Cara Mudah Bandingkan Harga Hotel


Tahukah anda cara bandingkan harga hotel? Memandangkan cuti sekolah akan bermula dan ibu bapa mula merancang untuk pergi melancong bersama keluarga, kali ini saya ingin kongsikan cara untuk membuat perbandingan harga hotel dan membuat tempahan dengan mudah sebelum kita pergi bercuti.

Jika kita nak bandingkan harga satu persatu melalui laman web tempahan hotel, pastinya agak sukar dan memakan masa yang lama untuk kita membuat pilihan terbaik. Malah mungkin kita akan terlepas pandang tawaran hotel-hotel yang hanya diberikan sekiranya tempahan dibuat secara atas talian.


Memperkenalkan Trivago



Pernahkah anda menggunakan Trivago? Jika pernah anda boleh terus skip artikel ini dan berikan komen dan pengalaman anda tentang perkhidmatan Trivago di ruangan komen. Jika tidak pernah guna, teruskan membaca artikel ini.

Ok. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, kita boleh terus cari hotel atau kita boleh daftar dengan menggunakan akaun Google atau Facebook.

Perbandingan harga hotel

Trivago adalah laman web yang membolehkan kita membandingkan harga hotel yang ditawarkan oleh laman-laman web tempahan hotel seperti Booking.com, Hotel.com, Expedia, AirAsiaGo dan lain-lain. Trivago membandingkan harga hotel dari 400 lebih laman web tempahan hotel. Ini bermakna, dengan menggunakan Trivago, kita akan dapat lihat senarai harga yang ditawarkan oleh pelbagai laman web tempahan hotel dalam satu laman web. Ini akan memudahkan kita untuk membuat semakan harga hotel. 

Walau bagaimanapun, tempahan hotel adalah melalui laman web asal yang menawarkan harga hotel tersebut. Trivago tidak menerima bayaran daripada kita, Trivago hanya membantu kita membandingkan harga hotel. 

Selain daripada perbandingan harga, Trivago juga memberikan rating untuk setiap hotel yang tersenarai di dalam laman web mereka. Ini adalah sangat baik untuk membantu kita membuat pilihan hotel yang terbaik.

Hotel yang terbaik bukanlah hanya bergantung kepada harga, tetapi juga bergantung kepada keselesaan hotel tersebut.


Apakah kelebihan menggunakan Trivago?


  1. Dapat membandingkan harga hotel dengan mudah
  2. Dapat membuat bajet pelancongan lebih awal 
  3. Mudah digunakan dan juga terdapat dalam bentuk aplikasi Trivago
  4. Boleh digunakan secara percuma.
  5. Terdapat pelbagai diskaun istimewa dari masa ke semasa Trivago.

Belum pernah cuba Trivago? Pastikan anda mencubanya untuk percutian anda yang seterusnya. Anda hanya perlu buat akaun percuma di Trivago dan mulakan pencarian hotel yang terbaik untuk anda. Anda boleh mendaftar akaun Trivago di sini.




Terima kasih kerana membaca Cara Bandingkan Harga Hotel. Berikan pendapat dan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan Trivago.

Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

Back To Top