksa dahulu keadaan timing belt anda.

6. Clutch Plate

Cluth Plate ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.

7. Fuel Filter

Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

8. Air Filter (Filter Udara)

Secara umumnya, air filter perlu ditukar setiap 20,000km. Terdapat juga jenis penapis udara yang tidak perlu ditukar dan cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

9. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi kenderaan yang menggunakan gear automatik. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.

Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada gearbox automatik perlukan perbelanjaan yang besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.

10. Minyak Gear

Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan minyak gear. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

11. Minyak Brake dan Minyak Power Steering

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Minyak brake dan minyak power steering juga perlu ditukar sekiranya warna minyak tersebut sudah bertukar lebih gelap daripada warna asal. 

12. Air Penyejuk (Coolant)

Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Ianya adalah cecair yang selalunya berwarna hijau. Air Coolant digunakan untuk mengawal pemanasan pada enjin. Jika enjin terlalu panas, ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain dalam enjin. Air penyejuk boleh ditukar setiap 60,000km atau apabila air pada tangki penyejuk sudah bertukar menjadi jernih.

13. Aircond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.

Kalau bahagian “ribs”nya dah ada retakan yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.

Ok.

Untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci, saya cadangkan anda dapatkan ebook Tips Mudahnya Menjaga Kereta yang disediakan oleh Nigel Ong. Di dalam ebook tersebut terdapat lebih dari 50 Tips Penjagaan Kereta yang dikongsikan.


Terima kasih kerana membaca Cara Asas Penjagaan Kereta Yang Perlu Anda Tahu. Itulah sebahagian besar perkara yang perlu anda tahu berkaitan cara asas menjaga kereta. Memahami keperluan kereta dan juga membuat penyelenggaraan secara berkala adalah perkara yang penting untuk mengelakkan kereta kita rosak secara tiba-tiba di dalam perjalanan.

4 ulasan:

  1. Boleh tak saya share ni dekat facebook? nak buat rujukkan nanti.. banyak rupanya aspek nak ambil kira dalam penjagaan kerata ni kan

    BalasPadam
  2. takut betul kalau kena tipu harga repair kereta

    BalasPadam
  3. Cecair coolant mmg perlu. Tak boleh harapkan air biasa jer. Salah satu kepentingan coolant juga untuk menghalang terjadinya karat.

    BalasPadam

Back To Top