Cara Terbaik Untuk Menetapkan Matlamat


Setiap orang ada matlamat. Tidak kira matlamat anda besar atau kecil, setiap orang akan ada matlamat. Tetapi tidak semua orang dapat mencapai matlamat yang diimpikan. Saya pasti ramai yang beranggapan bahawa menetapkan matlamat itu mudah, tetapi untuk mencapainya adalah sesuatu yang sukar. Sebenarnya, cara menetapkan matlamat juga memberi pengaruh sama ada matlamat tersebut dapat dicapai atau tidak.

Matlamat yang tidak tercapai mungkin disebabkan oleh beberapa sebab:

  1. Matlamat tanpa tindakan
  2. Matlamat tanpa ilmu
  3. Matlamat yang keterlaluan

Matlamat yang baik adalah dengan membahagikan matlamat kita kepada 2 bahagian iaitu matlamat jangka masa pendek dan matlamat jangka masa panjang. Rangkaian matlamat jangka masa pendek akan membawa kepada tercapainya matlamat jangka masa panjang. Setiap kali kita menetapkan matlamat, kita harus pastikan matlamat tersebut menepati ciri-ciri SMART.


  • S (Spesifik)
  • M (Measurable)
  • A (Attainable)
  • R ( Relevant)
  • T (Timeframe)


5 ciri ini perlu ada setiap kali kita menetapkan matlamat untuk diri kita. Tidak kira sama ada matlamat dalam pekerjaan atau matlamat dalam kehidupan kita, ciri-ciri tersebut amat penting sebagai panduan dalam mencapai matlamat yang diinginkan.

Spesifik (Khusus)

Setiap matlamat perlulah berbentuk spesifik dan bukannya bersifat umum. Spesifik bermaksud matlamat tersebut menjurus kepada satu perkara dalam satu masa. Sebagai contoh, jika anda bermatlamat untuk 'berjaya dalam berblog', itu belum cukup spesifik. Matlamat yang lebih spesifik adalah untuk mencapai 1000 pengunjung unik dalam satu hari itu lebih spesifik dan lebih mudah untuk dicapai.


Measurable (Boleh diukur)

Menetapkan matlamat yang boleh diukur adalah penting untuk memastikan kita sentiasa dapat memantau proses mencapai matlamat tersebut. Saya ambil contoh yang sama, 1000uv sehari adalah sesuatu yang boleh diukur dan dilihat berbanding jika kita hanya menyatakan matlamat kita 'berjaya dalam berblog'.

Attainable (Boleh dicapai)

Apabila anda bermatlamat, pastikan matlamat tersebut boleh dicapai. Sebaik-baiknya, pecahkan matlamat besar anda kepada beberapa matlamat kecil dan cuba capai satu persatu matlamat kecil anda. Anda akan berasa lebih mudah untuk mencapai matlamat anda dan anda akan dapat lihat perkembangan perjalanan matlamat anda.

Relevant

Ini bermaksud matlamat anda haruslah sesuatu yang anda suka lakukan atau perlu anda lakukan. Jika anda bermatlamat sesuatu yang tidak sesuai untuk diri anda, matlamat tersebut pastinya akan sangat sukar untuk dicapai.


Timeframe

Kita akan lebih fokus terhadap sesuatu matlamat jika ada deadline. Itulah hakikatnya. Tetapkan jangka masa kepada diri anda untuk mencapai matlamat yang anda mahukan. Walau bagaimanapun, pastikan jangka masa yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan matlamat anda. Contoh yang sama, jika anda menetapkan untuk mencapai 1000uv sehari, anda tidak boleh tetapkan matlamat perlu dicapai dalam masa satu minggu kerana anda sendiri akan terasa stress dengan matlamat dan jangka masa yang anda tetapkan.


Ok?

Sempena menjelang tahun baru ini, kita hendaklah menyemak semula azam dan matlamat  yang telah di capai dalam tahun semasa dan juga matlamat yang akan dicapai dalam tahun akan datang. Semoga dengan cara menetapkan matlamat ini, kita akan lebih mudah untuk mencapai segala matlamat yang kita impikan 👍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top