Ads Top

Cara Mengatasi Masalah Domain Error Tanpa WWW

>

Sebelum ini saya ada menerangkan cara untuk menggunakan custom domain untuk blog di blogspot. Tetapi kadangkala terdapat masalah dimana blog kita hanya dapat dikunjungi apabila kita menulis URL penuh blog kita berserta WWW. Jika kita menulis domain blog tanpa WWW, blog kita tidak dapat dikunjungi dan kita akan dapat error mesej.



Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Saya sendiri pada mulanya mengalami masalah ini, dan banyak yang saya lakukan tetapi gagal. Akhirnya saya berjaya untuk mengatasi masalah ini. Jika anda tanya kenapa masalah ini berlaku, secara spesifiknya saya tidak tahu mengapa, tetapi secara umumnya masalahnya ini disebabkan 'naked' domain (tanpa WWW) tidak di redirectkan ke domain penuh blog kita.

Masalah ini boleh diatasi dengan 2 cara. Satu cara adalah dengan menggunakan platform Blogger itu sendiri dan satu lagi cara anda perlu masuk ke dalam tetapan DNS (DNS Setting) bagi domain anda. Pada kebanyakan situasi, cara pertama sahaja sudah memadai untuk mengatasi masalah ini. Tetapi dalam situasi tertentu, cara pertama tidak berkesan dan menyebabkan anda perlu gunakan cara kedua untuk atasi masalah ini.

Dalam situasi saya, masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan membuat sedikit perubahan pada tetapan DNS.

Ok.

Mari saya jelaskan dengan lebih terperinci cara untuk mengatasi masalah blog yang tidak dapat dibuka tanpa www. Tetapi sebelum itu, anda perlu membuat pembelian domain terlebih dahulu di mana-mana pembekal domain. Oleh kerana saya pengguna Godaddy, jadi saya akan terangkan dengan menggunakan Godaddy. Walau bagaimanapun, konsep untuk mengatasi masalah ini masih sama walau apa pun pembekal domain yang anda gunakan.


Tetapan Blogger

Sebelum anda menggunakan cara ini, pastikan anda dah beli dan pasang custom domain pada blogspot anda. Jika anda baru nak pasang domain anda sendiri untuk pertama kali, sila baca artikel cara pasang custom domain blogspot terlebih dahulu.

Dah baca dan pasang? Ok.

Tahniah kerana anda dah linkkan custom domain anda. Untuk mengelakkan anda daripada mengalami masalah domain error tanpa www, pada tetapan domain anda perlu pilih untuk redirect domain.com ke www.domain.com. Kurang jelas? Lihat gambar di bawah.



Sepertimana yang saya katakan, dalam kebanyakan masa, cara pertama ini akan menyelesaikan masalah domain error tanpa www. Tetapi ada juga situasi yang tertentu yang menyebabkan cara ini tidak berkesan dan menyebabkan kita perlu menggunakan cara yang kedua.

Tetapan DNS

Saya rasa tidak ramai yang berani untuk membuat sebarang perubahan pada tetapan DNS. Saya juga begitu pada mulanya. Jika anda tahu apa yang anda lakukan, anda tidak perlu risau. Untuk pengetahuan anda, semasa anda memasang custom domain pada blog, anda dah linkkan domain kepada hosting blogspot. Jadi anda tidak perlu lakukannya sekali lagi.

Sekiranya anda mengalami masalah domain error tanpa www pada blog anda dan tidak dapat diselesaikan dengan cara pertama, anda perlu masuk ke dalam tetapan DNS (DNS Setting) untuk domain anda. Apa yang kita akan lakukan adalah untuk 'memberitahu' domainanda.com secara manual untuk redirect ke www.domainanda.com.

Ok. Kalau tak faham pun baca sampai habis dulu.

Setelah anda masuk ke dalam tetapan DNS domain anda, anda perlu buat satu Record baru. Tekan pada Add Zone Record. Kemudian pilih CNAME sebagai , kemudian pada ruangan host tulis @ dan pada ruangan Value tuliskan domain penuh anda berserta www (contoh : www.domainanda.com). Setelah selesai tekan Save.

Selesai.

Mudah sahaja kan? Tunggu dalam masa 15 minit hingga 24 jam untuk melihat hasil perubahan tetapan DNS tersebut. Biasanya dalam masa 15 minit blog anda dah boleh dilayari dengan baik walaupun tanpa meletakkan www pada domain tersebut.

Jika anda masih kurang jelas dengan penerangan di atas, anda boleh lihat video secara praktikal yang saya kongsikan di bawah. Walau pun dalam video tersebut menggunakan Godaddy, secara umumnya langkah yang diperlukan adalah sama, cuma mungkin kedudukan butang yang perlu ditekan berada pada kedudukan yang berbeza.


Selepas menonton jangan lupa subcribe Youtube Channel saya ye. Sekiranya anda masih mengalami masalah yang sama, sila nyatakan di ruangan komen 😊 

Terima kasih kerana membaca Cara Mengatasi Masalah Domain Error Tanpa WWW. Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda yang mempunyai masalah ini.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengatasi Masalah Domain Error Tanpa WWW. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.