Cara SAH Buat Duit Dengan Online Survey

Buat Duit Dengan Online Survey

Saya pasti ramai yang menganggap bahawa buat duit dengan online survey adalah scam. Saya juga berpendapat begitu pada awalnya. Tetapi setelah beberapa tahun menyertai program online survey, saya dah dapat bezakan mana satu yang scam dan mana satu yang betul dan boleh buat duit.

Sebelum saya meneruskan tentang cara buat duit dengan online survey, satu hakikat yang anda perlu tahu adalah anda memang boleh buat duit dengan survey, tapi berkemungkinan besar anda tidak boleh kaya raya hanya dengan buat online survey. Pada saya, online survey adalah salah satu cara untuk tambah pendapatan dan juga menghabiskan masa terluang.

Pada kali ini saya akan kongsikan 5 laman web online survey yang saya berani JAMIN betul dan bukannya scam.

Valued Opinions

Ini adalah laman web pertama yang membenarkan kita buat duit dengan online survey. Anda boleh mendaftar di Valued Opinion secara percuma. Kemudian anda perlu isikan survey berkenaan diri anda sendiri. Sekiranya ada survey yang sesuai dengan profil anda, pihak Valued Opinions akan memberitahu ada melalui emel. Bayran untuk setiap survey tidak tetap tetapi biasanya dalam lingkungan RM2-RM5 untuk setiap suvey yang berjaya dijawab. Valued Opinion membuat pembayaran kepada ahlinya BUKAN melalui bayaran tunai, tetapi melalui pemberian baucer seperti baucer KFC dan baucer membeli belah.

Buat Duit Dengan Online Survey


Setakat ini saya sendiri dah redeem sebanyak 5 kali untuk baucer KFC yang berjumlah RM150. Nampak sedikit tapi jika tak sertai Valued Opinions, siapa yang nak bagi makan KFC percuma kan? 😉  

Sekiranya anda dari Malaysia dan nak sertai Valued Opinions, anda boleh daftar di sini secara percuma - Valued Opinions.


Globaltestmarket

Laman web survey kedua yang agak kerap saya sertai adalah Globaltestmarket. Sepertimana yang saya kerap katakan, pendaftaran untuk menyertai mana-mana laman web online survey adalah percuma, begitu juga dengan Globaltestmarket. Setelah anda mendaftar di Globaltestmarket, anda perlu isikan survey profil pada dashboard anda. Sekiranya ada survey yang sesuai dengan anda, pihak Globaltestmarket akan hantarkan emel kepada anda.

Buat Duit Dengan Online Survey


Selama saya menyertai Globaltestmarket, laman web ini adalah antara yang paling aktif memberikan saya peluang untuk jawab online survey. Apa yang menariknya dengan Globaltestmarket, setiap survey yang anda layak dan berjaya jawab biasanya akan diberikan mata antara 10-50 mata, tetapi jika anda tidak layak, anda tetap akan diberikan 5 mata. 

Mata yang terkumpul boleh di tebus untuk duit tunai melalui Paypal ataupun pelbagai baucer membeli belah secara online ataupun baucer membeli belah secara fizikal. 

Setakat yang saya sertai, saya dah 2 kali tebus wang tunai ke dalam akaun Paypal saya. Jika anda  dari Malaysia dan berminat, anda boleh sertai di sini - Globaltestmarket

Jika anda dari Singapura, anda boleh sertai Globaltestmarket di sini.

Toluna

Toluna juga mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding laman web online survey yang lain. Secara umumnya, pendaftaran adalah percuma dan sama seperti laman web yang lain, profil survey adalah sangat penting. Toluna juga akan menghantar emel sekiranya ada survey yang boleh anda jawab.

Ciri istimewa yang saya maksudkan adalah, Toluna bukan sahaja bertindak sebagai tempat buat duit dengan menjawab survey, tetapi ia juga membenarkan kita untuk membina survey kita sendiri. Sekiranya anda nak buat survey ringkas tentang apa sahaja topik, Toluna adalah salah satu solusinya. Selain itu, dalam Toluna juga terdapat cabutan bertuah.

Buat Duit Dengan Online Survey


Setiap survey yang dijawap biasanya akan memberikan anda mata antara 500-5000 mata. Mata yang terkumpul boleh di tebus kepada duit tunai melalui Paypal dan juga pelbagai baucer online dan offline.

Toluna juga ada menyediakan aplikasi android dan ipbone untuk anda. Dengan itu anda boleh menjawab survey dengan lebih mudah. Walaubagaimaapun, bukan semua survey sesuai dengan aplikasi tersebut.

Sejak menyertai Toluna, saya sudah beberapa kali tebus duit ke Paypal. Tetapi tidak sebanyak apa yang saya dapat dari Globaltestmarket 😋

Jika anda dari Malaysia dan berminat, anda boleh sertai Toluna di sini - Toluna. Jika anda daripada Singapura, anda boleh sertai Toluna di sini.

YourSay

Saya juga ada sertai laman web online Survey di YourSay. Seperti biasa, pendaftaran adalah percuma dan emel akan diberikan kepada anda sekiranya terdapat survey yang sesuai dengan profil anda. Setiap survey biasanya bernilai kurang daripada 1 dolar. 

Buat Duit Dengan Online Survey

Duit tunai boleh ditebus terus ke akaun Paypal anda apabila mencecah jumlah USD12. Kelemahan laman web ini adalah rupa laman web yang kurang menarik berbanding laman-laman web yang saya katakan sebelum ini 😜

Jika anda berminat anda boleh sertai di sini - YourSay

SurveyOn

Satu lagi laman web yang saya sertai adalah SurveyOn. SurveyOn adalah laman web yang diambil alih daripada laman web online survey lain (saya tak ingat nama sebelum ini, tapi dah join sejak yang dulu lagi). Penyertaan adalah percuma dan isi profil juga sangat penting. Emel akan dihantar kepada anda sekiranya terdapat survey yang sesuai dengan anda.


Setiap survey akan memberikan anda mata ganjarana antara 100 hinggalah 10000 mata, bergantung kepada jenis survey yang anda jawab. Jika anda berjaya mengumpul mata sebanyak 20000 mata, anda boleh tukarkan kepada USD 2 ke dalam akaun Paypal anda. 

Katakan anda menjawab survey dengan 4000 mata setiap satu, anda perlu jawab 5 survey untuk dapatkan USD 2. Sejak sertai SurveyOn, kalau tak silap, saya baru tebus sekali dari Surveyon ni. Bukan sebab tak dapat banyak jemputan survey, tapi kebanyakannya sebab saya sendiri tak ada masa nak jawab survey yang diberikan. 😓

Ok?

Jika nak diikutkan, saya dah sertai laman online Suvey ni lebih daripada 10 laman web dan pernah juga join yang scam (kene tipu). Tapi itulah pengalaman yang 'berharga'. Saya senaraikan 5 ini memang yang saya yakin dan terbukti.

Nak lebih mudah, anda boleh sertai PanelPlace. Ia akan secara automatik memberikan senarai laman web yang sah untuk anda serai. Anda juga boleh memuatnaik pendapatan anda di Panalplace sebagai bukti bahawa laman web yang dicadangkan betul-betul boleh buat duit.

Anda boleh daftar di PanelPlace secara percuma di sini.

Secara kesimpulannya, saya percaya memang boleh buat duit dengan online survey, tapi saya TAK PERCAYA boleh kaya raya dengan hanya menjawab survey. Saya alu-alukan anda untuk sertai kelima-lima laman web online survey yang saya kongsikan ini. 

Sekiranya terdapat sebarang persoalan boleh tanya terus diruangan komen 😊 Janga lupa untuk share artikel ini, follow Facebook wikicara, Youtube Channel saya dan juga subscribe emel untuk dapatkan artikel terkini kompilasi pelbagai cara 😀👉(desktop)👇(peranti mudah alih)

12 ulasan:

  1. nice... terima kasih banyak. boleh saya ikut cuba juga.

    BalasPadam
  2. online survey company dari malaysia - https://www.gloviss.com/

    BalasPadam
  3. kenapa bila saya klik link tu tidak keluar website yg berkaitan?

    BalasPadam
  4. Terima kasih kerana maklumkan tentang link xboleh buka tu. Not sy akan semak semula semula link tu :-)

    BalasPadam
  5. dalam banyak2 ni, mana yang lebih mudah dapat hasil ikut pengalaman?

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana berkongsi maklumat pasal online survey ini. Sangat membantu.

    BalasPadam
  7. terbaik la bro,biasa org yg moving forword yg cpat fhm ilmu2 ni.

    BalasPadam
  8. Wahh globaltestmarket pun ade lah..Ingatkan survey tu menipu. Guys, cubalah buat survey globaltestmarket tu. Memang bukan scam. Saye dah buat

    BalasPadam
  9. Tekan link x keluar...n camne nk buat akaun paypal tu

    BalasPadam

Back To Top